Rabu, 1 Januari 2020

APA JADI?





APA JADI?

WAT IS DEBEKOS 

SUDAH TAK GENG

Sumpah laknat Najib tak ada dalam Islam, kata Hadi

KOTA KINABALU: Presiden PAS  Tuan Haji Abdul Hadi Awang berkata sumpah laknat yang dilakukan  Najib  bagi menafikan penglibatannya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tiada dalam Islam.

Beliau berkata, sumpah laknat atau “li’an” dalam Islam hanya boleh dilakukan sekiranya terdapat tuduhan daripada suami bahawa isterinya berzina dengan orang lain. Isteri boleh melakukan sumpah laknat di masjid bagi menafikan tuduhan tersebut.

“Yang lain (sumpah laknat) tidak ada. Suruh tidak ada, larang pun tidak ada. Jadi kita jangan main-main dengan sumpah ini.

“Sebab itu Allah tidak menyuruh kita sumpah dalam semua perkara,” katanya dalam majlis Bicara Santai Ambang 2020 di sini malam tadi.

Hadi berkata demikian bagi menjawab soalan seorang pengunjung yang ingin tahu pendiriannya mengenai sumpah laknat yang dilakukan Najib di Masjid Kampung Baru baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun berkata terdapat kaedah dalam syarak untuk menafikan sebarang tuduhan yang dikenakan ke atas individu.

Beliau berkata individu yang membuat tuduhan perlu menampilkan saksi dan sekiranya ingkar, perlu bersumpah.

“Sepatutnya bila orang yang tuduh tidak ada saksi, (individu yang dituduh) senyap sahaja tidak perlu bersumpah. Itu kaedah yang ada dalam syarak,” katanya.

Najib melafazkan sumpah itu bagi menafikan dakwaan dalam akuan berkanun bekas anggota polis, Azilah Hadri yang mengaitkan beliau dengan kematian Altantuya.

Beliau juga pernah melakukan sumpah sama 11 tahun lalu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang bagi menafikan mengenali Altantuya.


GUA DAH ROYAK

SUMPAH SUMPIT

SEMUA KARUT

TAKDA PETIR

TAKDA  BUMI

NAK TELAN

SEMUA TIPU

AL-KARUT TUN

AL- TIPU ROON
KAH KAH KAH 
--------------

SOKONG










SOKONG

HADIAH

TAHUN BARU

GOOD BAI

LANGKAWI

Status bebas cukai Pulau Pangkor bermula hari ini


PULAU Pangkor, destinasi pelancongan terkemuka di Perak dan di Malaysia mencipta sejarah apabila menjadi Pulau Bebas Cukai (PBC) berkuat kuasa hari ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Tan Kar Hing berkata status Pulau Pangkor sebagai PBC merupakan satu anjakan paradigma untuk menggalakkan lebih ramai pelancong berkunjung ke pulau peranginan itu.

Tanpa menyatakan angka sebenar, beliau berkata statistik kedatangan pelancong ke pulau yang terkenal dengan ikan bilis mata biru itu sejak lima tahun lepas merosot dan yakin status PBC dapat merancakkan kembali sektor pelancongan.

Tan berkata kerajaan negeri merancang pelbagai pembangunan infrastruktur di pulau itu termasuk menarik pihak swasta untuk melabur, antara lain untuk membina pusat beli-belah yang lebih besar, cantik dan selesa selain hotel tiga bintang ke atas. 


Kerajaan negeri juga merancang untuk menaik taraf perkhidmatan feri selain teksi van berwarna merah jambu yang merupakan identiti Pulau Pangkor, katanya ketika ditemu bual baru-baru ini. 

“Kita maklum sekarang ini dari segi feri, teksi agak usang. Kita ada sub jawatankuasa yang membincangkan mengenai penukaran teksi termasuk tawarkan pinjaman kepada pengusaha, persatuan teksi. 

“Kita juga mungkin akan buka lebih banyak lesen feri untuk beroperasi. Jumlah tidak tetapkan selaras dengan limpahan pelancongan …tawar perkhidmatan baik dan selesa,” katanya. 

Tan juga berkata setakat ini terdapat tiga kedai memegang status bebas cukai termasuk sebuah kedai coklat yang telah beroperasi, manakala selebihnya belum dapat ditentukan kerana ia merupakan hak pemilik premis untuk membawa masuk barangan.

Berhubung senarai barangan termasuk penjualan arak dan rokok, berkata ia masih dalam rundingan antara kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan. 

Berkaitan keluhan penduduk di pulau itu terutama mengenai jeti yang bukan sahaja menjadi laluan kargo, malah mereka perlu beratur panjang dengan pelancong, Tan berkata pihaknya mengambil maklum  isu itu dan usaha sedang dilakukan untuk menyelesaikannya. 

Pengisytiharan rasmi status Pulau Pangkor sebagai PBC dijangka disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian oleh kerajaan negeri.  – Bernama, 1 Januari, 2020.

TAK PERLU GI

PERLIS KEDAH

DALAM MASA 

TIGA JAM

DAH SMAPAI

MAKAN 

IKAN BAKAR

KERANG REBUS

KETAM GORENG

BERSAMA

AIR ANGGUR

TAK CUBA

TAK TAHU
KAH KAH KAH



BINI SENTIME


------------

BIDADARI TAKDA TIKTOK






BIDADARI 

TAKDA TIKTOK
TT, dosa tu apa? Jikalau tak sedap dengar, cakap orang dah berdosa. Dosa sama dengan 72 bidadari tak? Ramai pakar tapi takda yang pernah tunjuk bukti muktamad, takda selfie, takda tiktok. Saje tanya. 
on 
PENCINTA 
MASALA DOSA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 01/01/20

Ka




------------

LEPAS MUSIM UJAN







 LEPAS 

MUSIM UJAN
Selamat Tahun Baru Satu soalan, 
macam mana petani tahu 
bila nak mula menanam 
kalau guna tahun hijra? on
 SELAMAT DATANG
 DEWA JANUS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 01/01/20

Ke



------------

APA INI?






APA NI


Sumpah laknat Najib tak ada dalam Islam, kata Hadi


BERITA MENYUSUL




-------------

MIMPI BURUK MACAM MANA








MIMPI BURUK

MACAM MANA 

NAJIB MIMPI

JUMPA AZILAH

ATAU

JUMPA SIRUL


Tahun 2020 teruskan ‘mimpi buruk’ kerajaan PH

KUALA LUMPUR – Tahun 2020 akan terus membawa ‘mimpi buruk’ kepada rakyat Malaysia.

Itu rumusan Ketua Pembangkang, Tuan Haji  Ismail Sabri Yaakob.


LEPAS SORANG

SORANG 

PEMIMPIN

PARTI KETUANAN 

MELAYU

AKAN MASUK JIL

BURUK APA?
KAH KAH KAH



-----------