Isnin, 21 September 2015

BALAK LINGKUP DI KELANTAN






KOMPLEKS PERKAYUAN KELANTAN (KPK) BERKUBUR?

Saya telah mengirim surat memohon penjelasan mengenai beberapa isu yang saya kira penting dan perlu disegerakan berkait Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) kepada YAB MB Kelantan pada 7 September 2015.

Sehingga hari ini (19hb September), saya tidak menerima apa-apa jawapan dari kerajaan atau mana-mana pihak berkaitan.


Kedudukan KPK sangat merosot bagi tahun tahun kebelakangan berbanding zaman kegemilangannya dahulu.

Satu cara untuk melihat kedudukan KPK ialah penyata untung rugi nya. Mengikut penyata kewangan yang diperolehi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) keuntungan KPK telah merosot dengan teruknya. Sebagai contoh, bagi tahun 2012 hingga tahun 2014 kedudukannya adalah seperti di bawah;

• 2012:

Pendapatan - RM24,673,571
Keuntungan Lepas Cukai - RM1,018,126

• 2013:

Pendapatan - RM14,745,426
Keuntungan Lepas Cukai - RM1,430,376

• 2014:

Pendapatan - RM12,923,615
Keuntungan Selepas Cukai - RM700,569

Dalam surat saya, saya telah memohon penjelasan mendesak iaitu kenapa KPK menyerahkan semua konsensi tebangan tahunannya seluas 2,000 ekar dengan harga yang sangat murah iaitu hanya RM 1,700 se ekar kepada syarikat lain.

Tindakan ini diikuti dengan pemberhentian hampir kesemua pekerjanya. Syarikat menjadi seolah dormant dan tidak mempunyai apa-apa aktiviti lagi kecuali memungut bayaran atas konsensinya yang tidak seberapa.

Dalam kata lain, KPK telah berkubur!

Tetapi ada pihak lain yang akan terus mengaut kekayaan dari kawasan konsensinya setiap tahun!

Tidak kurang pentingnya adalah mengapa rancangan untuk mengutip sejumlah RM 50 juta untuk Dana Rumah Mampu Milik Rakyat Kelantan gagal dan apa yg telah berlaku kepada kawasan hutan KPK seluas 20,000 ekar yang dikhaskan untuk tujuan itu.

Saya mengesyaki ada niat tersembunyi dari semua perkembangan ini dan ada kebocoran serius.

Sekalipun YAB MB tiada dalam negeri, saya yakin Pengerusi KPK sekarang dan bekas Pengerusi sebelum ini perlu mengambil tanggung jawab dan memberikan penjelasan penuh bagi pihak KPK.

Saya menuntut YB Zulkifli Mamat (bekas pengerusi dan ahli lembaga pengarah sekarang) dan YB Azami Mohd Nor ( Pengerusi kini) memberikan penjelasan terbuka yang diperlukan.

Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) juga dituntut untuk bertindak balas terhadap persoalan-persoalan yang saya bangkitkan dalam surat saya terdahulu.

Sekiranya tiada penjelasan memuaskan, saya akan mengambil tindakan lain seterusnya selepas satu tempoh dari kenyataan ini.

Sekian

YB Hj. Husam Musa
ADUN Salor
5 Zulhijjah 1436/19hb September 2015















-------------------

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar KELANTAN mana ada kelayakan untuk memerintah sebuah negeri.cukup untuk jadi GURU BESAR sekolah pondok sahaja.Hari2 depa dua orang ini kerja mereka pergi baca doa kenduri tahlil dan kenduri arwah sahaja. Itulah yg mereka pandai .Nak memerintah negeri tanpi tak ada minda langsung

Tanpa Nama berkata...

Dalam hierachy orang islam di Malaysia, yg pakai serban lebih tinggi darjat dari yg pakai lebai putih,lebai putih lebih tinggi dari pakai songkok hitam dan pakai songkok hitam tinggi sedikit daripada tak pakai apa2 atau pakai topi macamTT. Menteri Besar dan Timbalan hanya pakai lebai putih sebab itu mereka patut jadi guru sekolah pondok sahaja

Asrul Sani berkata...

YB Salor,
Mohon panjangkan surat ini serta butir terperinci kepada SPRM dan PDRM. Walaupun saya yakin tiada tindakan yang akan diambil kerana regim PAS mesra UMNO Kelantan ini akan diberi layanan istimewa oleh pihak berkuasa.

Ini lah contoh pemerintahan ulamak dunia yang tamakkan kan harta dan sayangkan duniawi. "......Just chop like that...."

Tanpa Nama berkata...

ORANG MELAYU /ISLAM DI MALAYSIA menpunyai hierachy atau kasta tersendiri.Yang beserban lebih tinggi tarafnya daripada yang berkopiah lebai,yg berkopiah lebai lebih tinggi drpd bersongkok hitam dan bersongkok hitam lebih sedikit tinggi drpd tanpa bersongkok.Tapi raja2 melayu buat potong jalan diberikan anugerah TUN ,TAN SRI DAN DATUK .POTONG STEAM SAJA.Kalau tidak geng2 berserban,berlebai dan berkopiah akan menjadi kasta yg tinggi di MALAYSIA..menteri besar dan timbalan kelantan hanya 2nd sahaja kerana mereka berkopiah lebai elok jadi guru sekolah pondok sahaja.

Tanpa Nama berkata...

ORANG MELAYU /ISLAM DI MALAYSIA menpunyai hierachy atau kasta tersendiri.Yang beserban lebih tinggi tarafnya daripada yang berkopiah lebai,yg berkopiah lebai lebih tinggi drpd bersongkok hitam dan bersongkok hitam lebih sedikit tinggi drpd tanpa bersongkok.Tapi raja2 melayu buat potong jalan diberikan anugerah TUN ,TAN SRI DAN DATUK .POTONG STEAM SAJA.Kalau tidak geng2 berserban,berlebai dan berkopiah akan menjadi kasta yg tinggi di MALAYSIA..menteri besar dan timbalan kelantan hanya 2nd sahaja kerana mereka berkopiah lebai elok jadi guru sekolah pondok sahaja.

SON OF SAIRIM berkata...

Apa boleh buat..kunci spring di blakang meke meke ni dah orang lain pegang..tak putar kang..tak gerakle meke meke ni....takbirrrrrr...kakkakakaka

Tanpa Nama berkata...

Tak boleh cerita banyak lagi dah

Rakyat kelantan pilih Otak Kayu jadi MB TMB maka hasil nya Kayu saja lah

Sesal tak guna bila entot tembak dalam kena tanggung lah walau ekonomi negara dah nak masok lubang taik dah nih

Harap saja Cina tak keluar duit tabung melqbur kat Australia sudah

Tanpa Nama berkata...

Tunggu hadis kuar...mana tau hadis dari perawi umno kah kah kah