Jumaat, 5 Mac 2010
BUDAYA BODEK
INI SEKOLAH YANG BAIK - MURID PEREMPUAN PUN BOLEH MAIN BOLA
TIMUR : SEKOLAH DIMINTA SEDAI PROGRAM GALAK MEMBACA – berita hairan
Pentadbir sekolah diminta melaksanakan program bagi menggalakkan amalan budaya ilmu di kalangan pelajar sebagai usaha melahirkan generasi yang tidak terpengaruh dengan masalah gejala sosial.
Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Daerah, Mohd Nadzri Abd Wahab turut menyarankan supaya Guru Besar merancang program pembangunan pendidikan di sekolah secara berterusan yang menepati perkembangan serta kehendak pelajar.
Malah, saranan PPD Temerloh itu bertujuan membentuk pelajar cemerlang sahsiah diri serta akademik selaras hasrat memajukan negara menjelang Wawasan 2020.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Abu Bakar Mentakab, Salim Rantau, berkata program budaya ilmu perlu lebih kerap dijalankan di peringkat sekolah untuk mendidik pelajar supaya memahami konsep menuntut ilmu.
"Oleh itu, generasi muda akan menjadikan budaya membaca sebagai amalan dalam kehidupan sekali gus membantu membentuk keperibadian,” katanya ketika ditemui pada majlis Mesyuarat Perancangan Tahunan 2010 peringkat daerah ini, di sini kelmarin.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang, Hasan Mohd Amin berkata budaya ilmu perlu disemai dalam jiwa pelajar supaya mereka menjadi generasi yang cemerlang.
Justeru, katanya, pihak sekolah perlu mempelbagaikan program untuk memastikan pelajar sentiasa mengamalkan budaya ilmu supaya ia selaras dengan hasrat kerajaan yang inginkan pelajar menjadi insan cemerlang.
"Negara memerlukan generasi yang memiliki peribadi dan pengetahuan tinggi untuk mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang," katanya.
KAH KAH KAH...
kah kah kah.... NAK KETAWA SUSAH... NAK MENANGIS PUN SUSAH... kah kah kah..
woit... APA SUDAH JADI DENGAN NEGARA INI?.... kah kah kah...
woit..... SEKOLAH BUKAN TEMPAT BELAJAR MEMBACA KE?.... kah kah kah..
woit... SEKOLAH BUKAN TEMPAT ASAS DI MANA ANAK ANAK DI DIDIK UNTUK MEMBACA.... kah kah kah..
woit.... INI SUDAH TEROOOOK.... kah kah kah..
kah kah kah.... APAKAH SEKOLAH SEKARANG SUDAH JADI PUSAT MAIN GASING KE?..... kah kah kah..
woit... ITU PASALAAAA... HENTIKAN BUDAYA BODEK...kah kah kah..
woit... HENTIKAN BUDAYA BUAT REKOD.... kah kah kah...
woit... BALIK KEPADA ASAS...SEKOLAH TEMPAT BELAJAR...BUKAN TEMPAT MEMBODEK.... kah kah kah..
nota:
kenali budaya bodek
jika berjumpa perkataan-perkataan ini
bermakna berjumpa budaya bodek:
1 - cemerlang
2 - modal insan
3 - nilai nilai murni
4 - membangun negara
5 - masa depan negara
6 - wawasan 2020 negara
7 - panggung negara
8 - stadium negara
9 - muzium negara
10 - batang negara kah kah kah
Labels:
altantuya gadis cun mongolia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
16 ulasan:
hahahaha uncle syam
tol tol
hambek nasi tambah..
1.budayakan 1malaysia
2.salam 1malaysia
3.gemilang
4.sukan hari kerja x kasi ganti
5.tanda kerusi (benchmark)
6.hamis(hermis)
7.hingus(linus-literasi dan numerasi)
8.kajian tindakan
9.perkasa SK
10.kira kepala (headcount)
11.sekolah hari cuti
(chek gu petaling dah well known sumua di atas)
ada lagi perkataan2 bodek:
- "ini bukan budaya kita"
- budi bahasa
- ekonomi berpendapatan tinggi
kahkahkah
La ni sekolah lebih menekankan kepada cara-cara yang betol untuk menulis surat rasmi kepada ketua kampong.
Bapak-bapak, emak-emak, cikgu-cikgi diharap dapat membantu dengan sehebat mungkin agar surat budak tadika tersebut standard surat budak unibersiti.
Surat budak-budak yang telah dihantar kepada ketua kampong itu bakal dijual kepada Encik Maniappan iaitu pemilik kedai kitar semula yang terletak di Telok Gong.
Hadiah bakal diterima oleh budak-budak daripada 20 SBT yang telah dipilih oleh ketua kampong berkenaan.
Untuk memudahkan kerja cikgu dan cikgi, surat dari sekolah bukan SBT sila hantar terus ke alamat: Encik Maniappan A/L Tanggarajoo di Telok Gong.
Salam Bro,
Gua tinggal di taman guru bandar kota tinggi,,kiri kanan depan belakang jiran gua adalah guru,,,aktiviti utama guru di tempat gua adalah bisness MLM,,pukul dua pagi baru balik dari buat demo dan meeting jualan MLM.Gua mau tanya sama itu cikgu,,pagi pagi pergi sekalah tak ngantok kee???Gua rasa itu cita P.Ramlee "cikgu saari"cikgu tido dalam kelas memang betul berlaku zaman sekarang,murid murid kasi main bola.
aduh...TT oh TT..
tak tau nak kata apa la kat hang ni..
kebykkan posting hang ok..tapi ada sesetengah posting hang ni mengarut betoi la..
Sekolah adalah tempat yang paling sesuai kroni nak buat duit. Cadang je apa-apa projek, mesti tok menteri UMNO meleleh air liur nanti.
Haram jadah.. ada ka batang negara.. hang buat gelak la.. hang kena boh satu lagi.. gegege
BADAK NEGARA KAH KAH KAH
sekolah temapt asas indoctrinate
murid adalah indoctrinee
guru adalah indoctrinator
HM adalah indock
PPD dock
hehehe.. apa merapu nih...
batang negara tuh gua tak bleh blah bro. kah kah kah..
mujur takde badak negara.
kah kah kah
haih.
mangkuk kau tt
apa salahnya mereka tu bodek
untung-untung pencen nanti dapat masuk calun PRU
tak ke untung namanya tuh!
kalau tak bodek, mana nak dapat masuk calun PRU
makan duit pencen aja mana nak cukup
tu pasal la dia orang kuat bodek
yang kau sibuk ni apa hal pulak
dah budaya dia orang macam tu
ngok betul la kau ni tt
Senarai kosa kata membodek yang tuan sediakan itu masih boleh ditambah lagi....
sekolah juga tempat untuk mencari kawan dan pengalaman tapi perlu di ingat bersekolah bukan menjamin pekerjaan, yang menjamin pekerjaan adalah kabel
visit
http://melodymockers.blogspot.com/
mari membuat duit!!!
jadilah ejen skor A!!!
untung2 bleh wat bisnes tusyen!!!
pastu private school!!!
pastu private college!!!
pastu sijil diploma x laku!!!
kah kah kah
MEMBER KITA PEMANDU TEKSI BLOGSPOT..
pentaksipembelajaran{PEBEL]PENGENALANpENGENALAN:pentaksiran Pembelajaran PEBEL IALAH PENILAIAN BERTERUSAN DALAM PROSES PENDIDKAN TERHADAP PERKEMBANGAN MURID DARI SEGI ROHANI,INTELEK,EMOSI,DAN JASMANI SEPERTI YANG DIHASRATKAN DALAM 'FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN'SO...JANGAN CAKAP AJER CIKGU2 KAT KELANA JAYA...GUNAKAN BAHASA YANG SOPAN UNTUK MENGAJAR ANAK MURID JANGAN GUNAKAN BAHASA KESAT SEPERTI ATUK KAU.BAPAK KAU.KEPALA OTAK KAU... GURU BESAR TOLONG PANTAU SIKIT..SEKOLAH RENDAH PULAK TU...SAYA X FAHAM APA MATLAMAT PEBEL NIE KALAU CIKGU CIKGU DISINI X TAU BERBAHASA NGAN ANAK MURID SEK REN PULAK TU..PATUT NYA PEBEL DITUJUKAN DULU PADA GURU BARU DISALURKAN PADA ANAK2 KITA YANG X BERDOSA NIE.KALU GURU KENCING BERDIRI...APATAH LAGI MURID ANDA
Catat Ulasan