Isnin, 21 September 2026

BERITA BAIK DARI IRAN


SAH IRAN 

IRAN KINI

KAWAL

 SELAT HORMUS

AMIN

HARGA  MINYAK

AKAN TERUS

NAIK

AMIN


Selat Hormuz kekal ditutup sehingga AS penuhi komitmen - Iran

ISTANBUL: Speaker Parlimen Iran, hari ini berkata Selat Hormuz akan kekal ditutup sehingga Amerika Syarikat (AS) memenuhi komitmen yang dibuat menerusi perjanjian pada Jun lalu serta memenuhi syarat yang ditetapkan Tehran, lapor Anadolu Ajansi.

Ketika berucap di Parlimen, Mohammad Bagher Qalibaf, berkata Iran sudah "menyampaikan dengan jelas syaratnya kepada pihak lawan menerusi pengantara", menurut penyiar kerajaan IRIB.

"Musuh sedar bahawa ruang untuk melakukan penipuan dan mengenakan kehendak secara unilateral sudah tertutup; selagi syarat ini belum dipenuhi, hak sah rakyat Iran belum diiktiraf dan komitmen Amerika belum ditunaikan, tiada ruang untuk kembali kepada keadaan rundingan sebelum ini atau membuka semula Selat Hormuz," katanya.

Ketegangan di Asia Barat meningkat selepas AS dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Februari lalu, menyebabkan Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan terhadap negara di rantau itu yang menempatkan aset ketenteraan AS.

Iran turut menutup Selat Hormuz, satu daripada laluan perkapalan terpenting dunia bagi penghantaran minyak dan gas.

Washington dan Tehran mencapai perjanjian pada Jun lalu yang memperuntukkan pemberhentian operasi ketenteraan serta pengaturan untuk membuka semula Selat Hormuz kepada pelayaran.

Perjanjian itu kemudian gagal dilaksanakan susulan perselisihan antara kedua-dua pihak mengenai pengaturan pelayaran dan keselamatan di laluan perairan strategik itu.


Tiada ulasan: