Isnin, 25 Mei 2020

PKPB TUKAR JADI PKP?






AWAS

BAHAYA
 


Kes Covid-19 kembali cecah tiga angka, 172 jangkitan baharu dikesan

KES baharu Covid-19 di Malaysia melonjak kepada tiga angka apabila 172 kes jangkitan baharu dikesan dalam tempoh 24 jam dengan 159 daripadanya melibatkan warga asing, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya,daripada keseluruhan kes baharu itu, 112 daripadanya dikesan di tiga Pusat Tahanan Imigresen.

“Lima kes melibatkan kes import manakala 167 kes merupakan penularan  tempatan membabitkan 159 bukan warganegara Malaysia dan lapan kes warganegara.

“Dengan kes baharu hari ini, jumlah keseluruhan kes Covid-19 kini menjadi 7,417 kes,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Selain itu, 34 pesakit pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 5,979 atau 80.61% daripada kes jangkitan.

Tiada kematian dilaporkan hari ini, sekali gus mengekalkan jumlah korban sebanyak 115 orang.

Awal hari ini Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata semua pendatang asing tanpa izin (Pati) yang disahkan positif Covid-19 di depoh tahanan Imigresen akan ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang.

Beliau berkata seramai 4,342 Pati ditahan di tiga depoh tahanan imigresen.

“Seramai 1,654 di Semenyih, 1,134 di Bukit Jalil dan 1,358 di Sepang.

“Rakyat tidak perlu bimbang kerana mereka sudahpun terkurung di dalam kawasan depoh. 

“Jadi peluang untuk menularnya Covid-19 di luar adalah tidak ada kerana semuanya di dalam (depoh) tersebut kita buat saringan kepada semua Pati, termasuk pegawai dan sebagainya. Yang didapati positif terus dihantar ke Maeps,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini. – 25 Mei, 2020.


PKPB

JADI

PKP ?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin Kencing Pengundi