Khamis, 29 Oktober 2026

PRU 16 FORMULA MELAKA


JOHOR N9

MELAKA JADI

FORMULA BIJAK

AMIN

JIKA DITERUSKAN

KE PRU16 MAKA

ANWAR BIN

IBRAHIM AKAN

TERHUMBAN

KHALAS



PRN Melaka: PAS tanding 2 kerusi, 5 lagi diagihkan antara GERAKAN dan WAWASAN - Sanusi

ALOR SETAR: PAS mengesahkan akan bertanding di dua daripada tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diperuntukkan untuk Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, baki lima kerusi akan ditandingi wakil GERAKAN dan WAWASAN.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan agihan kerusi DUN yang bakal ditandingi kedua-dua parti gabungan PN itu.

"PAS bertanding dua kerusi di PRN Melaka, (yang lain)

GERAKAN dan WAWASAN semua ada juga tempat mereka, yang PAS saya sahkan," katanya ditemui selepas merasmikan Program Siri Syarahan 'The Greater Kedah', di sini, hari ini.

Mengulas calon akan diketengahkan PAS, beliau berkata parti itu akan memilih calon yang mempunyai kelayakan, pengalaman dan berpotensi memenangi pilihan raya.

"Calon PAS yang mampu menang, calon yang ada kelulusan, ada pengalaman dan orang yang hebat," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan rundingan pembahagian kerusi dengan PAS bagi PRN Melaka sudah dimuktamadkan.

BN akan bertanding di 21 kerusi DUN, manakala PN akan bertanding di tujuh kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi awal pada 10 November, manakala hari mengundi pada 14 November ini.

Tiada ulasan: