Jumaat, 24 April 2026
ANWAR BIN IBRAHIM DAN FARHASH - ADA APA ?
SATU MALAYSIA
NAK TAHU
APA HUBUNGAN
FARHASH DENGAN
ANWAR BIN
IBRAHIM
AMIN
ANWAR BIN IBRAHIM NAK LARI KE AFRIKA ?
PERKARA INI
MUDAH SELESAI
AMIN
SEPERTI SELALU
TANGKAP
SOFIA RINI
PUNCA PEMBAWA
CERITA
AMIN
PAKSA SOFIA
BUAT PENAFIAN
AMIN
KEMUDIAN
FAHMI FADIL
UMUM SIASATAN
DAH SELESAI
AMIN
KHALAS SEMUA
BERITA BERES
KAH KAH KAH
AMIN
Dakwaan bekas pegawai PM curi duit, simpan di Afrika, sila bawa bukti – Anwar
JOHOR BAHRU – Anwar bin Ibrahim berkata, wanita yang membuat dakwaan pegawainya mencuri wang dan disimpan di Afrika atas arahannya perlu dibuktikan.
Menurutnya, beliau tidak akan melayan dakwaan tidak berasas yang tular dalam media sosial kononnya melibatkan pemilikan wang di luar negara.
“Kalau dia ada alasan dia kena ada bukti. You layan itu? You layan? Kalau 1,000 komen saya kena jawab semua? Kalau ada bukti bawalah.
“Kalau tidak ini jadi sarang fitnah dan sebagainya. Saya ada banyak kerja. Mak cik mana bagi komen you nak layan,” katanya ketika ditemui dalam Program Ramah Mesra Bersama Warga Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temonggong Ibrahim di sini hari ini.
Sebelum itu Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Faisal Ismail Aziz menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat satu rakaman tular mengandungi dakwaan serius oleh individu dikenali sebagai Sofia Rini membabitkan dakwaan salah laku melibatkan bekas pegawai Anwar bin Ibrahim..
Menurut beliau, video berkenaan mengandungi beberapa dakwaan utama termasuk tuduhan wang yang didakwa dicuri bekas pegawai berkenaan telah dibawa ke Afrika untuk disimpan selain dakwaan bahawa tindakan itu dilakukan atas arahan Anwar bin Ibrahim sendiri.
Tambahnya, Sofia juga mendakwa Anwar bin Ibrahim akan melarikan diri ke Afrika atau Turki sekiranya berlaku sesuatu dalam negara serta mendakwa bekas pegawai yang dinamakan mempunyai kekayaan mencecah berbilion ringgit.-
PERASUAH & PENYELEWENG DUIT ZAKAT PASTI AKAN DI SEKSA - LEPAS MATI DALAM KUBUR
USTAD KATA
SAPA RASUAH
SELEWENG ZAKAT
AKAN DI SEKSA
LEPAS MATI
DALAM KUBUR
KAH KAH KAH
DALAM DUNIA
LU RASUAH
LU TIPU
SEMUA OKAY
AMIN
BILA LU DAH MATI
BARU LU SEDAR
KAH KAH KAH
KHALAS
Kerajaan akan ambil tindakan tegas pelaku seleweng dana zakat – Zulkifli
KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penyelewengan dana zakat, termasuk kesalahan pecah amanah dan salah guna kuasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata kerajaan memandang serius isu berkenaan dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh.
“Isu ini (penyelewengan dana zakat) masih dalam siasatan dan tidak menggambarkan keseluruhan sistem serta pengurusan pungutan zakat di Malaysia.
“Ia perlu disiasat terlebih dahulu dan sebarang kesalahan seperti pecah amanah atau salah guna mesti dikenakan tindakan undang-undang tanpa pengecualian,” katanya kepada pemberita hari ini.
Langgan:
Catatan (Atom)




