Pemimpin akar umbi Umno tolak agenda Zahid
KOTA BHARU: Penyokong akar umbi Umno tidak mampu lagi menyembunyikan perasaan gelisah selepas parti itu bekerjasama dengan DAP yang menjadi musuh tradisi sejak merdeka.
Rata-rata pemimpin Umno peringkat cawangan tidak boleh menerima agenda dibawa Zahid Hamidi menyertai kerajaan campuran yang didominasi DAP.
Timbalan Wanita PERIKATAN NASIONAL (PN) Kelantan Lina Aina Zakaria berkata, hasil pertemuan dengan wanita Umno mereka menyatakan menolak Umno kerana pemimpin parti itu menggadaikan prinsip perjuangan.
Katanya, mereka secara terbuka menyatakan sokongan terhadap PN biarpun sudah lama berjuang bersama Umno.
“Apa lagi kerajaan PH sekarang dilihat tidak mampu masalah rakyat yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup,” katanya yang juga Ketua Serikandi Bersatu Kelantan ketika ditemui di sini.
Menurutnya pemimpin Umno di peringkat cawangan sedia membuat perubahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Kata beliau juga berdasar perkembangan semasa yang berlaku sekarang ramai wanita Umno beralih arah perjuangan dengan memilih PAS dan Bersatu.
“Gelombang kebangkitan tidak dapat dinafikan lagi, namun jentera PN perlu bekerja keras dan tidak leka dengan angin perubahan yang berlaku itu,” ujarnya.
Lina Aina juga berkata, Jawatankuasa Wanita PN Kelantan yang diwujudkan sebelum ini terus diperkasakan bagi mengatur gerak kerja pilihan raya bersama. –
Tiada ulasan:
Catat Ulasan