CUN
COOL
Shafie: Rakyat Sabah berhak tahu semuanya tentang MA63
Presiden Parti Warisan Sabah berkata, rakyat Sabah tidak boleh berehat sehingga mereka tahu sama ada wujud pelanggaran ke atas Perjanjian Malaysia.
RANAU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal berkata, rakyat Sabah berhak tahu hak penuh negeri itu di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan jika hak itu terlepas pandang atau diabaikan sepenuhnya.
Beliau berkata, Warisan menyokong rancangan Sarawak menghantar sebuah pasukan perundangan ke London untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MA63.
“Kami juga mahu melihat sama ada terdapat pelanggaran perjanjian itu. Ada banyak tuntutan daripada kedua-dua negeri dan rakyatnya mengenai hak mereka di bawah MA63.
“Kita perlu melihat MA63 dari segi undang-undang dan jika ada keperluan untuk kita mengkaji lebih mendalam,” katanya pada sambutan perayaan Tadau Kaamatan dan Hari Raya Aidilfitri anjuran Warisan lewat minggu lalu.
Pada 2 Julai lalu, Datuk Abang Johari Openg mengumumkan Sarawak akan menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung MA1963 bagi menentukan hak sebenar negeri itu yang termaktub di bawah perjanjian tersebut.
MINGGU LALU
SARAWAK
HARI INI
SABAH
KAH KAH KAH
PROJEK BRITISH
TERBARAI
KAH KAH KAH
MERDEKA!!!
----------------------