PAGI INI
PAGI INI
AHAD 20 SEPTEMBER 2026
PERANG EROPAH
PERANG TIMUR TENGAH
MAKIN MEREBAK
RUSIA
PRU sedang berjalan di Rusia. Warga sedang mengundi. DRONE – beribu – dafri Ukraine masuk menyerang MOSCOW.
APA JAWAPAN RUSIA?
Pasti Rusia akan balas.
YAMAN
Ansarallah menyerang Riyadh – Laluan minyak masih terbakar. Minyak eksport dari Saudi 3 juta tong sehari terhenti, Harga minyak naik.
AMERIKA dan ISRAEL
Buat persediaan. SERANG YAMAN ? atau SERANG IRAN ?
IRAN
Pasukan Pengawal Republik Islam beri ISYARAT 100 – ini tanda paling bahaya – untuk semua bala tentera. Ini tanda BERSEDIA !!!
TEATER DAP
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
Buat buat letak jawatan – nanti Mat Burut kata jangan – kah kah kah.
Skrip ini rakyat dah tahu dah hafal . KINI KITA – hanya tunggu masa nak humbankan Mat Burut
HOKKIEN
Pagi ini basah BERJEREBU – matahari tidak kelihatan. Langit arah Sungai besi ada kelihatan sedikit awan. KL & KL Sentral di kepung jerebu dan. Kabus. Kemarin hujan agak lebat.
Ha ha – Tim Mak Tetek Lanjut awalnya tak kelihatan – kemudian muncul – ramai datang makan.
Berjalan ke Wakaf Tiga depan Pokok Ara Geng Putih berkejar – kini dah jadi kawan. Gua beri nasi – Tak Tak masih marah pada satu Taiko – Tak Tak kejar.
Ha ha Jantan Putih Baik ikut ke Wakaf Tiga dapat hati dan keropok.
Kemudian ikut berjalan pulang di tengah jalan – Dia BERGOLEK TERLENTANG . DALAM BAHASA ANJING ini ialah tanda Dia amat Yakin pada Gua – terlentang adalah perbuatan paling bahaya – ketika liar jika terlentang beri musuh peluang menyerang.
Depan gua Jantan Putih Baik terlentang ini tanda DIA SELAMAT dan Yakin akan selamat,
Nak sampai ke Pintu Keluar muncul Siti Solo – dia kelihatan sehat – lama tak muncul - gua beri hati dan keropok.
Jap lagi gua nak ke klinik – nak periksa badan – nak rakam – laporan doktor - jika perlu nak saman PEMILIK LADANG SAWIT YANG DI BAKAR. Amin.
Hujan sila datang lagi.
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SENIN
Daun dedap dalam kuali
Di atas para di tepi almari
DAP buat teater tipu pengundi
Pura-pura letak jawatan menteri
Limau purut di kaki lima
Letak sebiji tepi jambatan
Mat Burut buat drama
Tolak Loke letak jawatan
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN. HARI INI
SELAMAT BERKERJA





Tiada ulasan:
Catat Ulasan