Sabtu, 30 Mei 2026

PAGI INI


PAGI INI 







PAGI INI
SABTU 30  MEI 2026
PERANG HARI KE 93
GENCATAN SENJATA MASIH BERJALAN

TERAM  BUAT MEETING
Kah kah kah – NAK SERANG KE TAK NAK SERANG?
KAH KAH KAH

Keluar dari mesyuarat  Teram enggan  buat  apa-apa kenyataan. SENYAP

Pasai apa ? Takut ke ? kah kah kah

Mamat Teram sedang kena tekan – dia nak tukar nama Bangunan Kennedy Center ke Trump & Kennedy Center – tapi mahkamah arah ini tak boleh – Dewan Senate perlu beri kebenaran  kah kah kah.

EKONOMI AMERIKA – makin kacau – Minyak masih 100 dolar satu tong – ekonomi dunia pun kacau sama – SELAT HORMUZ masih di kawal oleh Iran.

MAKA... maka... nak tunjuk MENANG Teram akan serang Cuba – ini macam Polis Pukul OKU kaki kudung – kah kah kah...

NAJIB BIN RAZAK BEBAS ?
Masih belum jelas – tapi dari riak nampaknya Najib bin Razak wajib terus di pisah dari Bik Mama.

BIK MAMA – bila nak masuk jil?

NURUL BIN IZZAH
Betul ke Nurul bin Izzah nak berhijrah ke Mekah – nak belajar Islam -   PROGRAM SALAWAT di Bukit Bintang berjaya – ini susunan Nurul bin Izzah dengan  Suami Neelofa.

Justeru Nurul bin Izzah nak mendalami lagi hal Islam. Maka BERHIJRAH KE MEKAH – kah kah kah

PARTI KELUARGA  RAMANAN 
PKR makin kacau – makin ramai ahli cabut lari masuk BERSAMA – kah kah kah -  BERAT BERAT MAKIN BERAT. amin

HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk – kemarin hujan maha lebat. Matahari belum keluar – KL & KL Sentral berkabus nipis. Langit kelam – masih ada air yang belum gugur.

Pagi ini di Lorong Masuk Cengkerik bersimponi riang – bumi basah.

Di jalan Siti dan keluarga  dah tunggu – Tiong pun ada -  Puppy Itam datang dekat tapi tak berani sama makan. Gua gumbira pagi ini.

Berjalan ke Wakaf Tiga  Jantan Baik dan geng ikut sama – Siti hilang – dah kenyang.

Gagak melintas dan bersuara – Gag gak gak .. suara sedih. Dalam sawah rumput Terkukur berlagu.

Balik ke Wakaf Pertama – gua dah nampak Tiong Laki Bini bertenggek menunggu di atas atap Wakaf. Siti tak kelihatan. Kali ini Puppy Itam berani masuk makan. Gua gumbira.

Jap lagi gua nak ke Chow Kit -  di NSK  harga tomato – Carrot – dah naik – di Chow Kit  gua nak beli mangga  Water Lilly – 3 kilo 10 ringgit – juga  buah pisang – di kedai kampong Jelebu pisang  1 kilo 4 Rm – di Chow Kit 5 atau 6 ringgit sekilo pisang. 

Pada hemat gua  yang ke Chow Kit  dan NSK tiap minggu harga masih di tahap lama tapi ada barang naik harga.

 Hari ini akan panas – gua harap – tapi masa gua menulis ini cahaya belum bersinar. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SABTU

Naik ke bukit hendak  berhuma
Jangan lupa membawa parang
Bila hendak menyusun  demo
Pastikan beribu  akan datang

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan: