Sabtu, 24 Ogos 2024

HILANG DALAM LUBANG


Operasi mencari mangsa jatuh lubang di Jalan Masjid India diteruskan

PASUKAN mencari dan menyelamat masih meneruskan operasi untuk mencari seorang wanita warga asing yang hilang selepas terjerlus jatuh ke dalam lubang di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pagi tadi.

Dalam usaha mencari mangsa, pasukan penyelamat juga meluaskan dimensi pencarian kerana ada kemungkinan mangsa dihanyutkan arus deras dalam longkang bawah tanah yang ada di tempat kejadian.

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata di bawah lubang itu, ada aliran air deras sampai ke hujung dan pemeriksaan sudah dibuat di kawasan itu, tapi setakat ini mangsa belum ditemui.

Beliau turut menyebut insiden hampir serupa turut berlaku di kawasan sama tetapi lubang itu sudah dibaiki.

“Kita tidak boleh buat sesuka hati. Tidak boleh tutup aliran air kerana boleh sebabkan banjir di lokasi lain, jadi operasi ini perlu dijalankan secara berperingkat dan berhati-hati dengan nasihat pihak bomba, termasuk meneliti ancaman gas bawah tanah.

“Kami turut mengadakan perbincangan dengan Indah Water Konsortium (IWK) mengenai pelan aliran air dan sistem pembetungan.

“Kita berharap mangsa dapat ditemui dengan segera dan selamat,” katanya kepada media ketika melawat tempat kejadian.

Pada masa ini, usaha menyelamat sedang dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta IWK.

Rusi berkata berdasarkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) jelas menunjukkan mangsa terjatuh ke dalam lubang jerlus dan hanya membabitkan seorang mangsa.

“Semakan mendapati mangsa berasal dari India, melancong ke negara ini bersama beberapa ahli keluarganya sejak dua bulan lalu.

“Difahamkan mangsa dan keluarganya akan pulang ke India, esok (Sabtu) namun apabila kejadian ini berlaku, mereka tidak boleh pulang.

“Buat masa ini, kita tugaskan seorang pegawai polis berbangsa India untuk berkomunikasi dengan mereka, memaklumkan segala perkembangan terkini,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan membantu mereka berhubung dengan pihak kedutaan India bagi urusan penyambungan visa lawatan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8.22 pagi, membabitkan seorang wanita berusia 48 tahun dilaporkan terjatuh dalam lubang jerlus. – 23 Ogos, 2024.

DATUK BANDAR

 WAJIB DATANG

KE TEMPAT 

KEJADIAN

AMIN

MENTERI 

PELANCUNGAN

DILARANG DATANG

AMIN

MENTERI MABUK

INI MUNGKIN 

JATUH SAMA

AMIN

ATAU

JIKA DIA JATUH

TERBAIK UNTUK

PELANCUNGAN

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selepas nie brickfields plak. Lubang dah sedia menanti kau. Memang lawak lihat orang terjatuh dalam lubang dan hilang ye? Tunggu giluran kau plak! Bila kau dah masuk lubang tu, aku akan kencingkan lubang tu! Puki mak!