Selasa, 17 September 2024

BANJIR DATANG LAGI


Banjir terburuk selepas 2 tahun, tak sempat selamatkan barang – Mangsa

NIBONG TEBAL – “Tak sangka air naik terlalu cepat sehingga kami tidak sempat selamatkan apa-apa kecuali nyawa,” ujar Zaitun Pin, mangsa banjir di Kampung Sungai Kechil di sini hari ini.

Suri rumah berusia 63 tahun itu mendakwa kawasan perumahan itu tidak dinaiki air sejak dua tahun lalu menyebabkan mereka tidak melakukan sebarang persediaan meskipun hujan lebat sejak 5.20 pagi tadi.

“Saya sedar hujan lebat ketika melakukan persediaan nasi lemak untuk jualan di gerai yang diusahakan anak.

“Bagaimanapun, pukul 9 pagi tiba-tiba air mula naik dan kurang 15 minit sudah sampai paras pinggang sekali gus menyebabkan kami tidak sempat menyelamatkan apa-apa pun termasuk dokumen peribadi.

“Banjir sekelip mata ini berpunca daripada air dari Bukit 300 yang terletak berhampiran kawasan ini, kalau tidak memang dah dua tahun sini tak banjir,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Sementara itu, Muhammad Faris Hassan, 28, berkata, hampir keseluruhan perabot dan perkakas elektrik rumah mertuanya rosak ditenggelami air banjir.
.
“Ketika kejadian terdapat lima individu dalam rumah termasuk anak, isteri serta ibu mertua saya dan pada saat itu kami hanya pastikan keselamatan anak-anak dengan menempatkan mereka di tingkat atas rumah.

“Air dalam rumah kami paras pinggang jadi memang tak sempat selamatkan apa-apa dan kini mengharapkan hujan berenti untuk membersihkan rumah,” katanya.

Air naik mendadak dalam tempoh kurang 15 minit menyebabkan penduduk tidak sempat selamatkan barang dalam rumah masing-masing.

Terdahulu, kira-kira 200 buah rumah dalam Parlimen Nibong Tebal terjejas akibat banjir.

Antara kawasan terlibat ialah Taman Cenderawasih, Kampung Sungai Kechil, Kampung Besar, Kampung Sungai Udang dan Taman Nibong Tebal. – 

NANTI AKAN

BERLAKU BANJIR

DI WILAYAH

DI KAMPONG

DI TAMAN YANG

BELUM PERNAH

ADA BANJIR

AMIN

INI TANDA

IKLIM BERUBAH

AMIN

INI TANDA

MALAPETAKA 

IKLIM SAMPAI

KHALAS

Tiada ulasan: