Isnin, 24 Ogos 2026

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

SENIN 24 OGOS 2026

MUSIM  BENDERA TERBALIK


CANADA LAWAN AMERIKA
KAH KAH KAH 
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

Mat Teram pasang  cukai tarif pada  Canada. PM Canda Mark Carney balas balik – kenakan cukai tarif pada barangan masuk ke Canada dari Amerika.

LAWN BERLAWAN – ini terbaik kerana Amerika makin buat banyak musuh.

PM UK  LAWAT UKRAINE
PM UK namanya BURNHAM atau BABI BAKAR – kah kah kah

Babi Bakar janji nak beri banyak lagi dron kepada Ukraine. Jeng jeng jeng.

Kita tunggu dan lihat apa yang akan di lakukan oleh Putin terhadap UK dan Babi Bakar.

MENTERI LUAR IRAN KATA – DASAR BARU TERAM NAK KETATKAN SEKATANN EKONOMI ADALAH LANGKAH TERDESAK – kah kah kah

Dunia akui Iran dah menang perang – Amerika dah lengit – TAK BERANI LAGI MASUK MENYERANG – kah kah kah

SEKATAN EKONOMI tak bermakna KAH KAH KAH.  Negara CUBA dah berpuluh tahun disekat masih  gagah berani lawan imperialis Amerika. Amin.

HOKKIEN
Pagi ini kering, Matahari tidak kelihatan. KL & KL Sentral BERJEREBU – masih hodoh berjerebu.

Di Pintu masuk Cengkerik bersimponi panggil hujan – Pipit Uban berterbangan – ratusan ekor. Terkukur berlagu.

LAMA tak dengar suara How Wow – mana burung ini menghilang ?

CHIP CHIP CHIAP kuat bunyi – ini burung apa?

Tertiba Siti muncul solo di Lorong Masuk – bergurau dengan Tak Tak – gua beri  Siti friskies. 

Dari Lorong Masuk gua nampak Mama Itam – dia dengan dua anak dah menunggu – gua beri Friskies. Gua hairan kenapa Siti tak ikut sama.

Di Wakaf Pertama ada Muda Putih  dan kawan menunggu – mereka ikut ke Lorong Masuk – dapat nasi. Pagi ini TAK RAMAI datang makan.

Ha ha – dekat Pintu Keluar  tertiba Siti muncul kembali – ha ha kali ini dapat hati dan keropok. SITI dah jadi anak dara sunti - Nampak puting susunya. Nampaknya Siti dah jadi Khairal Anwar : AKU INI BINATANG JALANG – DARI KUMPULAN AKU TERBUANG –

Gua harap hujan sampai petang ini. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SENIN

BRO
Kelapa di parut buat meruku
Menuju  ke perigi dengan kuda
Mat Burut hapuskan Akta  AUKU
Niat nak cari undi anak muda

Kelapa muda jangan di parut
Berkemban cantik si Anak Dara
Anak Muda tolak Mat Burut
Humban terus ke dalam penjara

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

DARI BALKONI LE CHATEAU


PAGI INI

DARI BALKONI

LE CHÂTEAU

JAM 7 PAGI +++
SUARA TERKUKUR DI DENGAR
JALAN  DEPAN HUTAN LE CHÂTEAU
PENUH DENGAN KERETA

SENIN PAGI
EMAH AYAH
HANTAR  ANAK-ANAK KE SEKOLAH

DI BELAKANG HOKKIEN 
ADA SEKOLAH  RENDAH CHINA
KUAN CHENG
LALU MELINTAS DEPAN
LE CHATEAU

SETIAP PAGI
DAN PETANG
WAKTU HABIS SEKOLAH
AKAN SIBUK
KECUALI SABTU AHAD
DAN MUSIM CUTI SEKOLAH 

MAK  BAPAK INI
PASTI TINGGAL  DI SEKITAR
KUALA LUMPUR

DI SEBELAH ISTANA LAMA
SEKOLAH MENENGAH CHINA
KWAN CHENG 
AMIN


Ahad, 23 Ogos 2026

ISRAEL HADAPI KRISIS DALAMAN


ZIONIS ISRAEL

HADAPI

KRISIS DALAMAN

KHALAS

LARI DARI MAT BURUT


KENAPA JAMBU INI

LARI DARI

MAT BURUT

KAH KAH KAH

KHALAS

TERCABUTNYA SAEKOR KANG KONG

WOIT

KANG KONG

TAK LEH

PAKAI  GELARAN

PROFESOR

KANG KONG

KAH KAH KAH

WOIT

UIA INI JUGA

KANG KONG

KAH KAH KAH

TAK BERANI

UMUM 

APA KEPUTUSAN

PANEL INKUIRI

DALAMAN

KHALAS



Khidmat Solehah berakhir 27 April lepas - UIAM


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengesahkan perkhidmatan Dr Solehah Yaacob sebagai kakitangan akademik universiti itu telah berakhir berkuat kuasa 27 April lepas.

Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi UIAM dalam kenyataan hari ini memaklumkan susulan itu, Solehah tidak lagi memegang jawatan sebagai profesor di universiti berkenaan atau mewakili UIAM dalam apa-apa perjawatan.

“UIAM ingin menjelaskan penggunaan sebarang gelaran, jawatan, kulliyyah, pusat, institut, jabatan atau apa-apa bentuk afiliasi rasmi dengan UIAM adalah tidak dibenarkan,” menurut kenyataan itu.

UIAM turut menegaskan penggunaan gelaran atau perjawatan yang berkait dengan universiti itu tidak dibenarkan dalam apa-apa bentuk bahan promosi, pelaporan media, penerbitan, pengiklanan, kandungan media sosial, bahan publisiti atau hebahan lain, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

“UIAM juga berharap agar penjelasan yang diberikan dapat mengelakkan kekeliruan, demi menjaga integriti dan kesarjanaan akademia,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Solehah menerusi perkongsian video syarahan di saluran YouTube mendakwa teknik pembinaan kapal tamadun Rom zaman dahulu dipercayai dipelajari daripada pelaut Melayu.

Beliau mendakwa hipotesisnya berhubung sejarah teknik pembinaan kapal tamadun Rom adalah berpaksikan sumber pembacaan Arab klasik.

Berikutan dakwaan itu, UIAM menubuhkan panel inkuiri dalaman untuk meneliti kenyataan Solehah secara menyeluruh, bebas serta selaras dengan terma rujukan ditetapkan dalam menilai isu berkaitan integriti akademik.

PERJUANGAN BERSENJATA JALAN TEPAT MENUJU MERDEKA


INGAT TAK  BAI

JANGAN LUPA 

HAJI  SULUNG 

JANGAN LUPA

PERJAJIAN 1909

AMIN

HANYA MELALUI

PERJUANGAN 

BERSENJATA 

BARU PATANI

DAPAT

MERDEKA

KHALAS




Selatan Thailand bergolak: Wilayah Yala catat angka tertinggi serangan

BANGKOK: Yala antara wilayah paling teruk terjejas dalam siri letupan bom yang melanda tiga wilayah di sempadan selatan Thailand malam tadi dengan mencatatkan 14 daripada keseluruhan 32 insiden yang dilaporkan oleh pihak berkuasa.

Pusat Penyelarasan Hadapan Empat mengesahkan siri serangan yang bermula serentak itu membabitkan letupan, tembakan, perbuatan bakar dengan sengaja serta kerosakan harta benda sehingga jam 9.42 malam tadi (waktu tempatan).

Selain Yala yang mencatatkan 14 kes, wilayah Narathiwat merekodkan 13 insiden manakala Pattani sebanyak lima kes.

Di Yala, siri serangan dan sabotaj dikesan berlaku di beberapa daerah utama termasuk Raman, Bannang Sata, Than To, dan Lam Mai.

Keganasan tak boleh digunakan sebagai pengaruh dalam rundingan damai selatan Thailand

BANGKOK: Kerajaan Thailand memberi amaran tidak akan membenarkan kumpulan pemberontak di selatan Thailand menggunakan taktik keganasan sebagai alat 'tawar-menawar' dalam meja rundingan damai.

Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara (NSC) Thailand, Chatchai Bangchuad, menegaskan meskipun kerajaan tetap komited meneruskan rundingan damai, pihak berkuasa tidak teragak-agak mengenakan tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap individu yang bertanggungjawab mencetuskan kekacauan.

"Mereka mahu menggunakan keganasan untuk mendapat kelebihan dalam rundingan damai atau membuktikan pihak berkuasa sudah hilang kawalan di lapangan," katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Thai PBS World.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan siri keganasan terbaharu di tiga wilayah selatan, termasuk insiden pembunuhan kejam lima anggota separa tentera yang mengawal sebuah pos pemeriksaan di Narathiwat, baru-baru ini.

Siri letupan bom di Selatan Thailand: Anutin panggil mesyuarat tergempar

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, mengadakan mesyuarat tergempar bersama barisan tertinggi keselamatan di Rumah Kerajaan pagi tadi bagi menilai gelombang letupan bom dan insiden membakar yang melanda tiga wilayah selatan semalam.

Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira sejam itu turut dihadiri Menteri Pertahanan, Leftenan Jeneral Adul Boonthamcharoen; Panglima Tentera Darat, Jeneral Pana Klaewplodthuk; Ketua Staf Tentera Darat, Jeneral Chaiyapruek Duangprapat serta ketua-ketua agensi keselamatan lain.

Sebaik mesyuarat selesai, Perdana Menteri terus berlepas ke wilayah utara Nan bagi meninjau mangsa banjir serta memantau operasi pemulihan pasca banjir.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai mesyuarat keselamatan itu masih belum diumumkan setakat laporan ini diterbitkan.