RAMAI KECEWA
TERAM TIDAK
GARANG LAGI
JADI LEMBIK
KAH KAH KAH
TERAM TERIMA
KEKALAHAN
TAK TURUN
BERDEMO
KHALAS
Demokrat menang besar, bermula era baharu tentangan, siasatan terhadap Trump, pegawai kanan pentadbiran
WASHINGTON: Parti Demokrat berjaya menguasai Dewan Perwakilan dan Senat Amerika Syarikat (AS), sekali gus mencatat kemenangan mengejutkan yang mencerminkan kritikan tegas pengundi terhadap pentadbiran Parti Republikan di Washington serta menandakan bermulanya era baharu penentangan Kongres terhadap Presiden Donald Trump, lapor Associated Press (AP).
Pilihan raya pertengahan penggal yang berakhir pada Selasa itu mencerminkan kekecewaan mendalam pengundi terhadap harga barang yang tinggi, perang dengan Iran dan kebimbangan mengenai rasuah dalam kerajaan.
Parti Demokrat mencatat kemenangan besar ke atas pesaing mereka di pelbagai negeri, dari Texas hingga Iowa dan New Hampshire, termasuk negeri dimenangi Trump dengan kelebihan dua angka peratusan hanya dua tahun lalu.
Malah, Senator Republikan, Susan Collins dari Maine, yang sebelum ini berjaya mengharungi beberapa pilihan raya sengit, turut tewas kepada calon Demokrat, Troy Jackson.
Trump ucap tahniah kepada Demokrat
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengucapkan tahniah kepada calon Demokrat atas prestasi baik mereka pada pilihan raya pertengahan penggal berikutan beberapa siri kekalahan calon Republikan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
"Baiklah, saya katakan ini 'tahniah kepada Demokrat. Mereka melakukan kerja yang baik'," kata Trump kepada Fox News.
Beliau berkata, Demokrat telah berusaha ke arah detik ini sejak sekian lama, namun menafikan bahawa keputusan itu mewakili kekalahan peribadi.
"Saya tidak menyertai undian," menurut hantaran pada platform media sosial beliau Truth Social.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan