Ahad, 6 November 2022

TAHUN DEPAN HARGA AKAN NAIK LAGI



 TAHUN DEPAN

HARGA AKAN 

NAIK LAGI

AMIN

SATU MUSUH ZAHID TERLEPAS


Undi saya bukan makna sokong Zahid, kata Khairy


CALON Barisan Nasional (BN) di Sungai Buloh Khairy Jamaluddin hari ini menolak cadangan mengatakan pengundi yang mengundinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermakna mereka menyokong Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.

“Satu undi untuk KJ (Khairy) di Sungai Buloh hanya bermakna satu undi untuk KJ di sini,” katanya yang juga menteri kesihatan selepas proses penamaan calon di kompleks pejabat daerah Petaling pagi tadi.

Khairy tegas mengulangi sekali lagi Ismail Sabri Yaakob adalah calon perdana menteri untuk BN, bukan Zahid.

“Naratif ini (Zahid jadi PM) perlu dijelaskan di sini dan sekarang.

“Calon untuk perdana menteri (bagi BN) adalah Ismail Sabri Yaakob.

“Saya akan sokong pencalonan Ismail sebagai perdana menteri seperti yang disebut Zahid sendiri. Tidak ada kekeliruan di situ,” katanya.

Awal hari ini, penyandang Parlimen Sungai Buloh R. Sivarasa berkata mengundi Khairy secara tidak langsung menyokong Zahid yang juga presiden Umno.

“Khairy sebagai individu tidak ada apa tetapi rakyat perlu lihat siapa yang diwakilinya. Itu relevan.

“Siapa yang beliau wakili? Zahid. Siapa Zahid? Seseorang yang akan disabitkan bersalah sebagai penjenayah.

“Itulah siapa yang Khairy bawa di sini. Pengundi perlu lihat perkara itu,” kata Sivarasa hari ini ketika hadir ke pusat penamaan calon untuk memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan di Sungai Buloh, Ramanan Ramakrishnan.

Parlimen Sungai Buloh akan menyaksikan pertandingan tujuh penjuru termasuk dua calon bebas.

Selain Khairy dan Ramanan, calon lain ialah Mohd Ghazali Md Hamin daripada Perikatan Nasional (PN), Mohd Akmal Mohd Yusoff (Pejuang), Ahmad Jufliz Faiza Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan dua calon bebas Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff dan Nurhaslinda Basri. 

Khairy mengakui bertanding di Sungai Buloh yang juga kubu kuat pembangkang, akan menjadi antara cabaran paling kuat sepanjang kariernya dalam politik.

Bagaimanapun, beliau kekal optimistik yang pengundi di Sungai Buloh akan memberikannya peluang untuk mewakili mereka.

“Saya mewakili Rembah sejak tiga penggal lalu dengan kemenangan tiga pilihan raya berturut-turut.

“(Sekarang) saya datang ke kawasan di mana kami (BN) kalah tiga pilihan raya umum berturut-turut tetapi saya bersedia menghadapi cabaran itu.

“Pertandingan ini tidak mudah langsung. Ini cabaran paling sukar dalam sepanjang kerjaya politik saya,” katanya.

Dengan sejumlah 158,090 pengundi berdaftar, kerusi Sungai Buloh sudah tentu menjadi perhatian pada pilihan raya umum kali ini.

Sekurang-kurangnya 67,383 adalah pengundi kali pertama selepas usia mengundi diturunkan daripada 21 kepada 18 tahun dan pendaftaran automatik pengundi dikuatkuasakan pada September. – 5 November, 2022.


WOIT

MACAM MANA

SAEKOR NI

BOLEH SELAMAT

KAH KAH KAH

TAK KENA

PANCUNG MACAM

ANNUAR MUSA

AMIN

INI BAHAYA UNTUK

ZAHID

AMIN

JADI DURI 

DALAM DAGING

KAH KAH KAH

UNTUK SELAMAT

ZAHID WAJIB

BERI ARAHAN

SEMUA PENGUDI BN

BERI LALUAN

PADA CALON

PAKATAN

AMIN

KHALAS

TOLAK BUDAYA ARAB


187 calon wanita bertanding PRU15

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan 127 calon wanita akan bertanding di kerusi Parlimen manakala 60 lagi calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis, Perak, Pahang dan Bugaya di Sabah.

Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan UPKO meletakkan 39 calon wanita daripada 205 calon yang bertanding, dengan satu kerusi atas tiket pakatan politiknya Muda, di Parlimen Tanjong Karang dan satu menggunakan logo DAP iaitu di Parlimen Lanang, Sarawak. 

Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mempertaruhkan 22 calon wanita daripada jumlah keseluruhan 178 calon.

Perikatan Nasional (PN) gabungan Bersatu, PAS dan Gerakan mempertaruhkan 16 calon wanita daripada 149 calon bertanding dengan dua daripada calonnya di Parlimen Tumpat dan Rantau Panjang menggunakan logo PAS. 


Gerakan Tanah Air (GTA) terdiri daripada Parti Pejuang Tanah Air  (Pejuang), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) turut meletakkan 16 calon wanita daripada 116 calon yang bertanding dengan kesemuanya menggunakan logo Pejuang.

Sepuluh wanita akan bertanding atas tiket Bebas, enam bagi Warisan dan selebihnya adalah calon dari parti lain-lain.

Peggy Chaw Zhi Ting, 23, adalah calon Bebas wanita paling muda bagi Parlimen Tenom manakala Liew Chin Jin, 70 atau lebih dikenali sebagai Christina Liew (PH-PKR)  pula calon wanita paling veteran bagi kerusi Parlimen Tawau. 

Calon wanita terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kelayakan akademik dengan ada antara mereka bekerjaya sebagai peguam, doktor dan memegang jawatan utama dalam parti yang diwakili.

Antaranya termasuklah kemunculan Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz, tokoh profesional Orang Kurang Upaya (OKU) yang mewarnai pentas PRU15, sekali gus membuktikan politik Malaysia semakin matang dan terbuka.

Beliau yang menghidap penyakit spina bifida sejak lahir akan bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya di bawah tiket PH-PKR menentang lima lagi calon termasuk penyandangnya Tengku Adnan Tengku Mansor daripada BN.

Selain itu, bekas timbalan perdana menteri yang juga pengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak dan akan berdepan dua pencabar dari BN dan PN.

Penyandang kerusi Parlimen Pengerang Azalina Othman Said dan penyandang Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin, kedua-duanya bertanding atas tiket BN dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) bagi mempertahankan kawasan masing-masing.

Bagi pertandingan kerusi DUN, calon wanita paling muda ialah Hooi Mi Suet, 29, dari Warisan yang bertanding di kerusi Simpang Pulai manakala calon paling tua berusia 66 tahun iaitu Ng Wah Leng daripada BN-MCA bagi kerusi Keranji, kedua-duanya di Perak.

DUN Bugaya menyaksikan penyertaan calon wanita tunggal iaitu Nazmahwati Walli, 43, daripada PBM. – Bernama, 6 November, 2022.          

TOLAK BUDAYA

ARAB

AMIN

CALON WANITA

RAMAI

AMIN

INI TANDA KITA

BUKAN ARAB

AMIN

KHALAS

ZAHID BIJAK PECAHKAN MUSUH


ZAHID BIJAK

PECAHKAN MUSUH

AMIN


Unknown commented on 
"ANNUAR MUSA TAK SOKONG ANWAR IBRAHIM JADI PM"

Tt lu jangan salah baca, lu jangan salah congak. Yang dipilih sebagai calon masih Orang Annuar Musa. Zahid tak main tembak macam di arau. Bijak Zahid ni. Dia sedang pecahkan pulak team yang anti dia ni kepada 2. Jahanam tanpa projek dan projek dengan proksi. Shahidan kalau menang dengan parti lain pun, tapi bn berkuasa, apa pun tak guna. Sedangkan Annuar Musa, bn berkuasa ...ketereh masih serupa dia yang punya. Never underestimated penjahat penyamun penyangak dll. Period

IRAN AKUI BANTU DRONE UNTUK RUSIA



IRAN AKUI

BANTU DRONE

UNTUK RUSIA

AMIN

KOBID TAKUTKAN PENGUNDI CINA



KOBID TAKUTKAN

PENGUNDI CINA

KHALAS

Unknown commented on 
"IKUT ARAHAN
 UNTUK SELAMAT"

Yang paling takut dengan COVID ialah bangsa cina. Maka dengan amaran COVID, akan berkuranglah pengundi Cina. Automatic tinggi peluang PH bungkus. Pi Mai Pi Mai, kita akan dapat balik kerajaan yang ada sekarang.