Sabtu, 30 Mei 2026

TOK UNDANG BEROMPEK MARAH


JALAN SELESAI

AMAT MUDAH

AMIN

YAM TUAN BARU

MB BARU

KERAJAAN BARU

KHALAS 



'Kami amat murka' - Undang Luak berempat gantung tugas setiausaha DKU

Empat Undang Luak Negeri Sembilan membuat keputusan menggantung tugas Raja Norazli Raja Nordin sebagai setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan.

Keputusan itu dibuat susulan kegagalan Raja Norazli mematuhi arahan mereka untuk memanggil satu sidang khas hari ini bagi membincangkan kemelut kepimpinan adat di Negeri Sembilan.

Dalam satu kenyataan, empat Undang Luak bersama Tunku Besar Tampin dan Datuk Syahbandar Sungai Ujong turut melahirkan rasa kecewa terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun serta kerajaan negeri kerana didakwa gagal bersikap neutral dalam mengendalikan pertikaian tersebut.

“Kami amat murka dan kecewa atas kegagalan Raja Norazli Raja Nordin mematuhi perintah dan sabda kami selaku pemerintah bersama (Co ruler) Negeri Sembilan merangkap ahli majoriti Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan untuk menguruskan panggilan sidang mesyuarat khas DKU pada hari ini 29 Mei.

"Bahawasanya tindakan Raja Norazli Raja Nordin adalah semberono, bertentangan dengan protokol adat serta amat biadab. Beliau sesungguhnya tidak lagi layak memegang jawatan sebagai setiausaha Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan,” kata para pemimpin adat itu.

Mereka menegaskan DKU adalah hat mutlak adat ahli-ahli tetap sebagaiaman termaktub dalam Perkara 17 Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Sembilan 1959.

Tegas mereka, KDU bukan milik seorang individu termasuk Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang status jawatan pesaka adatnya telah dilucutkan mengikut adat oleh punca kuasa yang sah secara kebulatan.

“Tiada kuasa veto dalam KDU. Maka segala surat menyurat yang dikeluarkan atas nama DKU dengan tandatangan Raja Norazli bin Raja Nordin selepas daripada tarikh 17 April 2026 adalah tanpa mandat muafakat ahli-ahli DKU, terjumlah kepada penyalahgunaan institusi dan kedudukan, tidak mengikat dan salah dari segi adat dan undang-undang serta cubaan mengelirukan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan,”jelasnya.

Minggu lalu, para pembesar dan pemimpin adat berkenaan mengeluarkan surat mengarahkan setiausaha KDU supaya memanggil sidang khas bagi membincangkan kemelut pemerintahan adat di negeri itu.

Namun, Raja Norazli dilaporkan berkata dia tidak dapat mengadakan mesyuarat tersebut kerana krisis itu kini menjadi perkara yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Sementara itu, dalam surat mereka, Undang Luak berkenaan menyalahkan Aminuddin Harun, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan penasihat undang-undang negeri atas pertikaian tersebut.

Menurut para pembesar itu, kegagalan pentadbiran negeri bertindak secara neutral dalam krisis adat ini telah menyebabkan krisis berkenaan berpanjangan dan menjadi semakin parah.

Mereka turut mengingatkan kerajaan negeri bahawa Perlembagaan Negeri Sembilan juga memberikan mereka, selaku pemerintah bersama negeri, kuasa yang setara dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Dalam kenyataan tersebut, para pembesar dan pemimpin adat berkenaan menetapkan 5 Jun ini sebagai tarikh baru sidang khas yang akan diadakan di Tampin.

Mereka turut menjemput Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara untuk menghadiri sidang tersebut sebagai pemerhati bebas.



NURUL BIN IZZAH LETAK BIN JAWATAN


NURUL BIN IZZAH

LETAK JAWATAN

KAH KAH  KAH

KHALAS 

SELAT HORMUZ MILIK IRAN


TERIMALAH

HAKIKAT SELAT

HORMUZ KINI

MILIK IRAN

KHALAS


Trump tangguh keputusan perjanjian Iran dalam mesyuarat dengan pegawai - Laporan

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump belum membuat keputusan mengenai cadangan perjanjian untuk menamatkan perang dengan Iran semalam semasa pertemuan dua jam dengan pegawai di Rumah Putih, lapor Anadolu Ajansi memetik The New York Times.

Rumah Putih belum memberikan maklum balas kepada permintaan untuk ulasan mengenai laporan itu yang memetik seorang pegawai kanan pentadbiran.

Terdahulu semalam, Trump (menerusi platform Truth Social) berkata beliau akan bertemu pegawai untuk membuat "penentuan muktamad" mengenai cadangan itu, yang didakwanya akan termasuk komitmen Iran untuk tidak langsung mendapatkan senjata nuklear dan pembukaan semula Selat Hormuz kepada perkapalan komersial tanpa had.







 

DALAM POLITIK TAKADA MUSUH TETAP


DALAM POLITIK

TAKDA MUSUH 

TETAP

AMIN

YANG TETAP HANYA

KEPENTINGAN 

KUASA 

KHALAS


Unknown commented on 
"GADUH BAWA KEBAIKKAN"

Kah kah kah DAP tahu tidak dapat perintah pun, tak cukup kerusi, jadi berkawan dengan parti pengkhianat, akhirnya tumbang apabila nak habis perjalanan, mula perangai lama, untuk mencari populariti yang tercalar terpaksa menghina DAP, terpaksa hina babi, terpaksa hina komunisme sosialisme kerana itu saja modal yang ada,

salah DAP salah Yahudi salah Zion salah semua kecuali UMNO yang memerintah berpuluh tahun amin, yang cerdik akan faham yang menikam bangsa menikam agama menikam negara bangsa agama sendiri kah kah kah kah seperti Arab Saudi bagi tempat untuk kafir buat pengkalan tentera amin kah kah kah kah

LAWAN CUKONG BUKAN LAWAN CHINA


KITA BUKAN

LAWAN MEREKA

KERANA MEREKA

CHINA

AMIN

KITA LAWAN KERANA

MEREKA CUKONG

YANG KONTROL

EKONOMI & POLITIK

NEGARA

KHALAS 

politikgilababi commented on
 "ALBERT TEI WARGA CONTOH"

Aiikkk ?? TT... sudah tukar kah? baru ni saja hang dok kata depa ni semua pendatang. kelmarin pun dlm posting hang, hang dok tanya pasai apa depa mai malaysia. Tup tup hang kata dia ni warga contoh pulak ??!

PAGI INI


PAGI INI 







PAGI INI
SABTU 30  MEI 2026
PERANG HARI KE 93
GENCATAN SENJATA MASIH BERJALAN

TERAM  BUAT MEETING
Kah kah kah – NAK SERANG KE TAK NAK SERANG?
KAH KAH KAH

Keluar dari mesyuarat  Teram enggan  buat  apa-apa kenyataan. SENYAP

Pasai apa ? Takut ke ? kah kah kah

Mamat Teram sedang kena tekan – dia nak tukar nama Bangunan Kennedy Center ke Trump & Kennedy Center – tapi mahkamah arah ini tak boleh – Dewan Senate perlu beri kebenaran  kah kah kah.

EKONOMI AMERIKA – makin kacau – Minyak masih 100 dolar satu tong – ekonomi dunia pun kacau sama – SELAT HORMUZ masih di kawal oleh Iran.

MAKA... maka... nak tunjuk MENANG Teram akan serang Cuba – ini macam Polis Pukul OKU kaki kudung – kah kah kah...

NAJIB BIN RAZAK BEBAS ?
Masih belum jelas – tapi dari riak nampaknya Najib bin Razak wajib terus di pisah dari Bik Mama.

BIK MAMA – bila nak masuk jil?

NURUL BIN IZZAH
Betul ke Nurul bin Izzah nak berhijrah ke Mekah – nak belajar Islam -   PROGRAM SALAWAT di Bukit Bintang berjaya – ini susunan Nurul bin Izzah dengan  Suami Neelofa.

Justeru Nurul bin Izzah nak mendalami lagi hal Islam. Maka BERHIJRAH KE MEKAH – kah kah kah

PARTI KELUARGA  RAMANAN 
PKR makin kacau – makin ramai ahli cabut lari masuk BERSAMA – kah kah kah -  BERAT BERAT MAKIN BERAT. amin

HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk – kemarin hujan maha lebat. Matahari belum keluar – KL & KL Sentral berkabus nipis. Langit kelam – masih ada air yang belum gugur.

Pagi ini di Lorong Masuk Cengkerik bersimponi riang – bumi basah.

Di jalan Siti dan keluarga  dah tunggu – Tiong pun ada -  Puppy Itam datang dekat tapi tak berani sama makan. Gua gumbira pagi ini.

Berjalan ke Wakaf Tiga  Jantan Baik dan geng ikut sama – Siti hilang – dah kenyang.

Gagak melintas dan bersuara – Gag gak gak .. suara sedih. Dalam sawah rumput Terkukur berlagu.

Balik ke Wakaf Pertama – gua dah nampak Tiong Laki Bini bertenggek menunggu di atas atap Wakaf. Siti tak kelihatan. Kali ini Puppy Itam berani masuk makan. Gua gumbira.

Jap lagi gua nak ke Chow Kit -  di NSK  harga tomato – Carrot – dah naik – di Chow Kit  gua nak beli mangga  Water Lilly – 3 kilo 10 ringgit – juga  buah pisang – di kedai kampong Jelebu pisang  1 kilo 4 Rm – di Chow Kit 5 atau 6 ringgit sekilo pisang. 

Pada hemat gua  yang ke Chow Kit  dan NSK tiap minggu harga masih di tahap lama tapi ada barang naik harga.

 Hari ini akan panas – gua harap – tapi masa gua menulis ini cahaya belum bersinar. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SABTU

Naik ke bukit hendak  berhuma
Jangan lupa membawa parang
Bila hendak menyusun  demo
Pastikan beribu  akan datang

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI