Isnin, 29 Mac 2021

IKUT CAKAP ZAHID ATAU IKUT CAKAP MUHYIDIN

 

SAPA NAK 

BERTARUH

AMIN

IKUT CAKAP

ZAHID HAMIDI

ATAU

IKUT CAKAP

MUHYIDIN YASIN

KAH KAH KAH


Menteri, timbalan

 menteri Umno perlu

 letak jawatan

 serta-merta, kata Ku Li
ANGGOTA Kabinet dan lantikan politik kerajaan Perikatan Nasional (PN) dari kalangan ahli Umno harus melepaskan jawatan mereka serta-merta, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Pengerusi lembaga penasihat Umno itu menegaskan, ia perlu dilaksana memandangkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sudah memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu.

“Presiden (Ahmad Zahid Hamidi) menegas sekali lagi apa diputus MKT, kita akan putus kerjasama dengan Bersatu.

“Bererti semua ahli Umno yang jadi menteri, timbalan menteri yang pegang jawatan pengerusi GLC harus tarik diri, kalau boleh hari ini,” katanya ketika ditemui di Perhimpunan Agung Umno.

Wakil rakyat Umno kini mengisi sembilan jawatan menteri, dan lima jawatan timbalan menteri dalam Kabinet Muhyiddin Yassin.

Zahid terdahulu ketika menyampaikan ucapan dasar di perhimpunan itu menegaskan sekali pendirian Umno untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau turut mengingatkan Muhyiddin Yassin mengenai syarat menyegerakan Pilihan Raya Umum ke-15 untuk membolehkan presiden Bersatu itu dilantik menjadi perdana menteri kelapan.

Selain itu, Umno juga tetap dengan pendirian bertanding sendirian dalam PRU15 dengan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN), katanya.

Perhimpunan Agung Umno 2020 dijangka akan menetapkan keputusan rasmi untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang.

Ia susulan daripada usul diluluskan di persidangan 124 bahagian Umno selain 147 daripada 191 ketua Umno bahagian yang bersetuju menolak kerjasama tersebut.

Keputusan itu diangkat ke mesyuarat MKT Umno pada 19 Februari lalu yang membuat pendirian sama.– 28 Mac, 2021.

MUHYIDIN BIJAK

BERI JAWATAN

PADA SEPARUH

KAH KAH KAH

YANG LAIN 

 TINGGAL KOSONG

 AMIN

AKHIRNYA

 GEROMBOLAN

 GADUH TIBAI

SESAMA SENDIRI

KAH KAH KAH 

BIJAK ABAH KAU

BUAT STRATIJI

KHALAS



Tiada ulasan: