Rabu, 5 November 2008

MEMPERKAYA BAHASA IBUNDA - KEMPEN BAHASA KEBANGSAAN

Hari ini Tukar Tiub memperkenal satu perkataan-perkataan baru. Ini adalah sebahagian dari cita murni dan sumbangan Tukar Tiub untuk memperkayakan bahasa ibunda. Ini juga selaras dengan cita-cita untuk memurtabakkan bahasa ibunda sama seperti yang sedang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Petaka.

Perkataan hari ini ialah : JARJIS

Jarjis mengikut kamus bererti meraba-raba, memegang, merasa, mengusik sesuatu yang di terletak di bawah

Jarjis
- kata nama khas : Salmah binte Lebai Jarjis

Jarjis - kata perbuatan. (men)jarjis – Contoh: Ahmad telah menjarjis ke dalam tempayan beras untuk mencari anak tikus.

Contoh : Aminah menjarjis tangannya ke dalam lubuk berlumpur dengan harapan akan dapat menangkap saekor haruan.

Jarjis – kata bangun kena buat : Ahmad telah menjarjis(kan) sebatang kayu untuk bersedia berhadapan dengan musuh.

Jarjis – kata sifat – Bik Mama telah cuba menjarjiskan mukanya dengan menggunakan botox dengan harapan dia akan dilihat cun.

Contoh Karangan: Seorang Ahli Parlimen telah menjarjis seorang pelayan di sebuah bar terkenal di Kuala Lumpur. Apabila si Pelayan wanita ini merasa punggungnya telah di jarjis maka dia terperanjat dan menjerit. Penjarjisan ini telah dilihat oleh beberapa tamu di dalam bar yang sama. Para tamu terperanjat melihat tangan Yang Berhormat ini terus menjarjisi walau pun pelayan bar itu telah menjerit.

Apabila Ahli Parlimen ini cuba meneruskan jarjisannya para tamu telah datang membantu si Pelayan.

Berita jarjis yang berlaku terhadap Pelayan bar ini telah dilaporakan media antarabangsa. Berita kes jarjis menjarjis ini menggemparkan rakyat Malaysia. Apabila media cuba mendapat pengesahan dalam kes jarjisan si jarjis ini , para media telah cuba dihalang. Ahli Parlimen ini telah merasa dirinya di jarjiskan oleh media. Lalu dia mengjarjis dan menghilangkan diri ke London.

Kes penjarjisan jarjis ini masih belum selasai. Si Pelayan yang bontontnya dijarjisi dikatakan akan menyaman si Ahli Parlimen yang telah menjarjisnya.

Jarjis - kata seruan : Cis jangan kau berani menjarjis aku!

Jarjis - kata janji : Jamaluddin bin Ahmad seorang nelayan telah bersumpah yang dia tidak pernah menjarjis bontot saekor ikan duyung.



41 ulasan:

hafiz berkata...

yeah! hidup jarjis! hahahahahaha lalu benarlah kata janda senah. pak mat kulup labon berpengalaman menjarjis dirinya semasa umurnya masih sunti lagi hahahaha

Tanpa Nama berkata...

di zaman dahulu kala, pada suatu malam - angin kencang. rumah Raja Mongol tiba-tiba gelap. Raja Mongol terus menJARJIS lilin/pelita di bawah katil. Raja Mongol gagal dalam JARJISANannya itu. beliau terus menJARJIS di dalam kelam.

Jarjis punya jarjis beliau terJARJIS satu macam bentuk bola warna putih. dengan tak semena-mena, bola putih itu tiba-tiba bercakap, "jangan lah JARJIS muka aku!".

Rupa-rupanya Raja Mongol terJARJIS muka Bik Mama.

Hikayat Mongoly Khan al-Jarjisan

Tanpa Nama berkata...

Boleh guna dalam SPM nanti

Tanpa Nama berkata...

Najib mengubah bajet 2009 tapi tidak mahu ianya dibahaskan?

http://paksako.blogspot.com/2008/11/finance-minister-najib-changes-figures.html

Life2110 berkata...

bro,
nak tambah perkataan baru:-
a) KJ - pabila gaya dan kata2 yang berdengung2 dan berapi2.
"Bik mama sungguh bangga pabila najib berKJ pada pagi tadi"..kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Bro Sham...

You really make my day..what a brilliant word!!! Hari ini dalam sejarah..kah kah kah...kah kah kah..(pinjam ketawa Bro)..sampai perut aku sakit...kah kah kah..

Tanpa Nama berkata...

Begitu keras sekali sindiran kepada DBP. DBPpun dah berkembang besar menjadi sebuah birokrasi besar juga, lalu tidak boleh berperanan memastikan penggunaan atau pembentukan bahasa Melayu/Nasional/Kebangsaan/Malaysiadengan berkesan dan berdigniti, apatah lagi kepimpinan Ketuanan Melayu tidak serius dengan matlamat itu. Jadi ia akan menyaran demi menyaran dari masa kesemasa agar kedaulatan bahasa Melayu/Nasional/Kebangsaan/Malaysiajangan diperlekehkan oleh sesiapa, tapi tak berani menegur pemimpin berkenaan. Tambah pula pemimpin di DBP kini adalah mereka atau kroni ketuanan Melayu termasuk YB JARJIS

Unknown berkata...

hambla sunggus si jarjis...kerek kerek tinggal kekeke

Tanpa Nama berkata...

wow! perkataan baru, boleh buat kamus baru ni...kamus bahasa melano (bahasa Melayu umno) untuk digunapakai dalam persidangan agung umno kelak bagi menggantikan bahasa Malaysia, baru hidup melayu! kah kah kah... jangan marah Pak Isham, saya ciplak ketawa pak isham khas untuk ketawakan beruk yang terlibat dalam kes menjarjis pelayan bar....

Tanpa Nama berkata...

wakakakakakakakakakaka!!

kah kah kah kah kah!!!

adoi!! aku sakit perut!! perutku dijarjis...

bro, lu memang lahabau betul la...

wakakakakakakakakakakaka!!!!

Tanpa Nama berkata...

Sdr Hisham,

Kah,kah,kah , sakit perut menahan ketawa.cukup lucu dan menghiburkan.terima kasih kerana kreativiti sdr dan teruskanlah dgn perkataan yg lain,yg mungkin akan lebih menghiburkan.

Tanpa Nama berkata...

tengok kamus inggeris macam jarjis=grope,fumble...tapi bila aku google image jarjis ..kuar muka org berjambang ..

Tanpa Nama berkata...

Bro, dah takde modal lain ke nak buat post. Nama orang 'Jarjis' pun nak diperkotak katikkan...Tak baik beb...

Tanpa Nama berkata...

kah kah celaka betui la hang pak isham ..hang betui2 la brilliant..ciss..aku jarjis jarjis perut aku sbb tak tahan nak ketawa sampai nak terkentut...kah kah kah .

Tanpa Nama berkata...

kah kah ,,hang betul betul celaka la pak isham..sakit perut aku...you are so brilliant la.. aku jarjis2 perut aku tak tahan nak ketawa sampai nak terkentut..lepas tu aku jarjis2 bontot aku tapi tak da bau la macha..kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Hi Tukar Tiub;
You sangat bijak dan sangat lucu.
Congrats on your one million.
Kalau U buka agensi Utusan Tukar Tiub, surely kalah Utusan Malaysia.
Reading you makes me intelligent :)

Tanpa Nama berkata...

Benar-benar lucu. Benarkah dia? Kalau iya, Mungkin si empunya badan tak patut buat apa yang dah dibuatnya jika tak mau namanya diperkotak-katikkan.

-Jibam

Anasir berkata...

Barisan Jarjis!

terbaekkkkk!

goddamn those who should b damn berkata...

farauk,klau x baik lu toksa bacalah.

3viL X eIjI berkata...

aKu KeSemPiTaN WaNg uTk MeMBaNtU VaLuEcAp.aKu BunTu.nAk rOmPaK DuIt TaBuNg HaJi TaKuT TimE MaTi NaNtI kUbUr TaK TeRimA.LaLu aKu MeNjArJisKaN TgN Ke Dlm PokEt KWsP.dPt La GaK 5 BiLiOn HasIl PenJaRjIsAnKu..-HiKaYaT WaK MonGoL-

Unknown berkata...

Jika anda menambahkan "kata" baru BM, maka kini saatnya saya memperkenalkan kata baru bhs Inggris yang diambil dari BM:

To Noord (V): the simple word to replace "Get out from Malaysia and Go Bcak to China or India"

Noorden (N): A man or woman who should go back to India or China ..

Tahniah to Mr. Zoolkifli Noordin (MP from PKR) for his contribution to English Langguage ...

Tanpa Nama berkata...

Si penajis telah merenjis najisnya ke bontot pelayan bar itu. Lalu si pelayan mendapat habuan najis oleh si penajis bagi menutup najis-najis yang telah dirensis oleh si penajis tersebut. Akibatnya, berita najis-menajis ini ditutup oleh media bagi menyelamatkan karier si penajis yang lebih dikenali sebagai jamaludin jarjis?

Tanpa Nama berkata...

best btul artikel bang hisham ni..memang lawak..saya suka btul dengan artikel2 mcm ni dr bang hisham

Tanpa Nama berkata...

This is definitely your trademark...cynical writings...I actually nearly believed that the word 'jarjis' means as written!! Gullible... or you are SO convincing!!
Classicaly ORIGINAL, like no others. I look forward to more lessons on the B.Malaysia/Melayu/Kebangsaan or whatever/whosever from you ....

Tanpa Nama berkata...

Hahahahhaa! Bro Hisham! This is brilliant!
Menjarjis ikan duyung! :) :) :) Kelakar cara you sampaikan kes Menteri Jarjis meraba pelayan cara buku teks BM!

Tanpa Nama berkata...

bro...mintak penjelasan berhubung bahasa yang kita gunakan sekarang ini,setakat ini ada pelbagai istilah yang telah digunakan untuk bahasa ibunda kita,tetapi yang mana satukah yang paling tepat??
A. Bahasa Melayu
B. Bahasa Malaysia
C. Bahasa Kebangsaan
D. Bahasa jiwa bangsa

budak2 sekolah sekarang belajar bahasa melayu atau bahasa Malaysia,masa aku sekolah dlu sekejap bahasa MeLAYU jap Bahasa Malaysia,,sebab itu banyak budak sekarang ini ramai yang x reti bahasa..Jangan salahkan mereka, sebab mereka x jelas ape yang dorang belajar kat sekolah.

Mohd Razib Ramili berkata...

Tuan,

Jangan macam bebudak. Main nama bapak orang.

Saya peminat Tuan tetapi tidak bersetuju penulisan yang ini dan saya tahu, Tuan pedulik apa dengan teguran saya.

Namun, saya cuma menegur seorang penulis yang saya gemar.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...Saya amat perihatin orangnya . Saya akui saperti pemunya blog ini juga, pernah mempunyai teman wanita, suka clubbing berseronok seadanya,pergaulan yang agak bebas mempunyai kawan-kawan yang berniaga kecil-kecilan menjual gambir serawak dibelakang mati "Chow kit" menuntut di menara gading dalam dan luar negara (negara yang mempunyai empat musim setahun) tapi maseh ingat pada ingatan dan ungkapan orang tua saya yang sentiasa bermain dipesarana akal "kemana dan dimana berada harus hurmat menghurmati jangan ambil kesempatan, tiada beza diantara yang berpangkat dan tidak semua sama, jangan sandarkan duit dan pangkat untuk membeli duniawi". Teruja rasanya ingin untuk me war-warkan ia itu perangai dan tabiat orang melayu memang suka meraba-raba dan teraba-raba hilang punca -Alangden

Tanpa Nama berkata...

hahaha sedang aku baca terjemahan jarjis, aku terjarjis-jarjis di bawah paha aku kerana aku merasakan ada seekor serangga yg cuba menjarjis aku. hahahaha. menarik2

Tanpa Nama berkata...

hahahahaha...kelakar betul haha...

bro Isham nanti lu datang tak kat sosialis event...dtg tau huhu

iceburn cartello berkata...

jis... jarjis... jis... jarjis...
akal sudah serong~
www.mindabersaru.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Celaka lahabau ..Bro Hisham penulisan yang menakjubkan.

Mungkin ni nak tunjuk betapa ngok bangang nya orang-orang UMNO. Kaki betina, Kaki songlap, kaki ngentot, kaki raba, kaki rasuah masih dipilih jadi calon pemimpin.

Sebab duit, orang - orang UMMNO sanggup jadi ngok sampai mampus.

my42u berkata...

tq bro, aku memang tak lepas buka komen2 dlm blog tukar tiub yang memang sinis.pasni ape kata bro cuba definasikan perkataan dalam perbezaan ayat PANDIKAR atau PENDEKAR, MULIA atau MOLIA.Bunyi ayat pandikar tu sekali dengar macam PKR betul tak bro.Sorylah pasal aku dengar bunyi ayat tu pelik lah agaknya orang yang guna nama tu memang pelik tak?

miyammor berkata...

haha!

a very practical word to be use in our daily life..

u really hv a contaminated mind kan?
lovin' it.

Kieng Meng berkata...

ya ampun...aku membaca posting ini sambil gelak terguling-guling..adehhh krem perut..

Ted Torrence berkata...

Aku coba terjemah artikel Tuan ke dari B. Malayu ke B. Inggeris ... Sila enjoy kat http://thextalks.blogspot.com/2008/11/from-malayau-to-inggeris.html

Tanpa Nama berkata...

sudah isham..ko pun bukan aku tak kenal..tak pernah kawin tapi suka mengentot..main anak dara orang..minum arak bagai nak rakk..ko tak takut ke hidup dalam dunia gelap ko tu..penuh dosa dan maksiat..konon nak jadi pejuang sosialis..kalu mak bapak ko ada mesti diorang sedih kan..sementara masa ada lagi ni ko taubat la..tinggalkan arak dan free sex tu..

Tanpa Nama berkata...

sudah isham..ko pun bukan aku tak kenal..tak pernah kawin tapi suka mengentot..main anak dara orang..minum arak bagai nak rakk..ko tak takut ke hidup dalam dunia gelap ko tu..penuh dosa dan maksiat..konon nak jadi pejuang sosialis..kalu mak bapak ko ada mesti diorang sedih kan..sementara masa ada lagi ni ko taubat la..tinggalkan arak dan free sex tu..
_______________________________
hek elleeeeee..ni mamat pas mana ni.dunia dah majulaa brader..musuh utama kita umno tau dak..tak ksh ar wat papepon janji bjuang ttp bjuang..lawan ttp lawan..mane tau org ckp mati dlm bjuang ni mati syahid arr. isham minum arak ke free sex ke..org pas gak byk amik ilmu pmbacaan politik dia.so, ni bkn isunya,,psl mcm meritokrasila kirenye ek??nk amik yg tk terer ke terer..lgpn yg bezanye kat palsapah je kot ek?jgn tgk luar ma..tgk ati!!!

Kurt berkata...

Pada hari pelancaran roket Souyz ke angkasa lepas, Menteri Sains , Teknologi dan Inovasi telah menJARJISkan tangannya ke badan roket tersebut sebagai perasmian Malaysia meJARJISkan angkasa lepas...WARGH KAH KAH KAH!!!

Rock Oi! berkata...

isam, jarjis ni ada satu lagi maknanya...benda ni famous kat negara arab..daun jarjis,sejenis daun yg rasanya pedas,,di makan bersama daging dan roti nan..hahaha...weh,ko mmg lawak spontan ah..pasal tu aku suka bukak blog ko..cun!

Tanpa Nama berkata...

saya gagal melihat apa yang lucu sangat. dok berkah kah kah ke hulur, berkah kah kah ke hilir tapi tak lawak mana pun.

teknik menggantikan nama orang dengan sesuatu maksud lain ini telah lama digunakan dalam majalah Ujang dan lain-lain. dengan kata lain dah basi.

forum/blog Inggeris pun sama. LOL ke hulu, ROTFL ke hilir tapi benda tu biasa-biasa saja. saya takut anda mencairkan makna perkataan kah kah kah itu bila diguna pada masa yang tidak sesuai tapi lebih kepada syok sendiri. pirahhhhhh!

HeHeHe
(sekadar pseudonym)