Khamis, 5 November 2026

BERI PELAJARAN BUKAN DENDA


CARA BETUL

BERI PELAJARAN

UNTUK JADI

WARGA YANG BAIK

AMIN

TAK PERLU DENDA

TAK PERLU PENJARA

KHALAS



2,000 sudah kena Perintah Khidmat Masyarakat sebab buang sampah


KUALA LUMPUR: Lebih 17,000 notis kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) atas kesalahan membuang sampah di tempat awam sejak peraturan itu dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu.

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata daripada jumlah itu hampir 2,000 individu diperintahkan mahkamah untuk menjalani Perintah Khidmat Masyarakat.

"Tahun ini kita akan terus memantapkan tindakan. Tangan yang membuang perlu menjadi tangan yang membersih," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) berhubung kartel sampah haram yang didakwa menjadikan tempat terpencil dan tanah terbiar sebagai pusat sampah haram.

Kor Ming berkata, pada tahun lalu Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berjaya menutup 3,600 tapak pelupusan sampah haram di seluruh negara.

Katanya, mana-mana individu yang didapati bersalah terbabit dalam kegiatan sindiket tapak sampah haram, mereka boleh dihukum penjara lima tahun dan denda RM100,000 di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

"Pada masa sama, SWCorp diperkasa dengan perolehan aset lebih 100 motosikal untuk memudahkan rondaan dan serbuan di kawasan tapak pelupusan haram.

"Dalam tempoh tiga tahun ini, kita berjaya menutup lebih 6,000 tapak pelupusan sampah haram," katanya.

Menjawab soalan asal   Richard Rapu (GPS-Betong) mengenai strategi jangka panjang kementerian terhadap tapak pelupusan terbuka kritikal Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) luar bandar, termasuk di Betong dan pelan mitigasi bagi daerah tanpa Loji Sisa kepada Tenaga (WtE) bagi membendung lambakan sisa harian di tapak yang hampir tepu, Kor Ming, berkata kementerian melaksanakan tiga langkah mitigasi segera.

Ia termasuk penutupan selamat dan pengurusan sisa interim, dengan menggunakan kepakaran teknikal dan dana pembangunan untuk menutup sel yang tepu secara selamat, meliputi penutupan tanah dan kawalan air larut resap serta mendalamkan sel interim bagi mengelakkan limpahan sisa.

"Selain itu, stesen pemindahan sisa, dengan mewujudkan hab pemadatan sisa sebelum dihantar terus ke tapak pelupusan sanitari serantau yang berdekatan dan pelupusan komuniti, yang membolehkan kitar semula dan pelupusan di punca kerana sisa organik merangkumi lebih 45 peratus sisa harian luar bandar," katanya.

Tiada ulasan: