Isnin, 1 Ogos 2016

SUMPAH SUMPIT - LADA API





        SUMPAH LAKNAT

Sumpah laknat boleh dilakukan di mana-mana saja; di bawah pokok, dalam pasaraya, dalam sampan di tengah laut ketika candat sotong, semua tempat dibolehkan, hatta di white house pun boleh. Yg penting saksi najib mestilah orang islam yg suci murni sesuci embun, contohnya hadi awang, cikgu pa, takiyudin ataupun tontonwee asalkan bertaraf ulama, semua layak jadi saksi.

 Kalau kapir harbi mcm hillary clinton atau donald trump tak dikira, tak boleh jadi saksi. Selepas buat sumpah laknat mesti wajib buat umrah di tanah suci, selesai semua tu barulah najib dan 1mdb dapat pengampunan dari FBI, aset yg telah disita akan diserah semula pada kerajaan malaysia. 

InsyaAllah, silap2 haribulan bila 1mdb dah bersih selepas sumpah laknat, ramai akan melabur, amerika pun akan melabur dan nilai ringgit akan pulih, saham felda akan melambung dlm pasaran terbuka, makcik dan pakcik felda tumpang gumbira sebab bakal dapat bonus berlipatkali ganda. Takbirrrrr!!! on SUMPAH LAKNAT AMERIKA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 7:12 PM




-------------

TURUN DAN TANGKAP





KENYATAAN MEDIA : 1 OGOS 2016
ANAK MUDA MENGGERAKKAN MOBILISASI BESAR-BESARAN #TangkapMalaysianOfficial1 (#TangkapMO1), 27 OGOS DI KUALA LUMPUR.


Genap setahun yang lepas, seramai 35 orang anak muda ditahan di Sogo kerana menjalankan protes #TangkapNajib. Protes itu dibuat kerana kekecewaan anak muda terhadap kepimpinan Najib Razak yang gagal menyelesaikan kemelut 1MDB. Laporan US Department Of Justice (US-DOJ) baru-baru ini mengesahkan lagi kekhuatiran rakyat terhadap pengurusan dana 1MDB. Menerusi laporan DOJ ini, Riza Aziz, Jho Low dan Malaysian Official 1 merupakan tiga nama yang dikatakan bertanggungjawab dalam pengkhianatan berbilion ringgit dana awam.

Sehingga hari ini, ketiga-tiga individu ini masih bebas malah tidak ada inisiatif bersungguh-sungguh daripada Kerajaan Malaysia untuk bertindak ke atas mereka. Malah Kerajaan Malaysia juga masih enggan untuk mendedahkan siapa sebenarnya individu yang dinamakan sebagai Malaysian Official 1 yang dipercayai sebagai dalang utama disebalik penyelewengan wang rakyat ini. 

Kami percaya, rakyat Malaysia akan menerima kesan paling buruk jika kecurangan pengurusan dana awam ini berterusan. Lebih malang apabila anak muda yang mewakili 60% daripada komposisi rakyat Malaysia akan terus berhadapan dengan ketidaktentuan masa depan. Anak muda terpaksa menanggung beban kos hidup yang terus meningkat dalam keadaan peluang kerjaya dan purata pendapatan di Malaysia masih terkebelakang. 

Kami selaku generasi muda merasa amat malu sekiranya tiada tindakan tuntas bagi menyelesaikan krisis pentadbiran ini. Isu 1MDB bukan lagi rahsia dalaman negara, malah menjadi berita hangat di seluruh dunia. Anak muda tidak sanggup lagi menjadi bahan ketawa oleh masyarakat dunia apabila dilihat seolah-olah masih merelakan sekumpulan individu tidak bertanggungjawab terus merompak harta Negara.

Maka menyedari hal ini, mahasiswa dan anak muda sepakat untuk menggerakkan Kempen #TangkapMalaysianOfficial1. Kempen ini akan memobilisasi rakyat Malaysia secara besar-besaran pada 27 Ogos 2016 di Kuala Lumpur bagi mendesak pihak berkuasa segera menangkap dan mendakwa individu yang digelar sebagai Malaysian Official 1 (MO1). 

Menuju kepada himpunan aman ini, mahasiswa dan anak muda akan menjalankan program-program penerangan secara berkelompok dengan memfokuskan mahasiswa dan masyarakat luar Lembah Klang. Selain itu kami juga mengalu-alukan pembabitan semua pihak tanpa mengira sempadan politik dan ideologi untuk bersama dengan kempen ini. 

Sekarang tiba masa untuk bertindak. Kami juga ingin menyeru anak muda yang menjadi penghuni terbesar arena maya untuk kali ini kita bersolidariti di Kuala Lumpur pada 27 Ogos akan datang. Ini masanya untuk kita rayakan kemerdekaan dengan erti kata sebenar.  Jika anak muda tidak bertindak hari ini, kita khuatir tiada lagi masa depan untuk generasi akan datang.

Sekian. Terima kasih. 

Dikeluarkan oleh Gabungan #TangkapMalaysianOfficial1






------------

LAWAK DARI PELAWAK AGAMA





LAWAK AWAL

BULAN OGOS




BAYANGKAN

JIKA BIDADARI 

 TIDAK ADA

APA 

AKAN  TERJADI


INI KAH MUKA DICARI FBI






INIKAH 

MUKA



MALAYSIAN 

OFFICIAL 1

YANG SEDANG

DICARI OLEH FBI




------------------

HUTANG 1MDB







Suara Rakyat's photo.

KEKHINZIRAN UMNO apakah ini hutang 1MDB pada akhir tahun 2015 RM40.4 bilion. TIBA-TIBA masuk tahun baru 2016 terus jadi RM50 bilion ??!!

KECELAKAAN UMNO apakah ini dah gadai aset negara berbilion2 ringgit pon hutang 1MDB TETAP MAKIN NAIK ??!!!

HAKIKATNYA.. Sifat2 munafik WAJIB ada pada pemimpin negara kita. Bohong & mungkir janji itu satu kemestian..









































--------------

SUMPAH LAKNAT AMERIKA






BILA NAJIB

DIDAKWA

DI AMERIKA

BOLEHKAH 

NAJIB PAKAI

SUMPAH LAKNAT

DAN MINTA 

EMPAT JANTAN

SEBAGAI SAKSI

SAJE TANYA

MANA TAHU

KALAU BOLEH






--------------