Rabu, 11 November 2020

TAK PERLU DARURAT

 



SALUT


TAHNIAH

TAK PERLU 

DARURAT


Kes pulih keseluruhan Covid-19 lepasi 31,000

KES pulih Covid-19 di Malaysia melepasi angka 31,000 dengan 769 kes pulih baharu direkodkan hari ini, manakala sebanyak 822 kes jangkitan baharu direkodkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Hari ini merupakan hari yang keempat kes jangkitan baharu mencatatkan tiga digit.

Sabah menyumbang kes harian tertinggi dengan 259 kes atau 31.5% daripada jumlah keseluruhan hari ini manakala Lembah Klang melaporkan 202 atau 24.6% kes.

Bagi kes pulih, Sabah turut mencatatkan angka tertinggi dengan 553 kes diikuti Selangor (98) dan Negeri Sembilan (39).

Jumlah keseluruhan kes pulih ialah 31,073 manakala jumlah kes jangkitan setakat ni 42,872. Jumlah kes aktif pula adalah 11,497.

“PKPB di Sabah membuktikan ia berkesan mengurangkan jumlah kes.

“Mungkin dalam dua ke tiga minggu lagi, dijangka jumlah kes akan lebih banyak berkurangan,” kata Dr Noor Hisham pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Ini merupakan hari ke 36 berturut-turut Sabah mendahului negeri lain dalam jumlah harian kes Covid-19.

Malaysia turut melaporkan dua kematian hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 302.

Kedua-dua kes kematian dilaporkan di Sabah dan kedua mangsa adalah wanita.

Mangsa pertama berusia 27 tahun manakala yang kedua adalah 67 tahun. Kedua-duanya mempunyai sejarah penyakit kronik.

82 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 30 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan. – 11 November, 2020.


AWAS

HATI

HATI 

Tiada ulasan: