Rabu, 4 November 2026

PUTIHKAN DAN RESMIKAN


INDUSTRI LUMAYAN

KERAJAAN WAJIB

AMBIL ALIH

AMIN

PASTI ADA CARA

LAIN UNTUK BERI

MANAFAAT PADA

EKONOMI NEGARA

AMIN 

RESMI DAN

 PUTIHKAN MEREKA

KHALAS



PATI bayar RM3,000 kepada sindiket masuk, keluar Malaysia


PETALING JAYA: Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dikesan mengenakan bayaran antara RM1,000 hingga RM3,000 mengikut jarak perjalanan bagi membolehkan warga Indonesia keluar dari Malaysia menerusi laluan laut yang tidak diwartakan.

Kegiatan sindiket yang dipercayai telah beroperasi sejak enam bulan lalu itu terbongkar susulan penahanan 38 warga Indonesia dalam satu serbuan di kawasan pesisir pantai Kampung Sungai Gatal, Sabak Bernam, Selangor, Isnin lalu.

Penahanan itu dilakukan selepas bot nelayan yang dinaiki kesemua warga asing berkenaan mengalami kerosakan enjin ketika dalam perjalanan.

Pemangku Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Asisten Komisioner Awang Arfian Awang Bujang berkata, serbuan kira-kira pukul 4.30 pagi itu dilaksanakan Task Force Delta Briged Tengah PGA menerusi Op Taring Delta.

Katanya, dalam operasi berkenaan, seramai 38 warga Indonesia ditahan terdiri daripada tiga lelaki dewasa yang disyaki berperanan sebagai tekong laut, manakala 35 lagi membabitkan 24 lelaki dan 11 wanita dewasa.

“Pasukan operasi turut merampas sebuah bot nelayan bersama enjin serta tiga telefon bimbit pelbagai jenama milik tekong laut yang dipercayai digunakan sebagai alat komunikasi untuk menjalankan kegiatan penyeludupan migran. 

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM406,800,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Awang Arfian berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Akta Imigresen 1959/63.

Mengulas lanjut, Awang Arfian berkata, sebanyak 171 kes membabitkan aktiviti penyeludupan migran dan kesalahan imigresen di kawasan tanggungjawabnya dalam tempoh 1 Januari hingga 4 November tahun ini.

“Kawasan operasi berkenaan meliputi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” jelasnya.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu, seramai 898 individu berjaya ditahan hasil operasi penguatkuasaan yang dijalankan.

“Daripada jumlah keseluruhan, sebanyak 33 kes direkodkan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) membabitkan tangkapan 76 tekong.

“Selain itu, sebanyak 138 kes direkodkan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dengan 822 individu ditahan,” jelasnya.

Beliau berkata, PGA akan terus mempergiat operasi dan risikan bagi membanteras kegiatan penyeludupan migran serta aktiviti rentas sempadan yang menyalahi undang-undang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan itu diminta menyalurkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”katanya. – UTUSAN




Tiada ulasan: