.

Isnin, 1 Ogos 2016

TURUN DAN TANGKAP





KENYATAAN MEDIA : 1 OGOS 2016
ANAK MUDA MENGGERAKKAN MOBILISASI BESAR-BESARAN #TangkapMalaysianOfficial1 (#TangkapMO1), 27 OGOS DI KUALA LUMPUR.


Genap setahun yang lepas, seramai 35 orang anak muda ditahan di Sogo kerana menjalankan protes #TangkapNajib. Protes itu dibuat kerana kekecewaan anak muda terhadap kepimpinan Najib Razak yang gagal menyelesaikan kemelut 1MDB. Laporan US Department Of Justice (US-DOJ) baru-baru ini mengesahkan lagi kekhuatiran rakyat terhadap pengurusan dana 1MDB. Menerusi laporan DOJ ini, Riza Aziz, Jho Low dan Malaysian Official 1 merupakan tiga nama yang dikatakan bertanggungjawab dalam pengkhianatan berbilion ringgit dana awam.

Sehingga hari ini, ketiga-tiga individu ini masih bebas malah tidak ada inisiatif bersungguh-sungguh daripada Kerajaan Malaysia untuk bertindak ke atas mereka. Malah Kerajaan Malaysia juga masih enggan untuk mendedahkan siapa sebenarnya individu yang dinamakan sebagai Malaysian Official 1 yang dipercayai sebagai dalang utama disebalik penyelewengan wang rakyat ini. 

Kami percaya, rakyat Malaysia akan menerima kesan paling buruk jika kecurangan pengurusan dana awam ini berterusan. Lebih malang apabila anak muda yang mewakili 60% daripada komposisi rakyat Malaysia akan terus berhadapan dengan ketidaktentuan masa depan. Anak muda terpaksa menanggung beban kos hidup yang terus meningkat dalam keadaan peluang kerjaya dan purata pendapatan di Malaysia masih terkebelakang. 

Kami selaku generasi muda merasa amat malu sekiranya tiada tindakan tuntas bagi menyelesaikan krisis pentadbiran ini. Isu 1MDB bukan lagi rahsia dalaman negara, malah menjadi berita hangat di seluruh dunia. Anak muda tidak sanggup lagi menjadi bahan ketawa oleh masyarakat dunia apabila dilihat seolah-olah masih merelakan sekumpulan individu tidak bertanggungjawab terus merompak harta Negara.

Maka menyedari hal ini, mahasiswa dan anak muda sepakat untuk menggerakkan Kempen #TangkapMalaysianOfficial1. Kempen ini akan memobilisasi rakyat Malaysia secara besar-besaran pada 27 Ogos 2016 di Kuala Lumpur bagi mendesak pihak berkuasa segera menangkap dan mendakwa individu yang digelar sebagai Malaysian Official 1 (MO1). 

Menuju kepada himpunan aman ini, mahasiswa dan anak muda akan menjalankan program-program penerangan secara berkelompok dengan memfokuskan mahasiswa dan masyarakat luar Lembah Klang. Selain itu kami juga mengalu-alukan pembabitan semua pihak tanpa mengira sempadan politik dan ideologi untuk bersama dengan kempen ini. 

Sekarang tiba masa untuk bertindak. Kami juga ingin menyeru anak muda yang menjadi penghuni terbesar arena maya untuk kali ini kita bersolidariti di Kuala Lumpur pada 27 Ogos akan datang. Ini masanya untuk kita rayakan kemerdekaan dengan erti kata sebenar.  Jika anak muda tidak bertindak hari ini, kita khuatir tiada lagi masa depan untuk generasi akan datang.

Sekian. Terima kasih. 

Dikeluarkan oleh Gabungan #TangkapMalaysianOfficial1






------------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapa dia M.O.1. itu ??????

Mat Lahap ke ????

Mat Boroi ke ????

Mat Kopiah ke ????

Mat Kampau ke ?????

Mat Rempit ke ????

Mat Skodeng ke ??????

Habis siapa ????

MAT TONG DRUM SIMIN ke ??????

Habis siapa ?????

Tanpa Nama berkata...

#Anak-anakMudaDayus&Bacul.

Bila nak turun?? Stim x pancut2..

Unknown berkata...

Ptg tadi saya terserempak puluhan tentera amerika latihan bersama di hutan simpan panti,kota tinggi johor.
Lengkap kereta kebal dll.baru masuk hari ni.lebih 10 kereta perisai..

Sdgkan DOJ usa sdg pegang kertas pertuduhan MO1

Apa komen?

Muhammad Adam berkata...

Ptg tadi saya terserempak puluhan tentera amerika latihan bersama di hutan simpan panti,kota tinggi johor.
Lengkap kereta kebal dll.baru masuk hari ni.lebih 10 kereta perisai..

Sdgkan DOJ usa sdg pegang kertas pertuduhan MO1

Apa komen?

Tanpa Nama berkata...

T/hari tadi saya terserempak puluhan tentera usa lengkap kereta perisai +- 10 biji di hutan simpan panti,kota tinggi dlm misi latihan bersama tentera kita.
Sdgkan dlm masa yg sama DOJ sdg pegang kertas pertuduhan siapa MO1..

Saya ada gambar n terfikir apa makna semua ini

Tanpa Nama berkata...

Anak muda dah bersuara!