Isnin, 12 Oktober 2026

TAK DAPAT JEMPUTAN JAGA LEMBU LAGI BAIK


KAH KAH KAH

INI BARU BETUL

TAKDA MASA

UNTUK 

BERSIDANG 

KAH KAH KAH

BAIK JAGA LEMBU

MASUK AYAM 

KE REBAN

KAH KAH KAH

BUAT APA DATANG

BERSIDANG JIKA

TIDAK DI JEMPUT

KAH KAH KAH

KHALAS


Tuanku Muhriz tidak berangkat hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja, tumpu urusan negeri



SEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi memberikan tumpuan kepada urusan negeri iaitu Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu.

Pengelola Bijaya Diraja,  Azizi Mohamad Ali, dalam kenyataan hari ini menjelaskan bahawa kehadiran Tuanku Muhriz ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak memerlukan jemputan.

"Merujuk kepada laporan media tersiar pada hari ini, bahawa Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, dilaporkan telah menerima jemputan untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Istana Negeri Sembilan ingin menjelaskan bahawa kehadiran ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak memerlukan jemputan.

"Selain itu, Ke Bawah Duli Tuanku juga tidak menerima surat atau warkah jemputan daripada Pengerusi Mesyuarat Sultan Perak, untuk menghadiri Mesyuarat Pra-Majlis Raja-Raja," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Azizi berkata, Istana Negeri Sembilan juga menegaskan tiada sebarang kenyataan media pernah dikeluarkan oleh pihak Istana berhubung perkara itu sebelum ini kepada mana-mana pihak atau media. – BERNAMA

Tiada ulasan: