Khamis, 29 Oktober 2026

CONTOH KERJA BERFAEDAH

 

 INI CONTOH

KERJA BERFAEDAH

UNTUK NEGARA

AMIN

INTIP CARI

MAKLUMAT

 PELOMBONG 

HARAAM

AMIN

BUKAN INTIP 

ORANG NAK

BERKHALWAT 

NAK BERANCUK

KHALAS


100 kertas siasatan perlombongan 


haram dibuka di Kelantan sejak 2024


Sebanyak 100 kertas siasatan dibuka membabitkan aktiviti perlombongan haram di Kelantan menerusi 104 operasi penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan dari 2024 hingga September tahun ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohamed Fadzli Hassan berkata daripada jumlah itu, 51 kes masih dalam siasatan manakala 49 kes lagi telah diselesaikan.

Beliau berkata kesemua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 158 Enakmen Mineral Negeri Kelantan 2001.

“Berdasarkan rekod penguatkuasaan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan bagi tempoh 2024 hingga September 2026, 51 kes masih dalam siasatan dan baki 49 kes lagi telah diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nik Bahrum Nik Abdullah (PAS-Chempaka) mengenai tindakan kerajaan negeri terhadap aktiviti perlombongan haram pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Fadzli berkata tindakan penguatkuasaan yang diambil termasuk penyitaan jentera dan tapak perlombongan, pemusnahan peralatan mendulang haram serta penahanan dan pendakwaan pihak yang menceroboh.

Beliau berkata kadar denda dan kompaun turut ditingkatkan bagi kesalahan berulang sebagai langkah memberi pengajaran kepada pesalah.

Selain itu, kerajaan negeri memperkukuh langkah pencegahan melalui pemasangan papan tanda amaran dan pemantauan udara menggunakan teknologi dron di kawasan berisiko tinggi.

Mohamed Fadzli berkata Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan bersama pasukan keselamatan termasuk polis, Pasukan Gerakan Am, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Cawangan Khas, serta Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan Jabatan Mineral dan Geosains turut melaksanakan operasi berkala di kawasan panas aktiviti perlombongan haram.-Bernama



Tiada ulasan: