Jumaat, 26 Julai 2019

PADAN MUKA








ALAAMAK
SUDAH KENA

DULU GUA UDAH

BILANG

LU JANGAN

PLAY PLAY

DENGAN PAKATAN

SEKARANG 

LU BARU CAYA

LHDN tuntut Najib bayar cukai RM1.69 bilion atau hilang kerusi

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi amaran kepada bekas perdana menteri Najib Razak untuk melunaskan bayaran tambahan RM1.69 bilion cukai pendapatan atau berisiko diisytiharkan muflis, sekali gus hilang kerusi Parlimennya, kata peguamnya.

LHDN memfailkan saman untuk mendapatkan semula jumlah itu dan mahu bekas perdana menteri membayarnya sebelum dibenarkan membawa perkara itu ke mahkamah.

Peguam yang mewakili lembaga itu merancang untuk memfailkan permohonan untuk penghakiman terus, meskipun terdapat rayuan terhadap penilaian cukai Najib.

“Ini bukan kes bayar sekarang dan bincang kemudian, kerana bayar sekarang sebanyak RM1.69 bilion yang akan menjadikan anak guam kami muflis dan menyebabkan beliau tidak layak menjadi anggota parlimen,” kata peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

“Itulah sebabnya kami akan memfailkan penangguhan prosiding perkara ini sementara menunggu penyelesaian penilaian.”

Najib merupakan ahli Parlimen Pekan sejak 1976.

Pengurusan kes ditetapkan pada 30 Ogos.

Kerajaan pada 25 Jun lalu melalui LHDN memfailkan saman itu terhadap Najib yang meminta beliau membayar RM1,692,872,924.83, faedah pada lima peratus setahun dari tarikh penghakiman, serta kos dan pelepasan lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam kenyataan tuntutan, kerajaan memaklumkan bahawa seperti yang dinyatakan melalui notis penilaian tambahan bertarikh 20 Mac 2019, penilaian cukai tambahan ke atas pendapatan Najib bagi tahun taksiran 2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017 adalah RM116,173,374.12; RM320,929,932.31; RM891,573,465.46; RM119,144,655.51; RM16,879,500.03; RM643,445.21 dan RM346,471.41.

Kerajaan mendakwa notis itu dihantar melalui pos berdaftar kepada Najib pada 25 Mac 2019 ke alamat terakhirnya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dekat sini dan surat tersebut tidak pernah dikembalikan kepada LHDN.

Ia mengatakan bahawa memandangkan Najib gagal membayar cukai dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, jumlah itu meningkat sebanyak 10 peratus, berjumlah RM11,617,337.41; RM32,092,993.23; RM89,157,346.54; RM11,914,465.55; RM1,687,950.00; RM64,344.52 dan RM34,647.14 bagi tahun taksiran masing-masing dari 2011 hingga 2017.

Najib diberi tempoh 60 hari untuk membayar cukai itu, bersama-sama dengan kenaikan 10 peratus, tetapi mendakwa Najib masih gagal berbuat demikian.

Susulan itu, Najib dikenakan kenaikan lima peratus daripada kenaikan 10 peratus itu, berjumlah RM6,389,535.57; RM17,651,146.27; RM49,036,540.60; RM6,552,956.05; RM928,372.50; RM35,389.48 dan RM19,055.92 bagi tahun taksiran yang ditetapkan, menjadikan jumlah keseluruhan cukai pendapatan berjumlah RM1,692,872,924.83, katanya.

Najib membantah cukai tambahan yang dikenakan dan mendakwa bahawa wang yang masuk ke dalam akaunnya adalah sumbangan asing dan pembiayaan politik, yang tidak boleh dikenakan cukai.

“Jika kita lihat dengan teliti, ia jelas menunjukkan bahawa cukai ini dikenakan ke atas apa yang saya terima daripada derma dan sumbangan dari luar negara ke dalam akaun saya,” katanya menerusi posting di Facebook pada 4 Julai.

“Ini termasuk sumbangan dari Menteri Kewangan Arab Saudi dan putera Arab yang telah disahkan oleh pegawai bank dalam perbicaraan kes SRC.”  – 25 Julai, 2019.



TAHNIAH

TERBAIK

SEKALI SEKEH

MAMPOS DUA

EKOR NAJIB

PADAN MUKA
--------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pukimak lah PH ni. Apa pasal Najib je kena. Kutty tak kena apa apa ka? 22 tahun melingkup bumi Malaysia lepas macam tu je? Apa pundek.

cikminah berkata...

Lembaga Hasil Dalam negeri (LHD) dah kenakan Najib rm1.69 billion, bila pula Wak Jahid dan KuNan nak kena.....???
Mereka pun apa kurangnya. Tak main ribu-riban, semua juta-jutan dan billion-belian. Elok LHD kenakan semua,baru boleh dijadikan Tugu Negara utk package tahun lawatan Malaysia.Nak-nak kalau semua bag tangan, jam ta gan, cermin mata dan intan berlian Kak Mah is part of the package. Keboomlah tahun melawat Malysia!!!

Raja Kumbang berkata...

Takut apa bengkrap. Kat Malaysia ni hari hari ada orang kena declare bengkrap. Kalau Najib jadi bengkrap, orang Kuantan akan dapat PRK, masyuk tu.