Ahad, 22 Februari 2015

ADAM DAN FAREZ BEBAS



TERKINI
adam dan farez
mengikut peguam
akan dibebaskan
pagi ini



KENYATAAN MEDIA: AMK MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA TINDAKAN POLIS

Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak polis menahan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN dan Koordinator Jingga13 Fariz Musa serta aktivis mahasiswa Adam Adli selepas Himpunan #KitaLawan di Sogo. 

Pihak polis berpakaian biasa turut cuba menangkap saya selepas Adam ditangkap. Saya mengecam tindakan mereka bertindak kasar tanpa memperkenalkan diri dan menjelaskan kesalahan saya dalam cubaan mereka menangkap saya.

Dalam kekecohan itu, orang ramai menarik saya meninggalkan Balai Polis.

Pihak polis harus membebaskan Fariz dan Adam serta-merta. Pihak berkuasa mesti menghormati hak demokrasi rakyat Malaysia sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya menyeru anak-anak muda dan rakyat Malaysia untuk turun beramai-ramai menyatakan pendirian menolak kezaliman ini di perkarangan Sogo pada 28 Februari dan kemuncaknya 7 Mac nanti.

#KitaLawan #BebasAnwar

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA
21 Februari 2015

--------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada 50 org ja pun BN dah takut....k'jaan x yah takut la x lama lg pkr akan terkubur.