Jumaat, 5 Mac 2010

SATU ARAHAN BARU !




ARAHAN: IKAN MASIN WAJIB KURANGKAN GARAM UNTUK MENGELAK DARI DARAH TINGGI




JOHOR : HARGA IKAN NAIK MENDADAK DI MUAR

Harga ikan di sini meningkat secara mendadak semalam berikutan pengimport mula memboikot kemasukan ikan daripada Thailand dan Indonesia mulai Isnin lalu disebabkan tidak bersetuju dengan langkah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mewajibkan ikan yang diimport perlu disimpan di dalam kotak berinsulasi.

Kira-kira 20 peratus daripada 500 nelayan laut dalam sepanjang Muar-Bagan bergegas ke laut semalam untuk menangkap ikan berikutan keputusan LKIM, namun kurang separuh daripada mereka mampu mendapatkan pulangan modal cukup makan bagi kos perjalanan pergi ke laut yang dianggarkan RM200.

Penjual ikan di Pasar Parit Jawa, Lim Ah Hong, berkata walaupun harga ikan baru kembali stabil selepas musim perayaan Tahun Baru Cina, ia mula melambung semula sejak Isnin lalu apabila pemborong memboikot ikan daripada Thailand dan Indonesia.

“Harga ikan melambung antara 15 hingga 20 peratus. Ikan tenggiri contohnya, hanya RM16 setengah kilogram sebelum ini tetapi kini menjadi RM18.30. Ikan cencaru pula naik 80 sen sekilo berbanding harga sebelum ini RM5.

“Bagi ikan yang besar pula seperti ikan merah dan kerapu kini berharga RM38 sekilo berbanding RM36, manakala ikan bawal mencecah RM35 berbanding RM32. Harga ikan dijangka melambung lagi menjelang Rabu dan Khamis ini berikutan stok ikan tempatan mulai berkurangan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Naib Pengerusi Persatuan Nelayan Muar-Batu Pahat berkata, Tan Yong Hwee, berkata boikot yang dilakukan ketika hasil tangkapan kurang memberangsangkan turut menjejaskan pendapatan nelayan.

“Apabila berita boikot diterima, nelayan bergegas ke laut untuk menangkap ikan tetapi hasilnya sungguh mengecewakan apabila hasil tangkapan di Selat Melaka sangat berkurangan berbanding dulu,” katanya.

KAH KAH KAH


woit... APA PUNYA MENTERI BAGI ARAHAN MACAM INI...kah kah kah..

woit...APA PUNYA MALAON....kah kah kah..

woit... INI PROJEK KRONI... kah kah kah..

woit... TAK ADA FASAL CARI FASAL.... kah kah kah...

woit... TAK ADA KERJA ...BUAT KACAU... kah kah kah..

woit....MENYUSAHKAN ORANG RAMAI... kah kah kah...

woit... TAK ADA KERJA PERGI HANTUK KEPALA PADA DINDING...kah kah kah

kah kah kah... JANGAN BAGI SUSAH ORANG RAMAI... kah kah kah..

nota:
bila harga naik
pasti akan keluar nasehat
makan ayam dan sayur lebih baik dari ikan.

bila harga harga beras naik
pasti akan keluar nasehat
makan roti lebih baik dari nasi

bila harga leterik naik
pasti akan keluar nasehat
lampu minyak tanah lebih baik dari lampu leterik

bila harga barang naik kerana cukai
satu Malaysia tunggu kenyataan mat mongol
makan sehari sekali lebih sihat
kerana akan slim macam ziana zain kah kah kah




6 ulasan:

Lang berkata...

"anlene" susu rendah lemak,
"pal sweet" rendah gula,
"nohjeep ikan masin" rendah garam...

Tanpa Nama berkata...

Sejak datok aku lahir sebelom merdeka sampailah umur aku dah lebih setengah abad ni, tak pulak aku dengar pakai tong kayu dan tong plastik boleh menyebabkan kanser ke atau sakit jantong sebab makan hikan.

Baru-baru ni pulak aku dengar tak baik kalau guna tong plastik tak berinsulasi. Naik heran pulak doktor mana yang bagi nasehat tuh.

Kalau datok aku hidup lagi, dah tentu dia pengsan 8 kali.
(sebab harga ikan tong insulasi lebih tinggi dari harga ikan tong kayu)

Bangau betol doktor yang bagi nasehat tuh!

Tanpa Nama berkata...

Elleh! apa nak heran daa!

kat poket kita orang ada 35 sen lagi laa
ikan naik setakat 5 hinggit sekilo pun kita boleh cover lagi laa
tarak heran punya!

Tanpa Nama berkata...

Nota 1:
Januari - kerajaan akan menarik subsidi minyak kerana tidak mampu lagi menanggung subsidi berbilion ringgit.

Nota 2:
Mac - kerajaan tak jadi menarik subsidi kerana kerajaan ini amat baik, prihatin dan memahami kesusahan rakyat. Inilah kerajaan yang baik pada rakyat kerana tidak menaikkan harga minyak.

Nota 3:
"SENDRIK BUKAK ISU, SENDRIK TUTUP ISU, SENDRIK CAKAP SENDRIK BAIK"

Bila la melayu ni nak pandai?

Tanpa Nama berkata...

tu la pasal..tak de pasal cari pasal..yg nak tukar tong akan tu ape pasal? PRU 1 orang tak undi kau baru menyesal. macam dajalll

Mat Lendir KgL berkata...

bodoh tak boleh diajar
pandai tak boleh diikut

dasar-dasar yang ditentukan oleh sekelompok kecil individu tanpa rundingan dengan rakyat seperti inilah yang menjadikan rakyat semakin papa kedana

Tanda-tanda be end dah akhir zaman bila kelompok kecil menguasai kelompok rakyat majoriti

satu malaysia rakyat ditongkan

Tunggu sahajalah padahnya di PRU13
masukkan be end ke tong insulasi