Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 5 November 2008

BERITA BODOH !!! PAPAN TANDA : GGMM SAMAN KERAJAAN P.PINANG - melayau


PULAU PINANG 4 Nov. �Ahli Exco Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Nik Rizman Sapian hari ini memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung tindakannya meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memasang papan tanda pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan di Georgetown.

Beliau yang bertindak sebagai plaintif menamakan MPPP sebagai defendan pertama manakala kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai defendan kedua.

Nik Rizman menuntut deklarasi mahkamah bahawa tindakan defendan kedua meluluskan permohonan defendan pertama untuk memasang tanda nama jalan raya dalam pelbagai bahasa bagi kawasan Georgetown adalah bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga menuntut injunksi bagi menghalang defendan pertama atau wakilnya daripada memasang papan tanda tersebut.


kah kah kah kah… GRADUAN…. kah kah kah….EXCO… kah kah kah….PLAINTIF…. kah kah kah…. DEKLARASI…. kah kah kah… DEFENDAN…. kah kah kah…. INJUNKSI… kah kah kah…. semua ini bahasa apa?... kah kah kah…

kah kah kah…. satu lagi kumpulan mamak nasi kandar kena mad cow disease…. kah kah kah…. ni

woit munkeee bila nak saman UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION kerana tak pakai PEKEMBAR…. kah kah kah…



15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak kena tukar nama Georgetown jadik 'Bandar George' kot,,

Tanpa Nama berkata...

Gerombolan Graduan Melayu Caplak menyokong penuh supaya papantanda ditulis dalam Bahasa Arab supaya semua org tak faham ......

Persatuan Melayu Hipokrit menyokong penuh supaya Berak Husin Obama dilantik sebagai Melayu kerana dalam nama dia ada Husin .... lagipun dulu dia duduk kat rumpun Melayu walaupun di Jawa

Bila VC bodoh, professor kangkung, apalagi graduan turut jadi tok pekong lah....

Saya bagi pihak Persatuan Graduan Cina seluruh India menyokong penuh tindakan Gerombolan Graduan Melayu Menganggur menyaman Kerajaan Pulau Pinang kerana Melayu itu tuan di seluruh dunia dan mungkin juga di planet Marikh

Pada masa sama berhentilah bermain yoga dan pakai seluar

bik najis berkata...

oi GGMM korang graduan mana??
sintok ke?? hua hua hua
GGMM nak saman bape juta??
RM1juta ke..dapat duit jgn lupa belikan bik mama jam tangan dari mamat swaziland..
wahai graduan2 yang bijaksana,
kt KL bukan ke byk papan tanda berbilang bahasa, kenapa GRADuan2 x mau saman..

Tanpa Nama berkata...

mereka2 itu telah jadi semakin rabun,tuli kemudiannya buta,semua perkara dan benda baru (baik) daripada pakatan rakyat akan dikira dosa besar disisi islam hadhari,padahal merekalah akan lenyap dibumi ini...

-surah al ameno ayat aku tak ingat..hihihih

Tok Uban berkata...

cuba check, malaun ni mesti orang umno..dah malu nak guna nama umno, sebab rakyat dah tak percaya lagi, dia orang tubuhkan NGO...tapi, tambahkan K kat belakangnya ...jadi bunyilah...NGOK...kahkahkah...

ktsk88 berkata...

Tapi Bandar George tak boleh jugak kerana George tetap bahasa English. Entah apalagi yang nak disaman lagi.

Kah kah kah kah. Fikiran sempit mamak semua ni.

d'Frog Prince berkata...

mana boleh georgetown tukar jadi bandar george? george masih inggeris aper? bandar ???? (pinang, tanjung, utara) barulah betul.

yang bantah bodoh (BN), yang buat pun bodoh (DAP). berapa kerat orang yang tengok signboard selain dalam tulisan Roman (oh, tulisan Roman pun bahasa kebangsaan ke, pinjam dari penjajah?)

www.tmithomas.blogspot.com

org kampung berkata...

Kat Putrajaya tu sapa pulak nak kena saman? Presint-presint tu apa maknanya?

Tanpa Nama berkata...

Bahasa Malaysia ialah Bahasa Kebangsaan. Tulisan roman adalah tulisan. Betulkan jika saya salah, tapi kalau tak silap saya tulisan jawi adalah naskah asal untuk Bahasa Melayu yang diterapkan menjadi Bahasa Kebangsaan. Tulisan jawi bukan Bahasa Arab. Jadi kenapa tak boleh kalau ditulis menggunakan tulisan roman dan jawi (sebagai naskah asal dan lantas ada nilai sejarah dan kebangsaan)? Semua kena dibahagikan kepada Melayu, Cina dan India kah? Kalau macam itu lebih perkauman lagi jadinya..!

Harap jangan salah faham. Saya tak bermaksud menyokong tindakan saman. Maksud saya ialah TIDAK menyokong papan pelbagai bahasa yang menggalak sifat perkauman.

Dan satu lagi; 'George' ialah nama khas..! Tolonglah berbincang dengan lebih munasabah dan berpengetahuan.

-Jibam

goddamn those who should b damn berkata...

pabila anjing(ggmm) peliharaan tuan (umnoharamjadah)disuruh menyalak, maka menyalaklah dia.

3viLXeIjI berkata...

aSIk2 sAmAn..tAk bOrinG Ke?tAkde kEje laIn..mCmlA yg sAmAn2 tU BaGus Sgt!!bAngAng Tol..sEnGal..HamJaDah..

Rustam Ariffin berkata...

Relax bro,

Bertenang sket. Baca dulu blog ggmm tu. Gua dulu ingat ggmm ni barua k'jaan gak. Tp slp saman k'jaan penang, depa pun sdg pertimbangkan nak saman k'jaan malaysia pasal isu klcc, klia, palace of justice. Bg depa masa dulu bro. Lu ni pun satu, buat malu org pilah yo! Terpekik terlolong kat dlm blog, tp apa lu bikin? Goyang teloq? Lu pegi la jumpa bebudak ggmm tu, advise depa apa nak buat. Lu ni pun sama gak dgn yg lain. Cheh.

hafiz berkata...

kita perlu merayakan kepelbagaian bahasa. merayakan kepelbagaian bahasa beerti merayakan penciptaan tuhan. tuhan orang islam hadhari memang suka bahasa melayu je. susahla nak cakap dengan manusia mcm ni.

Tanpa Nama berkata...

saje diorang tu nak masuk muka dalam berita utama... kasi peluang la.. mana tau nanti dapat perniagaan dari pekembar

Tanpa Nama berkata...

Setelah melalui pengalaman yang berbeza, manusia akan membentuk pendapat yang berbeza-beza tentang isu yang sama. Saya amat suka Bahasa Malaysia (atau Bahasa Melayu) digunakan secara meluas dan besar-besaran kerana ini adalah bahasa kebangsaan. Perlu atau tidaknya kita berdebat tentang layakkah bahasa ini menjadi bahasa kebangsaan, saya pun tak pasti. Yang saya pasti, bahasa melambangkan bangsa. Bagaimana kita nak mempunyai bangsa yang 'satu' kalau bahasa kita ada pelbagai? Bukan menidakkan kepelbagaian ya, tapi lihatlah tempatnya. Kalau semua kita bahagikan sama rata, rata kah jadinya?

Pengalaman.. Saya sudah beberapa kali ketemu pelajar-pelajar seuniversiti dengan saya yang tidak tahu menyanyi lagu Negaraku. Bagi saya pilihan kita sekarang adalah sama ada kita perkenalkan lagu kebangsaan kita ini dalam bahasa lain, atau kita perbesarkan peranan dan fungsi bahasa yang sudah kita nobatkan sebagai bahasa kebangsaan.

Saya setuju sekali dengan konsep adil dalam Islam; meletakkan sesuatu pada tempatnya. Harap fikir-fikirlah; wajarkah kalau kita pelbagaikan bahasa di papan-papan tanda di negara kita? Kenakah pada tempatnya kesamarataan yang sebegitu?

-Jibam