Ahad, 19 Julai 2009
PEMBERITAHUAN UNTUK SATU MALAYSIA
INI RUPA- RUPANYA PERANAN SPRM
SPRM DIGUNA UNTUK RAMPAS KERAJAAN SELANGOR
MAJLIS Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor.
Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan.
Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.
Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan.
Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan Umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat.
Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan Umno, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.
Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka.
Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.
Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan.
Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.
Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini.
Kenyataan media ini dikeluarkan pada 17hb Julai 2009 oleh:
Saudara Anwar Ibrahim
Ketua Umum KeADILan
Saudara Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Saudara Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP
KENAPA TAKUT NAK TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA
PENUBUHAN SURUHAN JAYA SIASATAN KEMATIAN TEOH TIDAK TERBURU-BURU - mStar
Desakan penubuhan Suruhanjara Diraja bagi menyiasat kes kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock tidak perlu dilakukan terburu-buru memandangkan siasatan mengenai kes itu masih di peringkat awal.
Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Tun Hussein berkata perbincangan mengenai penubuhan itu akan dilakukan secara mendalam sebelum dilaksanakan.
KAH KAH KAH…
Kah kah kah… PASAL APA ?... kah kah kah..
Kah kah kah… TAKUT PASAI APA ?... kah kah kah..
Kah kah kah… TERBURI BURU APA?... kah kah kah…
Woit… KALAU TAK ADA APA YANG NAK DI SOROK… KENAPA TAKUT NAK TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA… kah kah kah..
Kah kah kah... INI MESTI ADA YANG NAK DI TUTUP ..kah kah kah...
Kah kah kah... APA AGAKNYA YANG HENDAK DI RAHSIAKAN..kah kah kah...
Kah kah kah... KALAU TAKUT NAK TUBUH ...MESTI TAK BETUL..kah kah kah..
TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA SAHAJA DIYAKINI - melayau
IPOH 18 Julai - Hanya siasatan menyeluruh dan berkecuali sahaja dapat menyakinkan rakyat berhubung insiden kematian setiausaha politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock.
Ketua Penyelaras BN Dr. Chua Soi Lek berkata, beliau melihat usaha tersebut akan dapat diselesaikan menerusi penubuhan suruhanjaya diraja.
''Penubuhan suruhanjaya diraja penting kerana ia berkuasa untuk memanggil sesiapa sahaja ketika proses siasatan diadakan," katanya.
Menurut Soi Lek, apa yang rakyat mahu tahu sekarang ialah jawapan yang jelas tentang bagaimana Beng Hock menemui ajalnya.
KAH KAH KAH…
Kah kah kah… INI BARU BETUL…kah kah kah..
Kah kah kah… MUNKEEE NI CAKAP BETUL…. kah kah kah…
Kah kah kah …. KALAU TAK ADA APA NAK DI SOROK… TUBUHKANLAH…kah kah kah..
Kah kah kah… KALAU TIDAK SATU MALAYSIA TAK PERCAYA….kah kah kah...
BUKAN TUDUHAN - NAK TAHU MACAM MANA DIA MATI
JANGAN BUAT TUDUHAN– PM - melayau
KUALA LUMPUR, 17 Julai Najib turut meminta agar semua pihak tidak membuat kenyataan atau tuduhan yang boleh mengelirukan masyarakat umum sepanjang proses siasatan dijalankan.
KAH KAH KAH…
Kah kah kah… TUDUHAN… TUDUHAN APA ?... kah kah kah..
Kah kah kah…. SIAPA TUDUH SIAPA NI ?.... kah kah kah…
Kah kah kah….. BERAPA KALI SUDAH TERJADI MACAM INI ?.... kah kah kah
Kah kah kah…. BACA BAWAH INI SIAPA YANG MEMBUAT TUDUHAN… DAN KENYATAAN..kah kah kah..
Kah kah kah.. KENYATAAN WAK BOTOX INI BUKAN TUDUHAN ?... kah kah kah..
TIADA SEBAB SPRM PUNCA KEMATIAN - melayau
Mohamad Khir Toyo membidas pemimpin parti-parti pembangkang kerana menuduh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai penyebab kematian Teo Beng Hock iaitu Setiausaha Politik kepada Exco kerajaan negeri, semalam.
Beliau berkata, ini kerana SPRM memerlukan Beng Hock bagi membantu siasatan terhadap dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Exco Selangor.
KAH KAH KAH…
Woit… INI BUKAN TUDUHAN KE ?... kah kah kah..
Kah kah kah… ATAU KENYATAAN BODEK UNTUK SPRM…kah kah kah..
Kah kah kah.. MANA MUNKEE NI TAHU KEMATIAN INI BUKAN KERANA SPRM…kah kah kah…
Kah kah kah… MUNKEE NI ADA DI TEPI DINDING BANGUNAN ITU KE ?.... kah kah kah..
Kah kah kah... PELIK..BETUL PELIK...PELIK BETUL..MACAM MANA MUNKEE NI TAHU?..kah kah kah
PADA CINA CAKAP LAIN - PADA MELAYU CAKAP LAIN !!!
SEMBAB CAKAP LAIN - MONGOL CAKAP LAIN - SATU MALAYSIA KELIRU !!!
HAK ISTEMEWA MELAYU TETAP DI PERTAHAN SELAGI UMNO BERKUASA – MUHYIDDIN - melayau
Segala hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara akan terus dipertahankan selagi Umno berkuasa, kata Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata dakwaan pihak tertentu bahawa langkah kerajaan meliberalisasikan ekonomi bagi menarik pelaburan asing ke negara ini sebagai mengabai dan menjejaskan kedudukan orang Melayu adalah tanggapan salah yang perlu diperbetulkan.
Beliau berkata asas yang diperjuangkan oleh Umno selama ini tidak pernah berubah dan menegaskan parti itu tidak pernah lari dan tidak akan berganjak dari tanggungjawabnya membela orang Melayu dari segi ekonomi, politik, kebudayaan, pendidikan, sosial dan perkara-perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan.
Sehubungan itu Muhyiddin berkata pendekatan pucuk pimpinan dalam soal ekonomi negara dan juga usaha untuk melindungi kepentingan Bumiputera itu harus difahami oleh para pemimpin dan juga anggota parti Umno sendiri.
Beliau berkata langkah liberalisasi ekonomi itu diambil selepas mengambilkira situasi ekonomi dunia yang kini begitu mencabar di mana Malaysia akan jauh ketinggalan sekiranya tidak mengubahsuai struktur ekonominya mengikut keadaan ekonomi semasa.
"Saya nak tegaskan kita tidak sekali-kali meninggalkan atau mengabaikan tanggungjawab kita...bahawa dasar dan semangat dasar ekonomi baru (DEB) itu masih terus pada hari ini kita pertahankan," katanya.
KAH KAH KAH… KAH KAH KAH..
Kah kah kah… AL-MALIKUL SEMBAB BERSABDA LAGI… kah kah kah…
Kah kah kah… INI BETUL BETUL NAK TIPU MELAYU…kah kah kah..
Kah kah kah… PADA CINA KATA DASAR EKONOMI BARU DIHAPUS…kah kah kah…
Kah kah kah… BILA JUMPA MELAYU KATAKAN DASAR EKOMOMI BARU MASIH ADA…kah kah kah…
Woit…MANA YANG BETUL…. DAH HAPUS ATAU BELUM… kah kah kah…
Kah kah kah… PADA MELAYU KATA ADA HAK ISTEMEWA….kah kah kah…
Kah kah kah… HAK ISTEMEWA… TAIK KUCING APA?... kah kah kah…
Kah kah kah… SUDAH HABIS TANAH ORANG MELAYU KENA REMBAT…kah kah kah…
Woit… TAK CAYA ?.... PERGI JOHOR DAN TANYA ORANG JOHOR… kah kah kah
Woit… JANGANLAH BODOHKAN MELAYU… DAH BANYAK MELAYU BODOH… HENTIKAN LAH PROJEK BUNUH MELAYU… kah kah kah..
Woit… BAGILAH MELAYU PELUANG BERFIKIR… kah kah kah…
Labels:
jangan bodohkan melayu
Sabtu, 18 Julai 2009
JUI MENG MASUK PARTI KEADILAN RAKYAT
BANYAK LAGI RASHIA GEROMBOLAN AKAN DIBOCORKAN

CHUA JUI MENG MEMBOCORKAN DUA PEKARA :
1 – RASUAH DI PERLABUHAN KLANG DIMANA 12 BILION RINGGIT DUIT WARGA SATU MALAYSIA LESAP DI REMPAT OLEH MALAON MCA
2 - KONSPIRASI JATUHKAN KERAJAAN PAKATAN DI PERAK
KES KEMATIAN TEOH MEMPERCEPATKAN KEPUTUSAN BEKAS MENTERI INI UNTUK BERSAMA RAKYAT UNTUK MENENGGELAMKAN KAPAL GEROMBOLAN.
Hari ini, saya membuat satu keputusan penting dalam hidup saya - meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Saya meletak jawatan sebagai pengerusi MCA bahagian Bakri, jawatan yang saya pegang selama 23 tahun, membebas diri ini untuk memikul perjuangan baru bagi merealisasi wawasan saya untuk perubahan. Semua ini terkandung dalam manifesto yang saya tulis sewaktu bertanding jawatan presiden MCA pada 2005 dan 2008.
Hari ini saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA. Sekarang saya mengumum saya menyertai PKR.
Hari ini saya yakin yang saya berada di pihak yang betul dalam sejarah, pada saat yang amat genting dalam sejarah negara kita. Apa yang mendorong saya untuk berbuat demikian?
Pilihanraya umum 2008 menyaksikan kesungguhan 52 peratus rakyat Malaysia di Semenajung untuk melakukan perubahan. Kuasa undi yang menakjubkan ini telah melahirkan, bagi pertama kalinya, sistem dua parti. Hasilnya, kita menyaksi fenomena sehingga ini di mana pemimpin Umno berkata " jika kita tidak berubah, rakyat akan menukar kerajaan".
Kerana tiada pilihan, rakyat Malaysia kini menyaksikan kerajaan yang didukung oleh Umno, membuat beberapa usaha memenangi hati rakyat. Itu adalah hasil daripada kuasa rakyat.
Hari ini kita menyaksikan kelahiran sistem dua parti kini berdepan dengan ancaman kemusnahan, gangguan yang berterusan daripada kerajaan yang didukung oleh Umno untuk memisah dan memusnahkan sistem dua parti, yang terhasil daripada pilihanraya umum tahun lalu.
TEOH – TERKINI – TER NOW – TERBARU - SATU MALAYSIA GEMPAQ
TEOH ALAMI KECEDRAN AKIBAT JATUH TETAPI POLIS BELUM KETEPIKAN PERBUATAN KHIANAT – berita hairan
Polis masih belum mengetepikan lagi teori kemungkinan ada perbuatan khianat disebalik kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, walaupun laporan awal bedah siasat yang dijalankan dua pakar patologi semalam menunjukkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.
JENG JENG JENG….
JENG JENG JENG…
JENG JENG JENG…
SATU LAGI JENG JENG JENG
CHUA JUI MENG MASUK PARTI KEADILAN RAKYAT
Bekas naib President MCA Chua Jui Meng, secara resmi telah mengisi borang untuk menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat pada jam 2.30 petang ini.
Chua telah meletakkan jawatan ketua bahagian MCA Bakri dua hari dahulu.
Kemasukan Chua Jui Meng ini akan menambahkan lagi porak peranda yang sedang berlaku dalam MCA.
Apa cerita yang akan dibocorkan oleh Chua kepada PKR sama-sama kita tunggu jeng jeng jeng.
Langgan:
Catatan (Atom)
