Jumaat, 18 Oktober 2013

AL-FATIHAH


     AL-FATIHAH

TIM DAPUR JALANAN
mengucapkan takziah
kepada kaum keluarga allahyarham

ketika kenduri jamuan rakyat
di jalan panggung bulan lalu
arwah telah memberi banyak bantuan

ingatan yang berkekalan

al-fatihah




YDP PAS Bukit Bintang kembali ke rahmatullah


KUALA LUMPUR: Yang Dipertua PAS Bukit Bintang, Mohd Radzi Hashim, 50, meninggal dunia kira-kira jam 9.00 malam tadi di rumahnya berhampiran Masjid Sri Rampai, di sini.

Beliau menghadapi komplikasi penyakit buah pinggang dan kencing manis.

Jenazah allahyarham dimandikan sekitar jam 9.30 pagi ini di Masjid Taman Sri Rampai, Wangsa Maju dan seterusnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Samudera sebelum solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, lima orang anak, dua daripadanya perempuan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turut menziarahi allahyarham.

Pada Mesyuarat Agung PAS kawasan yang diadakan 26 September lalu, beliau mengekalkan jawatan Yang Dipertua dalam pertandingan dua penjuru.


---------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Takziah... Al-fatihah

Tanpa Nama berkata...

Jangan sekadar se but sedekah fatihah.. Fahamkan betul maksud..byak hubungan nama Allah yg disembah yg tuah kah..kah..kah kah