Rabu, 28 Januari 2009

LEMBU-LEMBU DAN LEMBU YANG WAJIB DIKORBANKAN


Saya hanya membaca berita diakhbar tentang kesah lembu-lembu korban yang membawa padah politik kepada Menteri Besar Selangor. Ketika ini kesah lembu-lembu korban ini masih belum mengenap dan pasti tidak akan mengenap untuk sementara waktu.

Tetapi dalam melihat kes lembu-lembu ini ada satu pekara yang wajib kita sama-sama teliti. Pekara ini ialah pemahaman kita sendiri tentang amalan dan konsep ‘korban’ ketika hari Raya Haji ini.

Disini saya berani berkata bahawa pesta ‘korban di pagi hari raya haji’ yang sedang meresap dalam budaya Melayu ini tidak ada sangkut paut dengan ajaran agama Islam yang di bawa oleh Nabi Muhamad.

Saya berani berkata demikian berasaskan penelitian dan pengkajian saya. Pada satu ketika dahulu - lembu, kerbau atau kambing amat jarang di korbankan di masjid di kampong saya. Mukim dan warga kampung saya bukanlah warga yang mewah. Jadi jika ada korban lembu di pagi raya maka kami bersyukur kerana ada si Polan yang panen padinya telah melimpah ruah. Atau harga getah telah melonjak naik.

Lembu akan dikorban sesudah selesai sembahyang di pagi raya. Daging korban Raya Haji ini akan di agih-agihkan terutama kepada mereka yang kurang bernasib baik – mereka yang amat jarang merasa nimat makan daging.

Tetapi ini amat jarang berlaku. Dua tiga tahun sekali mungkin ada yang berkorban. Mungkin dua tiga tahun berikutnya langsung tidak ada. Ada atau tidak ada lembu yang dikorbankan tidak pula menggangu sambutan penduduk kampong terhadap hari Raya Haji. Apa yang kami pentingkan bukan lembu-lembu tetapi untuk sama-sama merayakan hari kebesaran agama. Justeru tidak pernah ada orang kampung saya menjadi lembu atau mendahulukan lembu-lembu dari berhari raya.

Sekarang ini lembu-lembu semakin banyak. Kita semakin di kelilingi oleh para lembu. Lembu-lembu ini kelihatan sama banyaknya dengan kemunculan kontrektor kelas F dari gerombolan United Malays National Organisation. Sehinggakan, di kebelakangan ini terutama di musim Raya Haji amat susah hendak kita bezakan yang mana lembu dan yang mana kontrektor kelas F.

Akhirnya budaya melembu dan membawa lembu-lembu ke masjid ketika hari Raya Haji ini semakin tersebar luas. Saya ada terbaca dua tahun dahulu – ada sebuah masjid di Utara – telah menjadi masjid lembu kerana ada 150 ekor lembu yang berkumpul untuk di korbankan. Rasanya bertong-tong darah lembu mencurah-curah di sekitar masjid. Maka semakin ramailah warga yang mendapat rezki lembu.

Kerana lembu-lembu ini telah semakin banyak dan dilihat tidak lagi istemewa maka ada pula lembu yang ingin menjadi unta. Binatang unta ini di sabitkan dengan padang pasir. Padang pasir disabitkan dengan Saudi Arabia. Saudi Arabia di sabitkan dengan tanah kelahiran Muhamad. Lalu lembu-lembu ini melihat jika menjadi unta adalah lebih afdal dari jadi lembu.

Yang pelik tetapi benar - unta ini ialah unta-unta yang bukan penduduk asli dari bumi ibnu Saud. Unta ini telah didatangkan khusus dari benua Australia – bukan unta Arab. Unta-unta ini diharap akan menambahkan lagi ‘kesucian’ korban di pagi raya. Unta-unta ini juga akan menjemput borak borak kosong dari orang-orang kampong tentang si Polan dan si Polan yang dulunya lembu tetapi telah dapat projek maka telah berkeupayaan untuk menjadi unta. Inilah kesah lembu-lembu Melayu yang ada kereta besar dan sudah pandai menjadi unta.

Disini saya ingin nayatkan sekali lagi : tiadalah pekara yang paling bodoh untuk dilakukan melainkan meniru dan membuat apa yang telah dibuat oleh musuh kita. Dalam kesah lembu-lembu di Selangor ini rasa saya adalah paling tidak bijak jika kerajaan Pakatan Rakyat meneruskan budaya yang telah di teroka dan di kembangkan oleh musuh mereka. Musuh kerajaan Pakatan dalam konteks kerajaan Selangor ialah Barisan Nasional. Taiko gerombolan Barisan Nasional ialah United Malays National Organisation.

Budaya lembu yang diamalkan oleh United Malays National Organisation ini saya yakin tidak ada bersangkut paut dengan niat dan cita-cita untuk bersedekah jariah di pagi raya. Ahli-ahli gerombolan menghadiahkan lembu-lembu ini dengan tujuan untuk memperlihatkan kepada orang Melayu/Islam tentang betapa waraknya dan sucinya kehidupan mereka. Mereka menjadikan lembu-lembu ini sebagai jurucakap dan warga contoh tentang betapa tebalnya keIslaman mereka. Sehinggakan mereka sanggup bersedekah kepada fakir miskin.

Tetapi mereka buat-buat tidak sedar. Punca kemiskinan itu datang dari lembu-lembu ini juga. Lembu-lembu inilah yang merampok tanah rakyat. Lembu-lembu ini jugalah yang menjadi ‘kontrekor subcon’ yang membuat sekolah yang akhirnya runtuh rantah. Lembu-lembu ini juga yang membuat hospital yang tidak boleh diguna pakai. Lembu-lembu ini juga yang merembat duit rasuah dengan harga ‘mark-up’ yang tinggi terhadap apa sahaja kontrek dari kerajaan.

Di pagi hari Raya Haji lembu-lembu ini menyucikan diri datang ke masjid dengan unta-untanya.

Dalam pentabiran moden – dalam konteks Selangor dan Malaysia hari ini – saya rasa bukan tugas sebuah pentabiran kerajaan untuk memberi sedekah kepada warga. Kita bukan lagi hidup di zaman Harun Aminul Rasheed di Baghdad yang keluar menyamar diwaktu malam sambil bertanya-bertanya tentang kesusahan penduduk. Bersedekah menaburkan duit di jalan-jalan raya pada zaman ini akan dilihat lucah.

Dalam pentabiran daulah moden seharusnya ada lembaga-lembaga yang di wujudkan untuk memastikan tidak ada warga yang tercicir, daif dan hidup dalam kebejatan. Mendirikan dan memastikan lembaga-lembaga ini memiliki dana yang cukup untuk menjaga kebajikan orang ramai adalah tugas pemimpin dan pentabiran sesebuah kerajaan. Malah, inilah yang di ajukan oleh Islam dan agama-agama lain agar membuat kebajikan antara kita sesama manusia.

Menyembelih lembu setahun akan dilihat sebagai propaganda kosong. Bukan daging lembu yang seharusnya di berikan oleh sebuah kerajaan moden seperti di Selangor. Memberi daging lembu untuk warga tidak akan menyelesaikan masaalah. Daging lembu ini mungkin hanya cukup untuk di buat rendang dan kurma untuk dua kali makan. Kehidupan warga lebih dari kari lembu atau rendang lembu.

Memang tepat anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor wajib memiliki tanggung jawab sosial. Pada hemat saya memberi daging lembu bukan khidmat sosial. Khidmat sosial ialah memberi dana kepada lembaga-lembaga Ngo, badan-badan seni budaya, badan-badan amal dimana khidmat-khidmat sosial ini akan berterusan sepanjang tahun.

Harus para pemimpian kerajaan Selangor menyoal diri mereka sendiri - jika lembu untuk hari Raya Haji binatang apa pula untuk Tahun Baru Cina, Depavali, Krismas, Hari Vesak - ini kerana warga Selangor terdiri dari berbagai agama dan kepercayaan. Jika ini ada dalam kepala maka inilah contoh kerajaan adil untuk semua.

Lebih tepat lagi sebuah kerajaan yang adil akan berusaha untuk mendidik warganya tentang cara dan teknik permiliharan lembu. Menyediakan kawasan-kawasan ragut untuk penternakan lembu. Bukan membuat kerja macam lembu tetapi melahirkan ladang-ladang lembu yang dapat terus menerus menyedikan bahan makanan.

Sayugia diingati rakyat tidak hendak menjadi lembu. Rakyat juga tidak hendak pemimpin lembu. Rakyat juga tidak selesa jika Menteri Besar di kelilingi oleh lembu-lembu. Rakyat tidak hendak agihan daging lembu setahun sekali di pagi hari Raya Haji.

Apa yang wajib di agihkan kepada rakyat ialah keadilan, ketelusan dan kesaksamaan dalam sesebuah pentabiran. Rakyat hendak kerajaan yang berkiblatkan kebajikan bukan kepada lembu.

Jika ada susuk-susuk yang sedang berkeliaran menjadi lembu atau membawa towkay-towkay kontrek lembu - maka mereka ini wajib di korbankan. Inilah jenis lembu-lembu jika dikorbankan rakyat pasti akan bertepuk tangan gumbira. Korbankan mereka sekarang sebelum rakyat melembukan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor
. (TT)



MB DEDAH PEMBANGKANG PANCING WAKIL RAKYAT – berita hairan


KUALA KLAWANG: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan semalam mendedahkan ada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) di negeri ini pernah dipujuk menyertai pembangkang bagi menggugat kerajaan BN.

Katanya, usaha parti pembangkang itu bagaimanapun ditolak kerana Adun BN di negeri ini ada prinsip perjuangan mantap dan tidak akan berpaling tadah menyertai pembangkang kerana mereka orang kuat parti masing-masing.

"Jarang wakil rakyat BN menyertai pembangkang, sebaliknya ahli politik pembangkang lebih kerap masuk BN," katanya, selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Siow Chen Pin, dekat sini.



kah kah kah…. ADUN BN DI NEGERI INI ADA PRINSIP PERJUANGAN MANTAP DAN TIDAK AKAN BERPALING TADAH …..kah kah kah….

kah kah kah…. nak perli munkee munkee di perak ke…. kah kah kah…

kah kah kah… baru tahu… baru sedar…. dulu pembangkang yang lari… kah kah kah…. sekarang 2009 sudah terbalik kot….. kah kah kah… kah kah kah

woit…. jangan cakap cepat sangat… pancing masih terpasang….. tajur berselirat…. kah kah kah…. kalau tak suka makan cacing…. kita beri makan umpam beras…. kalau tak makan juga… kita beri umpam kerusi mb…. kah kah kah



JANGAN SERTAI PERARAKAN CETUS KECACAUAN – POLIS – berita hairan


KUALA LUMPUR: Polis menasihatkan orang ramai tidak menyertai cadangan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengadakan perarakan membawa mayat A Kugan, yang mati dalam tahanan polis, mengelilingi beberapa tempat esok.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pihaknya tiada halangan jika mayatnya dibawa terus dari rumah mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ke tanah perkuburan Batu 14 Puchong.

"Bagaimanapun, jika ada cubaan untuk berarak ke kawasan lain dengan tujuan untuk menimbulkan kekacauan kita terpaksa mengambil tindakan tegas.


woit….. MANA ADA KACAU….. SIAPA YANG SELALU BUAT KACAU…kah kah kah…

woit…. biarlah dia orang berarak…. mereka suka berarak dan berjemur dalam panas….kah kah kah…. SUPAYA TIDAK KENA ASMA MACAM KUGAN…..kah kah kah…

kah kah kah….MENGIKUT NASEHAT DOKTOR KALAU SELALU BERARAK DALAM PANAS PENYAKIT ASMA AKAN HILANG….. kah kah kah….. BILA ASAMA HILANG PASTI TAK MATI BILA MELAWAT RUMAH PASONG…. kah kah kah…

woit… nak tanya sikit…. apa jadi dengan 11 orang mata-mata yang soal siasat kugan…. mereka mesti pergi jumpa doktor secepat mungkin…. kah kah kah…. takut berjangit penyakit asma dari kugan….. kah kah kah….



PEWARIS MINTA SAMY VELLU NASIHAT MASYARAKAT INDIA – berita hairan


KUALA LUMPUR: Majlis Pemuafakatan Ummah (Pewaris) menggesa Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu, serta dua Timbalan Menteri di jabatan Perdana Menteri meminta masyarakat India supaya jangan terbabit dalam demonstrasi yang dirancang pihak tertentu semasa upacara pengkebumian bekas tahanan polis, A Kugan, Rabu hari ini.



kah kah kah…. SIAPA SAMY VELLU INI ?.... kah kah kah…

woit….. ORANG INDIA KALAU JUMPA SAMY SEMUA NAK BELANGKONG DIA… kah kah kah… TAK SEMPAT NAK BAGI NASEHAT…. kah kah kah..

woit …. pewaris ini apa?....botol apa pewaris ni?…. kah kah kah…. botol samy vellu ke… atau botol mat kampau…. kah kah kah…

woit…. APA JADI DENGAN PAPAN TANDA NAMA JALAN DI TANJUNG... kah kah kah… ini betulah.. KENTUT KENTUT TAHI HANGAT…. kah kah kah




GEROMBOLAN PERAK PUJUK ADUN BOTA UBAH FIKIRAN -mStar


PETALING JAYA: Badan Perhubungan Umno Perak kini dalam usaha mengadakan perbincangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim bagi memujuk agar beliau kembali ke pangkuan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Umno Perak, Datuk Ramly Zahary berkata, setakat hari ini pihaknya telah berjaya mengadakan rundingan dengan Nasarudin bagi mengetahui punca sebenar beliau memutuskan untuk meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat.



kah kah kah…. nak pujuk…. kh kah kah…

woit….. nasaruddin bukan merajuk…. dia bukan mat jiwang…. kah kah kah…

woit…. nasaruddin dah celah…. nak pujuk apa lagi…..tapi …..dengar khabar dia boleh masuk gerombolan kembali ….. kah kah kah…. dengan satu syarat…..bik mama kena hilang 20 kilo….. kah kah kah…




Selasa, 27 Januari 2009

MALAM BAKAR MERCUN


Belum jam 12.00 malam lagi. Lalu berligar melihat Kuala Lumpur.

Arah dituju ialah Jalan Petaling. Bila sampai semuanya telah hampir kosong. Sampah berlungguk dan bertimbun. Dua tiga orang anak muda Burma duduk di tengah jalan sambil minum beer. Anak –anak muda Bangla sibuk menyusun kemas gerai.

Esok cuti Hari Raya Tahun Baru China. Kedatangan Tahun Lembu.

Wajah Jalan Petaling telah berubah. Warong dan gerai semakin banyak di kendalikan oleh anak muda dari Burma dan Bangla. Inilah keindahan kota kita – siapa rajin siapalah yang berniaga – yang malas suka berempit dan bermotorlah- sibuk ke hulu ke hilir.

Disana sini kedengaran bahasa Melayu pasar di gunakan … ‘antie belakang tu mana ... sudah cuti ke ?’ Suara dari anak muda Bangla. ‘…mestilah…’ jawab lelaki Tionghua. Dewan Bahasa dan Gapena tolong ketepi sikit ada bahasa baru hendak muncul.

Tiba-tiba mercun meletup – mercun panjang tetapi bukan panjang sangat –hanya hampir lima minit. Hairan kenapa mercun diharamkam di hari-hari kebesaran? Leceh. Selalu kita diberi alasan - merbahaya - banyak kecederaan – bullshit.

Mana ada orang mati main mercun. Di hari perayaan banyak yang mati di langgar kereta. Kenapa kereta TIDAK diharamkan. Haramkanlah pengunaan kereta dan motorsikal. Kalau betul-betul hendak menjaga keselamatan warga?

Jawabnya tidak berani. Betul-betul Mat Lebong anti kegumbiraan.

Kenapa mercun berani diharamkan. Jawabnya kalau diharamkan maka ada lubang untuk buat RASUAH. Setiap lubang yang ditutup mesti ada lubang dibuka untuk rasuah.

Restauran Kain Merah masih dibuka. Ramai muka Mat Saleh. King Kong tempatan dan Minah Sarong Party tidak kelihatan. China Doll jarang datang kesini kerana belum faseh BI – kalau sudah faseh pasti tempat ini akan di penuhi oleh China Doll.

Menghala ke Pub Rasta kelihatan Mat Bangla jual bunga. Ramai Amoi , Amoi Tua dan Apek sedang mencari bunga. Bunga yang di cari hanyalah bunga yang namanya seakan-akan berbunyi Emas, duit dan harta. Ini budaya China yang suka apa sahaja yang ada kaitan dengan duit dan harta.

Nanti, kalau hendak beri hadiah pada awek China atau bakal Pak Mertua China – berikan mereka satu tin kaya. Katakan : ini niat suci dan harapan - hendaknya melalui tin kaya ini si penerima akan cepat dapat duit jadi kaya raya.

Sebelah Pub Rasta ada Kuil – ramai mereka yang warak sedang keluar masuk. Semua sedang khusyuk bersembahyang memasang colok. Asap berkepul-kepul. Hendak masuk tak sempat kerana terlalu ramai yang hendak bersembahyang. Ada pula Rela yang hendak jadi gedebe di tepi pintu sedang mengawal.

Apa yang sedang di kawal ialah ‘orang msikin’ yang sedang menghulurkan tin sadin dan mangkuk plastik – meminta orang yang keluar dari kuil bersedekah. Nah – orang China pun tahu bersedekah jariah. Bersedekah ini bukan hanya amalan orang Melayu. Jangan sibuk dengan Ketuanan Melayu – nanti jadi Ketuanan Yahudi Zionis – tidak sedar agama lain pun sama – menggalakkan ummahnya bersedekah.

Siapa yang meminta sedekah – kebanyakan warga kota yang tidak ada rumah dan tempat tinggal. Mereka ini adalah warga Makanan Bukan Bom/Food Not Bomb. Majoriti yang beratur di tepi pintu kuil ialah Melayu yang telah lama meninggalkan Ketuanan Melayu. Inilah Malaysia kita yang tidak di sedari oleh kumpuln Pewaris yang asik-asik dengan Hidup ISA.

Tidak ada suasana perkauman disini – yang khyusuk bersembahyang dalam kuil memasang colok dan minta doa orang China. Yang mendoakan di luar orang Melayu.

Sesekali ada kedengaran bunyi mercun. Tak kuat dan tidak memanjang.

Meninggalkan Jalan Petaling ke arah Bukit Bintang. Di sebelah BB Plaza ada kugiran sedang bermain. Ini kampong Mat dan Minah Dangdut. Kugiran memainkan lagu-lagu dang dut – ( nasib baik pemuda Pas Wilayah tak sedar ) hebat show malam itu – ada Inol tempatan – saorang Purtan bergerudi untuk menghibur mereka yang bercanda dan bersantai.

Sayang Minah Cun dan Mat Jambu tidak banyak kelihatan. Kebanyakan muka di sana macam muka Aman Belon. ( Siapa tidak tahu Aman Belon sila tanya Pak Cik saya Lebai Google).

Hampir jam 3.00 pagi baru pulang. Tahun Lembu sudah sampai. Siapa agaknya yang akan jadi lembu tahun ini?

Nak Yamseng agak terlewat. Hendak hantar ucapan Selamat tahun baru melalui sms kredit sudah habis. Nak beli keretek di Chow Kit buang masa sahaja. Cilaka – Suraya 10 batang yang ori sudah dua bulan tak ada dalam pasaran.

Apa punya tuuurr… keretek pun susah nak dapat. Betul-betul Tahun Lembu.