Isnin, 12 Oktober 2026

PROJEK JANGKA PANJANG

 


ROSAK

 KESEHATAN

AKIBAT DARI

JEREBU AKAN

DI LIHAT 20 -30

TAHUN DARI

HARI INI

AMIN

INI PROJEK

JANGKA PANJANG

MENGURANG

PENDUDUK DUNIA

KHALAS


Jerebu: Sekolah di 3 negeri, Putrajaya ditutup esok

KUALA LUMPUR – Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya ditutup esok susulan situasi jerebu semasa.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, penutupan turut membabitkan sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat dan Sepang di Selangor serta PPD Kuantan dan Rompin di Pahang.

Katanya, sekolah di Kuala Lumpur, Labuan, Kedah, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Sabah dan Sarawak beroperasi seperti biasa.

“Begitu juga sekolah di daerah lain di Selangor dan Pahang yang tidak terlibat dengan penutupan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut beliau, bagi sekolah yang beroperasi seperti biasa, pihak pentadbiran diminta memastikan aktiviti luar dipantau berdasarkan keadaan kualiti udara semasa.

“Ibu bapa, murid dan warga sekolah turut dinasihatkan memakai pelitup muka yang bersesuaian ketika berada di luar, khususnya di kawasan yang terjejas akibat jerebu.

“Semua pihak diminta mengikuti makluman rasmi daripada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing bagi mendapatkan perkembangan terkini,”ujarnya. – MalaysiaGazette



Tiada ulasan: