Rabu, 3 Februari 2010

UNTUK HATI ANAK-ANAK MUDA




HATI IBU KEPADA ANAK




HATI ANAK KEPADA AYAH

Tarikh: 2 Februari 2010

Teman-teman seperjuangan sekalian,

Perbicaraan ini merupakan satu percubaan jahat yang bukan sahaja berniat untuk menghina dan menghancurkan karier politik ayah, tetapi juga keutuhan keluarga kami. Perbicaraan ini sekali lagi mengingatkan rakyat tentang penglibatan Peguam Negara, pimpinan tertinggi UMNO dan Ketua Polis Negara dalam perencanaan konspirasi 1998 – dan tentunya pembabitan mereka di dalam kes terbaru ini.

Saya ingin menegaskan dakwaan bahawa kes ini sebenarnya dilengah-lengahkan datang dari pendusta, pemfitnah, dan mereka yang sememangnya tidak faham atau arif tentang sistem perundangan negara.

Sewaktu kes di bicarakan di mahkamah majistret, Peguam Negara bersungguh-sungguh memohon agar kes tersebut dipindah untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Permohonan tersebutlah yang merupakan satu bentuk penangguhan – yang dipinta oleh MEREKA!

Kita semua maklum bagaimana ayah diminta membela diri oleh mahkamah walaupun bukti penting yg menunjukkan wujudnya kes prima facie tidak diserahkan kepada beliau. Ini bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang jelas menetapkan kewajipan pihak pendakwa berbuat demikian.

Justeru ayah terpaksa menggunakan saluran mahkamah untuk mendapatkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan penuh dimulakan. Malangnya kami pula dituduh cuba untuk melengah-lengahkan kes.

Amat mendukacitakan rayuan kami ke Mahkamah Tinggi untuk membatalkan tuduhan terhadap ayah turut ditolak sungguhpun bukti menunjukkan dakwaan wujudnya elemen “kemasukan” adalah tidak berasas. Selain itu, Mahkamah Rayuan sehingga ke hari ini masih belum menetapkan tarikh perbicaraan.

Sudahlah ayah dinafikan akses terhadap bukti-bukti untuk membela dirinya. Ditambah pula dengan rayuan ke Mahkamah Tinggi yang ditolak serta permohonan kami agar keputusan itu disemak oleh Mahkamah Persekutuan, mana mungkin perbicaraan ini boleh diteruskan?

Kami tidak mengharapkan belas kasihan dari para konspirator tetapi setidak-tidaknya janganlah menuduh kami menggunakan proses mahkamah untuk melengah-lengahkan kes sedang kami sedari awal maklum keputusan mahkamah tidak akan memihak kepada kami. Hormatilah hak kami untuk menggunakan saluran mahkamah demi menegakkan keadilan. Sesungguhnya kami juga mahu keaiban kedua ini berakhir secepat mungkin agar kami dapat menjalani kehidupan seperti insan lain.

Sungguhpun demikian, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang masih terus menyokong kami dalam usaha mengembalikan maruah kami sekeluarga serta maruah negara dan bangsa. Doa dari tuan-tuan Allah sahaja yang dapat membalasnya dan sesungguhnya percayalah kebenaran akan pasti tertegak.Ketabahan dan kesabaran harus diteruskan, terutamanya bila terbayang wajah Mursyidul AM PAS, YAB Menteri Besar Neg Kelantan, AL Fadhil Dato’ Tuan Guru Nik Aziz pagi tadi – hadir bersama , menolak fitnah. Moga Allah SWT berikan kita kekuatan.


NURUL IZZAH




10 ulasan:

Aril Cantona berkata...

aku jeles la dengan member aku yang sorang tu,yb dia cun doh..masih bergetah walaupun dah ada anak..

tu baru yb..belum awek lagi hahaha!

weh,malaysia apa kabar?kerja angkat tilam lagi ke?hahaha!

Tanpa Nama berkata...

Alahai kenapa negara kita sudah menjadi begini. Tiada "rule of the law". Ramai orang Melayu tak faham apa benda itu?. Bukan boleh salahkan orang Melayu kerana sudah lama berada di bawah penjajahan dan kuasa-kuasa luar. Rule of Law dalam negara demokratik ialah "menjaminkan sebuah insitusi kehakiman yang bebas dari dicemari oleh politik sesebuah negara". Ia juga bermakna "kuasa yang kita telah beri melalui undi dipilihanraya kepada parti politik yang berjaya membentuk kerajaan boleh dikawal selia oleh insitusi kehakiman Negara".

Senang ceritalah...Dalam negara demokrasi, mahkamah boleh kawal kerajaan yang memerintah supaya hak asasi induvidu boleh dipertahankan mengikut Perlembagaan negara.Tetapi sekarang sudah jadi terbalik di negara kita, kerajaan pulak kawal mahkamah. Jadi kerajaan punya sukalah apa dia nak buat. Jadi Parti Pembangkang susah nak hidup...bila-bila pun tak boleh menang. Inilah telah berlaku dalam lebih 50 tahun di negara Tanah Melayu. Orang Melayu tak kesah mcm aiman tak kesah..Jadi saudara Anwar yang cari pasai ini cuba sedarkan orang Melayu. Tetapi orang Melayu kat negara ini kata kita lama dah melutut dan panggil "TUAN" dan "Yes Master" kenapa pulak anwar nak ubah ini..sapa boleh lawan UMNO. UMNO + RAJA + POLIS = TANAH MELAYU. Malaysia ini bukan kerajaan fuedal...kerajaan fuedal itu pakai Raja Gopal, bERSIDANG KAT iSTANA BUKAN di pARLIMEN. Itu dia punya suka apa dia mau buat dengan negara ini di panggil "Authoritian Rules"...Rakyat ada makan tak makan dia tak peduli..siapa pun tak boleh tanya dia..kalau tanya kepala potong..hait!. Tapi dia mahu pakai itu jet peribadi untuk makan angin di Eropah...habis duit main judi talipon kat Menteri dia top-up dia punya kredit card. Kalau menang dapat beli bot merah mat salleh mabuk punya, suruh itu Navy bawa balik bot itu buat tukun tiruan ikan air tawar kat sg. Pahang. Ramai orang Melayu sekarang sudah mula mintak rajagopal ambil balik kerajaan ini. Jadi perlembagaan negara buat apa?..buat sup campur tongkat Ali?.

Betulah TT susah nak fahamkan orang Melayu ini tentang politik..balik-balik ketuanan Melayu, balik-balik UMNO the best..Raja Gopal paling bagus memerintah..Cakap pasal Islam dan agama..kami dah buat Mesjid Kristal..nasib baik emas dah tak ada, kalau ada dia orang buat kubah emas siuul!. Bosan nak tulis lagi..mcm mana TT tahan nak fahamkan bangsa kita tak tahulah...Sedih dengan surat anak Ibrahim dan cucu...dulu Ibrahim Libya..kena tembak mati mcm itu je!..kini anak IBrahin dibawa hulu ke hilir percaya cakap dgn budak gay dan drop-out dari Universiti itu. Muka pun nampak sangat muka pembelit si Saiful itu..entah berapa masuk akaun swiss bank lepas ini..sembang pasai biasiswa konon..piii dah!. Lain kali anak saya tak dapat biasiswa nak jumpa PM boleh?...Anak Cucu Ibrahim orang Permatang Pauh sentiasa doakan kamu sekeluaga..kalau boleh orang Pas buatlah sembahyang hajat sikit..untuk keluarga Pak Ibrahin nie...respect brother TT!. Sekali berjuang tetap jadi pejuang. Reformasi..inilah anwar laungkan.Salah kah?. Orang syok dengan Reformasi kerana Budak-budak universiti sana pejuang asli di latih Mahatma Ghandi. Di negara Cina ingat Tein Min?..pasai itu Chuah semangat dia lain.

Tanpa Nama berkata...

tuan tt..

buat kali pertama saya baca laman tt dan mengalir air mata...:`)

Tanpa Nama berkata...

Superhero mestilah kalah masa mula-mula citer. pastu dah dekat ending mesti menang punye...

http://askepo.blogspot.com

mat yee berkata...

gendang sudah dipalu...semboyan sudah dibunyikan...

REFORMASI ke-2 sudah diundang...


kepada pejuang2 kebenaran dan keadilan,hayatilah rangkap ini....

"Aux armes, citoyens,
Formez vos bataillons
Marchons, marchons !
Qu'un sang impur
Abreuve nos sillons !"

from: La Marseillaise

Tanpa Nama berkata...

insyaAllah semua ini akan menjadi mimpi ngeri buat penfitnah. semoga hidup mereka tak pernah aman dan penuh dgn penyakit jiwa..Amin..

Tanpa Nama berkata...

Wahai pemuda dan pemudi islam, bangunlah di waktu 2/3 malam. berdoalah bersama2 semoga Allah yang memiliki Arash yang agong mengacau bilaukan barisan penfitnah2 dan pendusta2 ini. Jadikan tipu daya mereka bahan ketawa oleh warga semua

Tanpa Nama berkata...

Salut TT. Salut anak-anak muda. Salut kebenaran ...

Saiful berkata...

senor tt, kelu saya la ni..sedih sungguh ...

Mat Lendir Kg Lonek berkata...

Ingatlah selalu:

Setitik air mata yang tumpah daripada perjuangan ini adalah sejuta bekalan semangat buat serikandi reformasi bangsa.

Jangan pula lupa:

Imam Nu'man Ibn Thabit Rahimahullah wafat di penjara kerana menegakkan pegangan dan agamanya.