TERIMALAH
HAKIKAT SELAT
HORMUZ KINI
MILIK IRAN
KHALAS
Trump tangguh keputusan perjanjian Iran dalam mesyuarat dengan pegawai - Laporan
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump belum membuat keputusan mengenai cadangan perjanjian untuk menamatkan perang dengan Iran semalam semasa pertemuan dua jam dengan pegawai di Rumah Putih, lapor Anadolu Ajansi memetik The New York Times.
Rumah Putih belum memberikan maklum balas kepada permintaan untuk ulasan mengenai laporan itu yang memetik seorang pegawai kanan pentadbiran.
Terdahulu semalam, Trump (menerusi platform Truth Social) berkata beliau akan bertemu pegawai untuk membuat "penentuan muktamad" mengenai cadangan itu, yang didakwanya akan termasuk komitmen Iran untuk tidak langsung mendapatkan senjata nuklear dan pembukaan semula Selat Hormuz kepada perkapalan komersial tanpa had.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan