20 KERUSI
PARLIMEN ARAB
DI KETEPIKAN
AMIN
NETANYAHU TERUS
BERKUASA
AMIN
DASAR HISBULLAH
JAWAPAN TEPAT
KHALAS
BEIRUT: Pemimpin Hizbullah, Naim Qassem, menegaskan kumpulan disokong Iran itu tidak peduli dengan keputusan pilihan raya Israel, sebaliknya berikrar akan terus menentang negara itu.
Kenyataan itu menyusul ketika keputusan 85 peratus undi menunjukkan blok berhaluan kanan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mendahului tipis blok pembangkang utama.
Namun, baik pimpinan sedia ada mahupun pembangkang, masih belum mencapai majoriti mutlak selepas pilihan raya pada Selasa bagi membentuk kerajaan.
"Kami tidak peduli siapa yang bakal memerintah Israel, tetapi biarlah jelas bahawa mereka tidak boleh meneruskan pendudukan dan mesti keluar dari tanah kami," kata Qassem dalam satu kenyataan bertulis.
"Penentangan akan diteruskan dan (kami) akan berdiri menentang sebarang pencerobohan yang ditujukan kepada kami serta Lubnan.
"Tiada ruang untuk membincangkan isu perlucutan senjata (Hizbullah) selagi pendudukan dan pencerobohan berterusan," katanya lagi.
Kumpulan itu, yang pernah mendominasi politik di Lubnan, dilaporkan semakin terjejas akibat dua peperangan yang dihadapinya menentang Israel sejak 2023.
Pada Jun, pihak berkuasa Lubnan dan Israel menandatangani perjanjian rangka kerja yang merangkumi perlucutan senjata Hizbullah, pengunduran tentera Israel secara berperingkat dari wilayah yang diduduki, serta pengagihan tentera Lubnan ke kawasan itu.
Bagaimanapun, Israel terus melancarkan serangan dan meruntuhkan bangunan di dalam dan sekitar wilayah yang didudukinya, manakala Hizbullah enggan tunduk kepada pelan kerajaan untuk melucutkan senjata mereka. - AFP


Tiada ulasan:
Catat Ulasan