Isnin, 26 Januari 2009

EKORAN ISU DERMA LEMBU, KHALID MAHU DEDAH BELANJA BN - mStar


KUALA SELANGOR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau akan mendedahkan dokumen membabitkan perbelanjaan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Beliau berkata, tindakan ketua pembangkang dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang mendedahkan dokumen mengenai pembiayaan lembu korban baru-baru ini telah mendorong beliau untuk melakukan tindakan yang sama.


kah kah kah…. ini baru betul… kah kah kah…. bagi rakyat tahu…. macam mana duit rakyat selangor di gunakan oleh wak botox…. kah kah kah…


woit… wak botox...rakyat selangor nak tahu … apa jadi dengan tanah 200 ekar itu… kah kah kah…

woit…. wak botok...rakyat selangor nak tahu…. berapa harga penyapu itu…. kah kah kah…

woit…. rakyat selangor nak tahu…. kenapa penyapu itu tidak di pulangkan…. kah kah kah..




9 ulasan:

Quantum Metal Consultant berkata...

Bebal juga hotak MB ini - benda yang salah tetap salah, mengaku silap dan salah dan lepas tu dedahlah apa yang patut didedahkan, bukannya bercakap sejak jadi pembangkang sampai jadi kerajaan - nak dedah tapi habuk pun tarak.

Dulu kata Khir Toyo rasuah dan seleweng, mana bukti, dedahlah le..

Buatlah tindakan segera, jangan lengah dan gagap, PRU13 makin hampir, rakyat sedang menilai.

Tanpa Nama berkata...

dedahkan..kami rakyat selangor nk tahu,tangkap wak botox ni..perabis harta rakyat je..xsbr rasa nye

Tanpa Nama berkata...

Bro,
Kong Hee Fatt Choy kepada semua penduduk Malaysia berbangsa Cina.Semoga kita semua mendapat rezeki dan kebahagiaan di Tahun Baru ini.
Agak menarik juga apabila YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Ibrahim mahu mendeddahkan dokumen membabitkan perbelanjaan kerajaan negeri Selangor semasa di bawah pemerintahan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo.Apa yang menariknya ialah sudah pastinya pendedahan itu akan menggemparkan semua pihak, terutamanya mereka yang terbabit.
Selama pentadbiran Selangor di bawah Khir Toyo, memang banyak projek-projek mega yang telah diusahakan kononnya atas nama pembangunan. Tetapi, siapakah yang mendapat manfaat besarnya? Tentulah kroni-kroni yang berlingkaran di sekeliling pemimpin-pemimpin UMNO pada masa itu.
Siapa tidak tahu projek mega SELANGOR FRUIT VALLEY.Sebelum ini masyarakat telah digembar gemburkan bahawa kerajaan Selangor waktu itu menyekat pengeluaran permit permit-permit balak kononnya untuk menjaga enviroment dan sejuta satu macam alasan seolah oleh untuk menggambarkan bahawa kerajaan waktu itu prihatin dan telus.Tetapi pimpinan UMNO di bawah Khir Toyo amat cerdik, dalam ertikata cerdik mempandirkan rakyat terutama orang-orang UMNO sendiri yang tidak nampak maksud yang tersurat.
Atas putar belit beliau dan pimpinan UMNO negeri, maka diisytiharkanlah kerjaan negeri akan melaksanakan projek mega SELANGOR FRUIT VALLEY. Maka hutan rimba ribuan ekar berhampiran Batu Arang-Ijok telah dinodai dan dimusnahkan oleh jentera-jentera berat dengan alasan untuk membersihkan kawasan bagi dijadikan tapak pertanian.
Bro,
Persoalan sebenar mereka dan kroni-kroni mereka adakah untuk membolot hasil-hasil pembalakan di kawasan berkenaan.Ke mana perginya balak-balak di hutan tersebut?Siapa membolotnya?Berapakan hasil yang masuk ke dalam kantung perbendaharaan negeri dan berapa pula yang masuk ke kantung pimpinan UMNO negeri? Memang cerdik mereka memperbodohkan dan mempandirkan rakyat Selangor!!! YAB Tan Sri MB boleh mendedahkan perkara ini dengan lebih terperinci lagi.
Bro,
Itu baru disentuh tentang satu projek yang mana kalau hendak disentuh lain-lain projek rasanya mungkin boleh dibuat jilid dan edarkan semasa Perhimpunan Agung UMNO nanti. Biarkan orang-orang gerombolan UMNO celik sedikit.
Kepada KHIR TOYO,
Bersyukurlah kamu atas apa yang Allah telah anugerahkan kepada kamu.Walaupun kamu anak Indonesia (Kedua orang tua kamu masih pakai PR-Penduduk Tetap)tetapi kamu telah berjaya dengan begitu jauh sekali sehingga mengalahkan anak warga asal Malaysia sendiri. Tolonglah hentikan sikap kamu yang suka melaga-lagakan orang terutama anak-anak Malaysia jati yang sedang dalam proses memulihkan kembali martabat dan maruah negara kami ini.
KHIR, Hentikanlah temberang dan cucukan jarum bisa kamu demi kebaikkan negeri Selangor yang dicintai.Janganlah kamu santau jiwa warga Malaysia yang berdaulat ini. Hentikan sandiriwara dengan GERAK. Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membina negeri Selangor yang makmur.
KHIR, Tanyalah diri kamu sendiri, apakah pembangunan yang telah kamu buat untuk kawasan kamu sendiri di Sg Besar, Sabak Bernam selama kamu menjadi MB? Cukupkah dengan projek emping dan kerepek yang kamu suap untuk penduduk luar bandar di sana? Atau cukupkah dengan hanya membesarkan jalan Sabak Bernam - Klang (yang projeknya dikaut oleh kroni kamu)telah kamu anggap sebagai kejayaan mega?Atau cukupkah kamu berbangga dengan Universiti Selangor di Batang Berjuntai (Bestari Jaya -sekarang)yang tidak segah mana pun? Cukuplah KHIR.Hormatilah pilihan majoriti rakyat Selangor. Janganlah kamu ulangi kesilapan kamu menghina orang Melayu dengan penyapu.(Maaf - mungkin kerana kamu telah dibesarkan Malaysia tetapi adab dan adat kamu masih Indonesia)
BRO,
Pakatan Rakyat perlu sekarang ini menguatkan komitmen mereka bagi menjadikan Selangor dan Malaysia amnya ke arah negara yang menghormati kuasa rakyat.
KUASA RAKYAT RACUN PALING BISA, PENAWAR PALING AFDAL.

Dari lubuk hatiku..RIDER

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Tan Sri Khalid, jangan bagi chance kat puak-puak BN ni ..

Saya percaya mesej dah sampai, Khir Toyo senyap je, newspaper pun tak main issue ni lagi.

Simpan untuk 13th GE. Hehe.

aoazmi berkata...

Saya dah lama dah tunggu tentang ura-ura kerajaan PR ni nak LONDEH tp sampai sekarang dok senyap. Tak payah sembang dalam Dewan Negeri, terus lapor saja dan dedah dengan bukti sekali, biar rakyat menilaikannya. Kalau polis tak ambil tindakan pun tak apa. Tunggu PRU 13 akan datang atau mana-mana PRUK.

Dedah jangan tak dedah! Biar khir toyo kepanasan. Kita tengok siapa yang kena!Biar berbuih mulut dia menjawab. Untung-untung silap jawab, dia masuk kedalam!

Salam semua.

Tanpa Nama berkata...

bebal betul kluangman ni, macam lembu.

hang belum baca ke kenyataan YB Nik Nazmi? kalau dah baca, apa yg hang cakap "benda yang salah tetap salah"?

kalau tak tau perkembangan, tak perlu tunjuk pandai, nanti malu diri sendiri.

Tanpa Nama berkata...

tan sri khalid, bila lagi nak pancung kepala kroni mat botox dalam PKNS and badan2 kerajaan selangor?

jangan tunggu lama2. nahas nanti.

Tanpa Nama berkata...

kalau nak dedah tu memang boleh..nak report apa pun semua boleh..tapi kalau mau dakwa kat mahkamah tu agak mustahil selagi AG Gani Patail masih berkuasa.

kuasa mendakwa hanya ada pada AG..biapun fail pada BPR memang positif.

bagus jugak didedah korupsi si Toyol.
Dia naik jadi MB dulu hanya pada usia 35 tahun..bukan pasal kompetensi tapi pasal senang ikut arahan Pak Mahat.

kalu wa jumpa dia nescaya wa jotos kepala dia!

Tanpa Nama berkata...

Bro Hisham,

Pasal ni saya kurang yakin pada TS Khalid ni,selagi dia sendiri tak tersumbat ke dalam penjara dek org Umno,selagi tu soal dedah mendedah ni tak akan dia lakukan,dia ni cukup sayang pada org Umno terutama Khair Toyo tu.Dah banyak kali dia cakap,tapi habok pun tarak.Saya mungkin tepuk tangan kalau TS Khalid ni terjerat dek puak Umno tu.