Rabu, 26 November 2025

MAKAN SAYUR LEBIH SELAMAT


Jakarta haramkan jualan, makan daging anjing

JAKARTA: Pihak berkuasa Jakarta mengharamkan penjualan dan pengambilan daging anjing, kucing, dan kelawar bagi mencegah penularan penyakit rabies.

Penyakit rabies atau Hydrophobia ialah sejenis penyakit virus yang sangat serius dan boleh membawa maut yang menyerang sistem saraf pusat manusia dan mamalia.

Gabenor Jakarta, Pramono Anung dalam kenyataan di media sosial, berkata beliau sudah menandatangani peraturan yang melarang penjualan haiwan pembawa penyakit rabies untuk tujuan makanan.

Beliau berkata, larangan itu terpakai kepada 'haiwan hidup, daging, atau produk lain, sama ada mentah atau diproses' dan melarang sebarang 'aktiviti berkaitan... haiwan pembawa rabies yang bertujuan untuk makanan'.

Menurut dokumen yang dilihat Agensi Berita Perancis (AFP), peraturan yang ditandatangani Pramono pada Isnin lalu, menyediakan tempoh peralihan selama enam bulan sebelum ia dikuatkuasakan sepenuhnya.

Mereka yang didapati melakukan kesalahan itu boleh dikenakan tindakan bermula daripada amaran bertulis sehingga pembatalan lesen perniagaan.

Keputusan itu disifatkan sebagai kemenangan besar buat aktivis hak haiwan.

Indonesia adalah antara segelintir negara yang membenarkan penjualan daging anjing dan kucing, namun kempen menentang amalan itu semakin mendapat tempat, dengan beberapa bandar mengenakan larangan tempatan ke atas perdagangan itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Aktivis hak haiwan menyambut baik tindakan pihak berkuasa tempatan Jakarta itu.

"Polisi ini sejajar dengan mandat perlembagaan untuk melindungi semua rakyat Indonesia dan untuk menjadi sebuah negara yang adil dan bertamadun," kata kumpulan advokasi Dog Meat Free Indonesia dalam satu kenyataan.

Kementerian Kesihatan Indonesia melaporkan 25 kematian antara Januari dan Mac lalu, manakala laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), puluhan rakyat Indonesia meninggal dunia akibat rabies setiap tahun.

Walaupun anjing secara amnya dilihat sebagai najis dan jarang dijadikan haiwan peliharaan di Indonesia yang majoriti penduduknya beragama Islam, daging anjing kekal sebagai makanan istimewa dalam kalangan sesetengah kaum di negara itu.

Daging anjing yang dianggap sumber protein murah, turut dimakan di beberapa negara Asia yang lain. - AFP

MAKAN KELAWAR

LAHIR COVID19

AMIN

MAKAN ANJING

MEREBAK RABIES

AMIN

MAKAN SAYUR

PALING SELAMAT

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

makan daging orang yahudi jadi apa pula? jadi pas taliban ke? kah kah kah!