PUNCA KRISIS N9
IALAH YAM SENG
AMIN
BILA YAM SENG
CELAH SEMUA
BERTAUT SEMULA
KHALAS
Kumpulan pembesar yang sah dan Tunku Nadzruddin Tuanku Ja'afar yang mendakwa dirinya sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menolak pewartaan pemecatan dua Undang yang dipertikaikan dan penggantian seorang lagi Undang yang bersekutu dengan mereka.
Dalam satu kenyataan bersama, mereka mendakwa keputusan pada mesyuarat 31 Julai itu tidak sah kerana dibuat dalam mesyuarat Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan yang tidak sah.
“Kami menegaskan warta tersebut adalah tidak sah, tiada kesan undang-undang dan bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 serta dibuat untuk mengelirukan masyarakat.
“Kami percaya warta tersebut juga telah dikeluarkan tanpa kelulusan yang sah daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus (MMKN) yang merupakan badan sah eksekutif negeri selaras Perkara 35 dan Perkara 40 UUTKNS 1959,” kata mereka.
Kenyataan itu ditandatangani oleh Mubarak Thahak Undang Luak Sungai Ujong; Maarof Mat Rashad (Jelebu); Muhammed Abdullah (Johol); Abdul Rahim Yasin (Rembau); Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri; dan Tunku Nadzruddin.
'Game over?' Negeri Sembilan wartakan pemecatan Undang dipertikai
Malahan, mereka mendakwa perintah injunksi interim yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Seremban melarang anggota asal dan sah DKU daripada mengadakan atau menghadiri sebarang mesyuaratnya.
Mengambil kira Perkara 20 Perlembagaan Negeri, mereka berkata mesyuarat DKU memerlukan kuorum sekurang-kurangnya separuh daripada anggota tetapnya, tidak termasuk pengerusi, dan tidak boleh membuat keputusan atau mengeluarkan arahan tanpa memenuhi syarat ini.
“Maka sidang DKU pada 31 Julai 2026 adalah tidak memenuhi korum kerana hanya Tunku Besar Seri Menanti yang merupakan ahli tetap yang sah hadir pada sidang tersebut dan kedudukan Tunku Muhriz pula dipertikaikan kerana telah diturunkan oleh Undang Yang Empat pada 19 April lalu,” kata mereka.
Mereka menambah bahawa tiada keputusan atau nasihat sah mengenai kedudukan mana-mana Undang Luak yang boleh dibuat pada mesyuarat itu.
“Malahan tindakan mengadakan sidang DKU bertarikh 31 Julai 2026 tersebut secara nyata melanggar perintah injuksi ad-interim bertarikh 5 Jun 2026 yang menghalang sebarang sidang DKU dibuat sehingga pelupusan permohonan di Mahkamah Tinggi Seremban,” tambah mereka.
Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa kerajaan negeri Negeri Sembilan mewartakan pemecatan tiga Undang yang bersekutu dengan kumpulan yang saha itu serta pelantikan pengganti mereka.
Dokumen tersebut ditandatangani oleh setiausaha DKU dan dicetak secara rasmi sebagai warta.
Warta tersebut merasmikan pemecatan Mubarak sebagai Undang Sungai Ujong, Badarudin Abdul Khalid sebagai Syahbandar Sungai Ujong, dan Maarof Mat Rashad sebagai Undang Jelebu.
Selain itu, warta tersebut mengiktiraf secara rasmi pelantikan Hasan Ab Hamid sebagai Undang Rembau yang baharu.
Langkah ini menyingkirkan Abdul Rahim Yasin, seorang lagi sekutu Mubarak, yang mendakwa kedudukannya sebagai Undang Rembau tidak pernah dirasmikan oleh DKU.
Turut diwartakan ialah pelantikan Faris Johari sebagai pengganti Mubarak di Sungai Ujong.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan