Isnin, 9 November 2026

TERAM NAK SERANG IRAN MASUK IRAQ


TERAM NAK MASUK

IRAQ UNTUK 

SERANG IRAN?

AMIN

KITA AMAL SISTEM RAJA PERLEMBAGAAN


KITA AMAL

SISTEM RAJA 

PERLEMBAGAAN

BUKAN 

RAJA DI PINGGAN

KHALAS

JIKA MALAON INI YB PAS APA AKAN BERLAKU


JIKA MALAON INI

YB PAS APA

AKAN BERLAKU?

AMIN

NAMA GAMBAR

ALAMAT RUMAH

PASTI DISIAR

AMIN

TAPI MALAOAN IN

PARTI APA?

PKR ATAU DAP?

JENG JENG JENG

KHALAS


ADUN pukul isteri: Kertas siasatan dihantar kepada DPP


GEORGE TOWN – Kertas siasatan berhubung dakwaan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini memukul isterinya telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk arahan lanjut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Dennis Lim Kwang Keng berkata, pihaknya kini sedang menunggu arahan untuk tindakan selanjutnya berhubung kes berkenaan.

“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada DPP,” katanya ringkas.

Media sebelum ini melaporkan polis telah merekodkan keterangan empat termasuk ADUN berkenaan dan isterinya bagi membantu siasatan kes tersebut.

Dennis Lim berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Insiden itu merupakan kes kedua membabitkan dakwaan keganasan rumah tangga melibatkan ADUN di Pulau Pinang.

Pada 27 Februari lalu, ADUN Pantai Jerejak, Fahmi Zainol mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Nur Hidayah Abd Jabar mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama. – 

KES ISTERI ROSMAH


ADA LAPORAN

POLIS TERHADAP

PEGUAM NEGARA

AMIN

TEPAT  JIKA

PEGUAM NEGARA

DIREHATKAN

DEMI KEADILAN

KHALAS


Siasatan terhadap Peguam Negara boleh dikendalikan SG – Peguam


KUALA LUMPUR – Penilaian kertas siasatan terhadap Peguam Negara,  Dusuki Mokhtar berhubung isu pelaksanaan perintah pengampunan Datuk Seri Najib Razak wajar dikendalikan oleh Peguam Cara Negara (SG) bagi mengelakkan konflik kepentingan.

Peguam, Dr. Yusfarizal Yussoff berkata, perkara itu selaras dengan peruntukan Seksyen 376(2) Kanun Tatacara Jenayah yang membolehkan SG menjalankan fungsi Pendakwa Raya apabila Peguam Negara tidak hadir atau tidak berupaya bertindak.

Menurutnya, persoalan timbul sekiranya polis membuka kertas siasatan terhadap Peguam Negara sebelum menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menentukan tindakan pendakwaan.

Beliau berkata, Peguam Negara yang juga Pendakwa Raya mempunyai kuasa pendakwaan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, termasuk menentukan individu yang perlu didakwa atau sebaliknya.

“Jika polis membuka kertas siasatan dan menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara untuk diputuskan, siapa yang akan menentukan pertuduhan terhadap Peguam Negara sendiri?” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau mengulas mengenai beberapa laporan polis terhadap Peguam Negara susulan isu pelaksanaan perintah pengampunan  Najib.

Yusfarizal yang juga Ketua Penerangan Pas Selangor berkata, meskipun Seksyen 376(2) memperuntukkan kuasa kepada SG untuk menjalankan fungsi Pendakwa Raya, skop penggunaannya mungkin terhad kepada pengendalian prosiding mahkamah.

Malah, katanya, frasa ‘tidak berupaya bertindak’ dalam peruntukan berkenaan juga tidak mempunyai definisi yang jelas.

Mengulas amalan terdahulu, beliau berkata, isu sama pernah dibangkitkan pada 2016 apabila bekas Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berpandangan SG boleh menentukan sama ada pertuduhan perlu dibuat sekiranya Peguam Negara disiasat.

Katanya, pada 2018 pula, bekas Presiden Majlis Peguam, George Varughese menegaskan Peguam Negara perlu menarik diri daripada sesuatu perkara sekiranya wujud konflik kepentingan, manakala SG mengambil alih tugas berkenaan mengikut peruntukan undang-undang.

Bagaimanapun, Yusfarizal berpandangan situasi semasa berbeza daripada kes terdahulu kerana ia membabitkan laporan polis secara besar-besaran serta isu prerogatif pengampunan.

“Justeru, saya berhujah bahawa berdasarkan pedoman Seksyen 376(2) dan beberapa pandangan sebelum ini, penilaian kertas siasatan terhadap Peguam Negara perlu dikendalikan oleh SG,” katanya.

Dari sudut moral pula, beliau bersetuju dengan pandangan supaya Peguam Negara direhatkan daripada tugas atau meletakkan jawatan.

Menurutnya, langkah itu perlu bagi mengelakkan persepsi bahawa Peguam Negara boleh mempengaruhi keputusan siasatan terhadap dirinya sendiri.

Beliau menegaskan, laporan polis yang dibuat tidak bermakna seseorang itu sudah terbukti melakukan kesalahan, namun Peguam Negara perlu memastikan proses keadilan berjalan tanpa sebarang konflik kepentingan.

“Keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan, tetapi mesti dilihat dilaksanakan tanpa konflik kepentingan,” katanya. – 

AL-FATIHAH


   AL-FATIHAH

 AMIN

KEMALANGAN 

BENTUK INI  AMAT

JARANG BERLAKU

AMIN

NISBAH

1 DALAM 1.2 JUTA

 AMIN


3 maut dipercayai disambar petir di Sepang


SEPANG – Tiga lelaki maut dipercayai akibat disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman ketika dihubungi mengesahkan kejadian membabitkan ketiga-tiga individu tersebut.

Terdahulu, tular beberapa video memaparkan tiga individu dipercayai kesemuanya lelaki terbaring dan telah meninggal dunia akibat disambar petir ketika kejadian hujan lebat hari ini. – BERNAMA

 

 

AMERIKA TIDAK BANYAK PILIHAN


AMERIKA TAK

BANYAK PILIHAN

AMIN

HENTIKAN PERANG

TERIMA TUNTUTAN

BERUNDING

AMIN

ATAU PERANG

SEKALI LAGI

KHALAS



Iran beri amaran lancar serangan besar-besaran jika AS pilih sambung perang

ISTANBUL: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam memaklumkan bahawa cadangan Tehran untuk menamatkan perang dalam tempoh dua hari, masih terbuka.

Anadolu Ajansi melaporkan Araghchi sekali gus menggesa Rumah Putih memenuhi syarat yang ditetapkan Iran, dan memberi amaran mengenai tindak balas ketenteraan jika Amerika Syarikat (AS) menyambung semula serangan.

"Pengundi AS telah membuat pilihan mereka. Kini tiba masanya untuk Rumah Putih pula membuat pilihannya sendiri," kata Araghchi dalam hantaran melalui X, merujuk kepada pilihan raya pertengahan penggal AS pada Selasa lalu.

Araghchi menambah: "Cadangan dua hari kami masih kekal: penuhi syarat yang ditetapkan, termasuk menamatkan perang di semua medan, dan anda akan melihat hasilnya."

Beliau memberi amaran bahawa jika Washington memilih peperangan, tentera Iran akan melancarkan serangan besar-besaran.

Pada Isnin minggu lalu, jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei, berkata cadangan tujuh langkah Tehran yang kali pertama dikemukakan pada September, masih menjadi asas rundingan tidak langsung dengan Washington dan telah diringkaskan supaya dapat dilaksanakan dalam tempoh dua hari.

Pada Sabtu lalu, Qatar yang bertindak sebagai pengantara Washington dengan Tehran, menafikan laporan bahawa kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan

KES ISTERI ROSMAH


NAJIB NI CHINA

KE MELAYU ?

AMIN

JO LO NI

MELAYU KE CHINA?

AMIN

KAKI BODEK IKUT ARAHAN


KAKI BODEK

TETAP SETIA 

IKUT ARAHAN

KHALAS

Unknown commented on 
"NAK MEMANDAI MANDAI - PADAN MUKO"

terima kasih tonilok terima kasih komeng, terima kasih hanat yuh.. kami tuntut kamu semua letak jawatan..

kah kah kah

non jubo sila letak jawatan.. kami nak pilih kerajaan baru...amin


Unknown commented on 
"NAK MEMANDAI MANDAI - PADAN MUKO"

tak nak sekadar mintak maaf dia kena letak jawatan..juga tangkap sebab melanggar rukun negara malaysia..

kesetiaan kepada raja dan negara..


Unknown commented on
 "NAK MEMANDAI MANDAI - PADAN MUKO"
20 hours ago
Aku pelik juga lah tengok perangai dia orang ini, asyik berpusing-pusing, aku tengok ucapan Rajah, ucapan PMX, ucapan Munke, semuanya bercakap rapatkan saf, eratkan hubungan kaum, amalkan sikap toleransi, perpaduan,setia kawan dan bla bla bla. 

Peliknya mereka juga yang mengapikan semangat perkauman, ekstrem agama, berpecah-belah bergaduh kerana kuasa kedudukan kewangan mungkin, sampai masa berucap semuanya bagai malaikat sampai bumi, terutamanya menjelang pilihanraya kah kah kah kah, nampak tak kau orang?

Sebenarnya penjahat paling bisa orang politik kah kah kah kalau masih percaya masih hormat masih cium tangan masih buka pintu masih nak salam baik buat kerja masing-masing kah kah kah kah aku lagi percaya anjing TT yang setia setiap masa kah kah kah kah

PEGUAM NEGARA IKUT ARAHAN

PEGUAM NEGARA

JUJUR SETIA

IKUT ARAHAN

KHALAS


Unknown commented on
 "HUMBAN KE BAWAH BAS"

Jangan marah-marah jangan hina dia, menurut perintah menurut arahan menurut segala limpah kurnia naungan kuasa kah kah kah kah, semuanya boleh terbalik kalau yang suruh itu berkuasa besar, letup orang pun mereka sanggup lakukan, ini kecil anak saja lah, 

tapi tengok pemimpin UMNO berjalan megah bergaya walaupun ada 47 kes rasuah, mereka menjadi contoh bapa mithali negara kah kah kah kah buat salah tetapi tiada malu terhantuk kepala pun relax saja kah kah kah kah terpaling hebat


Unknown commented on 
"CEK 50 JUTA !!!"

Ini masa rakyat susah, rumah masuk air, kereta motosikal rosak kena air banjir, bukan setakat golongan b40 tetapi semuanya rumah mewah belaka? Kah kah kah Selangor terpaling maju sampai air sampai dalam rumah betulkah? 

Kah kah kah kah yang patut bantu bantuan tak sampai, yang patut duduk penjara derma sumbangan ikhlas sampai 50 juta jebat Jebat Panglima kah kah kah kah


Unknown commented on
 "SUARA PEMIMPIN MASA DEPAN"

Sama geng dulu, sama-sama diam diri juga apabila ada kes, jadi ahli kumpulan penyamun kah kah kah, aku pelik juga tengok dia orang, sampai lupa kebenaran batil haram halal kalau kena ahli geng penyamun?

Kalau orang lain bukan main hebat berapi berteriak melolong tetapi bila kena geng sendiri semuanya mengakui diam, inilah kekuatan ahli-ahli kumpulan kongsi gelap, gangster berlesen pencuri perasuah sekarang kah kah kah kah

KES ISTERI ROSMAH


APA 

SETERUSNYA

KES ISTERI ROSMAH

AMIN

MENUJU PUTRAJAYA


MADAFAKA

TAK BERANI 

CEPATKAN PRU16

KAH KAH KAH

DUIT RASUAH 

DALAM BENTUK

BUJET BELUM

BERJALAN

AMIN 

PAS UMNO AKAN

LABA JIKA PRU16

DI CEPATKAN

AMIN

UMMAH DAH TAK

SANGGUP MAKAN

BANGKAI AYAM

DIBAWAH 

MADAFAKA

KAH KAH KAH

KHALAS



Kritikan terbuka pemimpin parti jadi petanda Parlimen bakal bubar awal

PERSAINGAN dalam kalangan parti membentuk Kerajaan Perpaduan, khususnya bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) serta isu pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Najib Razak mula mencetuskan polemik politik berterusan.

Ia menjadi topik perdebatan umum bukan sahaja dalam kalangan pemimpin, tapi penyokong parti yang secara langsung memberi gambaran sudah mula wujud ketidakserasian, sekali gus keretakan sesama parti dalam kerajaan sendiri.

Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk persefahaman, diikuti kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) sejak PRN Johor dan Negeri Sembilan, seterusnya di PRN Melaka ketika ini, membangkitkan rasa kurang senang dan tidak selesa dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) sendiri.

Hubungan dan keikhlasan sebagai rakan kerjasama di Putrajaya mula dipersoal, ketika sesama mereka dilihat saling mengkritik secara terbuka dalam siri kempen dan ceramah PRN. Situasi ini dilihat mula melenturkan bibit kepercayaan yang saling wujud antara mereka sejak pasca Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 dulu.

Keputusan BN untuk membentuk kerjasama dengan PN, yang bertitik tolak dari siri pertemuan pemimpin utamanya sebelum ini atau bermula pada 'Langkah Bangkok' akhir tahun lalu, kini sudah diterjemah dan terpapar secara terbuka.

Persefahaman politik yang memfokuskan kepada matlamat penyatuan ummah itu kini bukan hanya berpaksi kepada kerjasama dalam PRN saja, sebaliknya dijangka diteruskan sehingga PRU Ke-16 nanti.

Tidak sekadar hubungan BN dan PH yang dilihat tidak seakrab dulu, persefahaman politik yang terjalin antara PH dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula kini mula dipersoalkan.

Ini selepas GPS ketika ini memiliki 23 Ahli Parlimen dan sedang mentadbir Sarawak, mengambil langkah sendiri untuk tidak membentuk pakatan dengan mana-mana gabungan parti politik mendepani PRN Sarawak, yang mana proses undiannya berlangsung pada 12 Disember depan.

Pendirian terbaru GPS sudah tentu memberi tamparan besar kepada PH khususnya DAP dan PKR, yang mengharapkan kerjasama terbentuk untuk sekurang-kurangnya mereka meraih kemenangan di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak, sekali gus menutup luka daripada siri kekalahan dalam PRN Sabah, Johor dan Negeri Sembilan.

BN dan GPS ketika ini membentuk 53 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Dua gabungan ini memiliki sejarah kesetiaan panjang sebagai parti politik, selain track record kerjasama dalam mentadbir negara sejak pembentukan Malaysia pada 1963.

Pasca PRU Ke-15 lalu, GPS pernah mengambil keputusan untuk menyokong pembentukan kerajaan baharu dipimpin Ahli Parlimen Pagoh yang juga Presiden BERSATU,  Muhyiddin Yasin. Namun pendirian gabungan itu beralih sebaik titah dikeluar bagi membentuk Kerajaan Perpaduan serta BN yang ketika itu memutuskan untuk membentuk kerajaan bersama PH.

Persefahaman masih kukuh

BN yang dipimpin UMNO juga hingga kini, tidak pernah meletak calon dalam mana-mana pilihan raya di Sarawak, termasuk PRN terdekat ini, secara langsung memberi isyarat persefahaman dua gabungan parti ini, masih kuat dan kukuh hingga kini.

Situasi ini meresahkan PH, yang terus bergelut untuk mendapat keyakinan dan sokongan rakyat khususnya pengundi Melayu. Usaha dan rundingan antara pemimpin mereka bagi membentuk persefahaman dan kerjasama dalam pilihan raya dengan BN dan GPS semakin menempuh jalan kabur.

Kali terakhir, kerjasama dibentuk pada PRN enam negeri pada Ogos 2023 yang menghasilkan keputusan kurang memberangsangkan apabila empat negeri di utara dan pantai timur terus didominasi PN. Sementara prestasi terburuk UMNO di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah, memberi petanda pengundi Melayu semakin menolak mereka ketika itu.

Konflik istana Negeri Sembilan membabitkan undang yang empat dan Yang Dipertuan Besar, biarpun berakar dari isu adat setempat, namun ia diheret sehingga mencetuskan perbalahan terbuka antara pemimpin, sekali gus mula meretakkan hubungan antara BN dan PH.

Pemimpin utama negeri dari kedua-dua gabungan dilihat saling menuding jari terhadap kemelut melanda, mengakibatkan isu adat gagal diselesaikan hingga kini. Ketika pentadbiran baharu pasca PRN Negeri Sembilan dilihat memiliki tempoh semakin suntuk untuk membentang sekali gus meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 atau Belanjawan 2027 negeri sebelum hujung tahun ini.

Konflik di Asia Barat memberi tekanan fiskal terhadap kewangan kerajaan dipimpin  Anwar bin Ibrahim. Perbelanjaan kerajaan terpaksa dikurangkan dengan Kementerian Kewangan (MOF) mengarahkan penyusunan semula keutamaan perbelanjaan dengan pemotongan sebanyak RM10 bilion daripada perbelanjaan mengurus di bawah Belanjawan 2026.

Langkah ini diambil bagi menangani peningkatan mendadak kos subsidi yang melonjak tinggi akibat ketidakstabilan geopolitik di Asia Barat dan lonjakan harga minyak global, dengan tekanan langsungnya kini mula dirasai rakyat apabila harga barangan dan perkhidmatan mula naik ketara.

Terbaru, isu pengampunan Najib mula memanaskan kembali 'pergelutan' yang sudah wujud dalam kalangan pemimpin UMNO dan PH. Pendirian Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mahu meletak jawatan serta-merta sebagai Menteri Pengangkutan sebaik Najib melangkah masuk ke kediamannya memulakan tahanan rumah, dilihat berupaya mempengaruhi langkah PH seterusnya.

DAP yang memiliki 40 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, menjadi benteng penting kepada kestabilan PH, selain menerajui lima kementerian strategik yang bertujuan mengukuhkan kedudukan gabungan ini dalam pentadbiran kerajaan.

Kini, persefahaman semakin longgar dan perselisihan terus ketara dalam kalangan pemimpin dan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan, memberi isyarat atau petanda kemungkinan Parlimen boleh dibubarkan lebih awal bagi memberi laluan kepada PRU Ke-16.

Desakan untuk Parlimen dibubarkan lebih awal sudah dinyatakan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini, namun ia tidak disahut positif pemimpin PH yang menyifatkan penggal Parlimen seharusnya berterusan hingga penghujung mandat, iaitu menjelang Disember 2027.

KAPAL TANGKI MINYAK MELEDAK


4 BUAH KAPAL

TANGKI MINYAK

MELEDAK 

DI SELAT HORMUZ

AMIN

HUMBAN KE BAWAH BAS

 

OTAK 

TERSANGKUT

DI BAWAH BAS

KAH KAH KAH

AMIN


Unknown commented on
 "LUPA KOPORAT MAFIA - OTAK JATUH DI MANA?"

otak tak jatuh cuma( jatuh bawa bas ) tapi pening dok pikiaq penyelesaian hal ehwal yam seng dan pengampunan wal tahanan kah kah kah wooit jangan cempera !


Unknown commented on 
"LUPA KOPORAT MAFIA -
 OTAK JATUH DI MANA

Wow ramai juga bijak pandai sekarang, semuanya keluaran UiTM atau Kolej Komuniti? Kelayakan kertas ramai tetapi kelayakan peribadi? Nampak gaya semuanya mengakui RM sebagai kiblat sembahyang sekarang, selagi ada RM maka hidup menjadi senang walaupun membuat kesalahan amin sentiasa merahmati segala limpahan kurnia kah kah kah kah


Unknown commented on
 "PAGI INI"

bang beca bang beca jauh berjalan, PUTAR putar oops kaki mengayuh mencari makan,… menjadi juara pertandingan nyanyian dulu dulu!!!


Unknown commented on 
"CERAH KE PUTRAJAYA"
KJ bekas ketua pemuda umno ni orang yang sama ke dengan KJ DJ radio tu pakcik? Maaf tak kenal puak kanan ni.


Unknown commented on 
"SAPA DERHAKA"

Apa jadi kalau derhaka? Kena sumpah jadi batu ka?


Unknown commented on
 "LUPA KOPORAT MAFIA -
 OTAK JATUH DI MANA?"

Otak melayu kat lutut kalau dah boleh syukurrrr..ini kat jubo...what else.is.there.to say wahai cult members?

ANUGERAH PHD


PRN MELAKA

APAKAH BERSATU

AKAN DI ANUGERAH 

PHD?

AMIN

PAGI INI


PAGI INI





HARI INI

SENIN 9 NOVEMBER 2026

CUTI DEEPAVALI


PENGUAM NEGARA DI BAWAH BAS
Kah kah kah
Kah kah kah
Kah kah kah

Kes Najib buat negara huru hara – Kesian Peguam Negara kena humban KE.  bawah bas – kah kah kah.

KES  NOGORI masih belum selesai muncul kes Najib pulak – Berat ini makin berat.

PRN MELAKA
Kah kah kah
Kah kah kah
Kah kah kah

Gua rasa PKR dapat menang di Macap  - jadi tak dapat telor.

BERSAMA dan BERSATU dapat PHD KE ?

MUDA bijak tak tanding – save budget kah kah kah – jika tidak pasti di anugerah PHD – kah kah hah

SERANG SIBER
Ini teater NAK CARI SIMPATI kunuuun sokong Palestin – kah kah kah tapi jual 39 Lapangan Terbang pada syarikat  Yahudi Zionis Blackrock.

Dan PDRM pakai sistem INTEL  BUATAN SAPA ? kah kah kah.




HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk segar – petang kemarin hujan lebat – gua terperangkap  dalam Hokkien basah.

Lopak air di sana sini – juga hilangkan dahaga warga Hokkien.

Matahari dah keluar – cahaya lembut – KL & KL Sentral berkabus nipis – langit biru berawan putih.

Pagi ini ramai datang makan – Siti  Mak da Puppy hadir – tapi Geng Putih tak kelihatan.

Di pintu masuk Murai berkicau – di bukit kiri dan kanan Terkukur berlagu – depan Pokok Ara Gagak bersuara –  pagi indah. Tapi How Wow dah terbang lari.

Tiong tak muncul pagi ini.

Seperti biasa gua bawa Minah ke Gelanggang – ha ha -pagi ini  Minah gigit urat kayu – Menggigit adalah perangai Puppy. Amin

Hari ini akan panas – petang hujan – malam sejuk santai. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SENIN

BRO
Lu tidak di lahirkan dengan kasut pastu selalu terlupa kasut.

BRO
Lu kalau kaki putar pasti kawan dengan Mat Putar.

BRO
Lu tanam lu tuai – lu entot tak pakai kondon lu dapat anak. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI