Sabtu, 9 Mei 2026

NAJIB HANYA BERI ARAHAN


NAJIB HANYA

BERI ARAHAN

KHALAS



Unknown commented on
 "KES BUNUH ALTANTUYA - APA PERANAN NAJIB ?"

Peranan najib melayu bugis adalah berjubo, entot berlemak lemak, naik kapcai..malu apa boss ku...now fuckin himself at gaol.


 

PAGI INI


PAGI INI






PAGI INI

JUMAAT 8   MEI    2026

PERANG HARI KE 69

GENCATAN SENJATA BERJALAN


GENCATAN SENJATA – RUSIA – UKRAINE BERJALAN
Hari ini 9 Mei adalah hari   RUSIA KALAHKAN  NAZI HITLER di PERANG DUNIA KE DUA.

Ada perbarisan di DATARAN MERAH MOSCOW – Agong kita bersama HADIR -  ramai lagi pemimpin dunia ada bersama PUTIN merayakan hari bersejarah ini.

Justeru Rusia umum GENCATAN SENJATA selama 3 hari. Zelensky  dari Ukraine juga bersetuju. Tak ada serang menyerang.

TAPI MAT TERAM nak klim kredit bahawa dia yang anjur gencatan senjata ini KA KAH KAH

Rusia mahu ada gencatan senjata untuk pastikan tamu negara seperti Agong kita SELAMAT. Amin

SUCIKAN BUKIT BINTANG
KAH KAH KAH
Tiong Menteri Pelancong Madani buat MAKSIAT di Bukit Bintang  maka  Nurul Izzah anak kepada Anwar bin Ibrahim terpaksa membuat SEMBAHAYNG HAJAT  juga di Bukit Bintang untuk sucikan kembali  Bukit Bintang.

Perkara ini mudah selesai – Anwar bin Ibrahim boleh batal dan larang PESTA MAKSIAT dan humbankan  Tiong – tapi tak berani buat kerana Anwar bin Ibrahim tak ada sokongan rakyat  – Amin

HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah  - kemarin hujan lebat yang agak panjang – KL & KL Sentral berkabus. Matahari tak kelihatan. Langit kelam.

Ha ha – Di lorong masuk dah ramai menunggu – Pagi ini ramai datang makan – Gua gumbira.

Berjalan ke Wakaf Ketiga  – banyak lopak air. Tak Tak suka berjalan di atas air – sambil minum. Siti mengekor ikut Tak Tak.

 Pulang ke. Wakaf Pertama – kosong – takda sapa menunggu. Semua takut ada Abang Gemuk  dari Klang Lama sedang memasang Sangkar Terkukur – ini mainan untuk mengajar Terkukur berlagu. 

Hanya Siti dapat  hati ayam dan keropok.

Ha ha – rupa-rupanya semua menunggu  Friskies di Lorong masuk – di sini gua tabur Friskies.

Hampir  di Pintu Masuk gua dengar suara Murai – Pagi menjadi indah  bila Murai berkicau.

Hari ini akan panas – Jap lagi gua nak ke Chow Kit – rutin mingguan. Jika petang hujan malam sejuk santai. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SABTU

BRO
Ini Adat kito kita - kok hilang di cari. Kok cicir di pungut. Kok haus di beri air

BRO
Adil  tak memihak – benar tak memilih. Menimbang sama berat – mengukur sama panjang

BRO
Anak buah mendukung  Buapak
Buapak mendukung  Datuk Lembaga
Lembaga mendukung Tok Undang.

Biar mati Madani jangan mati adat. Amin

LAKUKAN SEKARANG 
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

 

Jumaat, 8 Mei 2026

SERANGAN DI TERUSKAN


GENCATAN 

SENJATA  WUJUD

 TAPI SERANGAN

DI TERUSKAN

KHALAS

PENCERAHAN KES ZAHID HAMIDI


PENCERAHAN

UNTUK MEMAHAMI

KES ZAHID HAMIDI

AMIN 

HARI HARI AHKIR KERAJAAN TITAH


HARI HARI AKHIR

KERAJAAN TITAH

KAH KAH KAH

DAP DAH LAMA

 TIBAI UMNO

INI AMANAH PULA

TIBAI UMNO

KAH KAH KAH

SEMUA TAK TAHU

ADAT NEGERI 9

KHALAS


Umno khianat - Pemuda Amanah NS tolak K'jaan Perpaduan

Pemuda Amanah Negeri Sembilan membantah keputusan pimpinan PH-BN untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan di negeri itu susulan kemelut politik yang tercetus baru-baru ini.

Pengarah Komunikasinya, Zainal Lutfi mendakwa keputusan tersebut mengecewakan penyokong dan penggerak PH di Negeri Sembilan kerana dilihat masih membuka ruang rundingan dengan pihak yang dianggap “mengkhianati” kerajaan perpaduan.

"Keputusan pimpinan PH-BN yang menyatakan masih ada kerajaan perpaduan di Negeri Sembilan seolah menghina penggerak dan pengundi-pengundi Pakatan Harapan di negeri ini.

"Semua maklum, polemik yang berlaku kini adalah kerana ketamakan Umno untuk mendapat jawatan Menteri Besar sehingga sanggup meruntuhkan kerajaan perpaduan di negeri ini," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Dia turut mendakwa tindakan itu membelakangi titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sebelum ini melantik serta memperkenankan menteri besar daripada PH untuk terus mentadbir negeri.

“Keputusan pimpinan PH-BN untuk mengekalkan kerajaan perpaduan ibarat menyimbah garam ke luka penggerak dan penyokong PH di Negeri Sembilan yang sudah sedia teruk dan dalam luka mereka.

“Adalah kerja gila untuk membuat kerjasama kembali dengan pihak yang secara jelas telah berkhianat,” tegasnya.

Terdahulu, pimpinan PH dan Umno mencapai persetujuan untuk mengekalkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan, susulan perkembangan politik di negeri itu.

Menurut kenyataan bersama, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan antara kedua-dua gabungan yang dipengerusikan bersama Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada 5 Mei.

Sementara itu, Zainal mempersoalkan keputusan mesyuarat pimpinan PH-BN itu yang menurutnya tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap wakil rakyat BN yang didakwa terlibat dalam krisis tersebut.

“Permohonan maaf tidak cukup. Hukuman yang lebih tegas perlu diberikan kepada mereka jika ingin membina semula Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Dia turut mencadangkan jawatan seperti ketua kampung dan ahli majlis daripada BN dikosongkan segera.

Zainal turut mengingatkan bahawa beberapa kerusi BN pada PRN lalu dimenangi hasil kerjasama serta sokongan pengundi PH.

Malah katanya, Amanah sendiri mengorbankan kerusi Lenggeng yang dimenanginya pada PRU14 bagi memberi laluan kepada BN bertanding.

Selain itu, Zainal berkata pilihan raya kecil (PRK) melibatkan kerusi dimenangi BN melalui kerjasama PH boleh dipertimbangkan bagi mendapatkan semula mandat rakyat.

“Laksanakan PRK tiga penjuru untuk kesemua 14 kerusi tersebut. Biarkan pengundi yang tentukan nasib kerusi-kerusi tersebut.

“Tiada rundingan dengan pengkhianat. Jika mahu berunding, pilih orang lain tanpa rekod khianat,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun pada 6 Mei memberi isyarat kepada rakyat negeri ini untuk bersedia menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri (PRN) mengejut.

Aminuddin memberi bayangan itu susulan tindakan 14 Adun Umno yang dilihat masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dicapai dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.

Ini selepas Umno Negeri Sembilan menegaskan akan terus menyokong pentadbiran kerajaan negeri di bawah kerangka Kerajaan Perpaduan namun pada masa sama mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap menteri besar.

Pada 27 April lalu, kesemua 14 Adun Umno Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin.

Tindakan itu mencetuskan krisis politik dan perlembagaan di negeri berkenaan.

INI BUKTI IKLIM DUNIA MAKIN KACAU


TANDA JELAS

IKLIM BERUBAH

AMIN

HUJAN LEBAT

KL BANJIR

AMIN

DALAM MASA

YANG SAMA

KEDAH PERLIS

TABUR GARAM

NAK BUAT HUJAN

KHALAS 




Hujan lebat cetus banjir kilat di beberapa tempat sekitar Lembah Klang

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir kilat selepas hujan lebat berterusan sejak tengah hari tadi, sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas dan gangguan kepada pengguna jalan raya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

Menerusi aplikasi Threads, pengguna @tharsh.h berkongsi keadaan jalan raya di Ampang yang dinaiki air susulan hujan lebat.

"Adakah hujan turun di seluruh Malaysia? Ampang banjir," katanya.

Seorang lagi pengguna, @imalmast, turut memuat naik situasi sama di Meru.

Operasi pembenihan awan di Perlis, Kedah bantu tingkat taburan hujan kawasan empangan utama


PUTRAJAYA: Operasi Pembenihan Awan (OPA) Siri 5 dan 6 di Perlis serta Kedah akan dilaksanakan pada Ahad hingga Selasa ini serta 17 hingga 19 Mei ini sebagai langkah proaktif bagi meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan empangan utama.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,  Arthur Joseph Kurup, berkata operasi terbabit akan memberi tumpuan kepada kawasan tadahan Empangan Timah Tasoh di Perlis dan Empangan Pedu, Ahning, Muda serta Beris di Kedah bagi meningkatkan paras air yang berada pada tahap waspada.

"Pelaksanaan OPA ini membabitkan kerjasama strategik Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"OPA akan dilaksanakan berdasarkan analisis meteorologi yang teliti oleh METMalaysia dengan mengambil kira faktor kelembapan udara, kestabilan atmosfera serta corak pergerakan angin bagi memastikan keberkesanan operasi," katanya dalam kenyataan hari ini.