Rabu, 15 Jun 2011

APA SUDAH JADI?









APA SUDAH JADI DENGAN YUGI?


Para pembaca yang budiman : Aku rasa agak ramai para pembaca yang agak kabur tentang konsep dan falsafah Negara Kebajikan. Apabila parti Pas mengajukan Negara Kebajikan sebagai raison d'ĂȘtre /matlamat dan garis perjuangan parti ini kelihatan musuh utama rakyat Malaysia - United Malays National Organisation – menjadi sasau dan gaban.

Secara mengejut – tetiba – bengolan-bengolan dari United Malays National Organisation menjadi sasau dan mamai. Entah pelesit mana yang datang merasok. Dengan mengejut secara tetiba Mahathir Muhamad, Najib Razak , Nazri Aziz, Utusan Malaysia dan Perkasa meluahkan cinta berahi mereka terhadap para ulama Pas.

Aku perhatikan, tanpa segan silu mereka ‘frus menonggeng’ dan ‘tergolek dog’ menangis, merayu dan meraung apabila Negara Islam tidak lagi dijadikan ajenda politik oleh Pas. Dengan penuh sasau mereka ingin memelok dan mencium para ulama Pas terutama yang telah kalah dalam pemilihan baru-baru ini.

Cerita sedih ini menjadi lucu apabila Ibrahim Ali merasa kesucian agamanya tercemar apabila Pas mengajukan Negara Kebajikan. Zul Nordin tersedak hingga tercabut kopiah basinya apabila diberitahu bahawa Mohamad Sabu telah berjaya menduduki kerusi pucuk pimpinan Pas. Utusan Malaysia tidak putus putus air liur bergebang tentang bagaimana Pas telah menjadi kuda Dap.

Zum kali zoom. Gaban ya maikul gaban. Nampaknya kemunculan pimpinan baru dalam Pas ini telah menjadikan United Malays National Organisation kelam kabut dan sampar larau tak tentu arah tujuan. Ada bengolan yang meminta Pas meninggalkan Islam. Ada bengolan yang berkata Pas telah belot kerana meninggalkan Islam.

Lawak-lawak seram ini semakin menjadi-jadi. Aku terguling guling ketawa terbahak-bahak hingga tercabut tiga helai bulu hidung apabila terbaca berita tentang Mahathir Muhamad berfatwa dengan surah dan ayat-ayat Quran.

Bayangkan Mahathir Muhamad, kaki kelentong ini telah bersalin kulit menjadi seorang lebai. Lebai Mahathir ini telah mula berlabon dengan ayat-ayat Quran. Paling lawak ialah apabila Lebai Mahathir ini menerangkan kepada jemaah suraunya bahawa pimpinan baru dalam Pas ini adalah kemenangan untuk Bengali Karpal Singh. Macam mana si Bengali ini masuk dalam kes ini aku pun tak faham.

Aku perhatikan kempen anti Pas ini akan diteruskan. Kempen ini bertujuan untuk mengharu birukan Pas dan para penyokong Pas. Kempen yang berjangkan panjang ini bertujuan agar akan muncul tim serpihan ‘ulamak’ dalam Pas. Bengolan-bengolan dalam United Malay National Organisation akan pasang colok bernazar jika parti Pas retak dan pecah.

Kenapa ini berlaku?

Biar aku terangkan disini pensejarahan latar belakang agar kita semua dapat memahami realpolitik yang sedang berlaku dihadapan mata kita. Semuanya bermula pada malam kemenangan pilihanraya yang lalu. Ingat tak malam itu? Jangan lupa malam itu juga dikenali sebagai Malam Khir Toyo Membakar Fail di pejabat kerajaan Shah Alam.

Pada malam itu United Malays National Organisation melihat kekalahan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan. Kekalahan di Selangor adalah satu pukulan hebat. Negeri terkaya di Malaysia telah terlucut. Sesudah membakar fail-fail, Khir Toyo dengan cepat dan tangkas mula melakukan kerja-kerja jahat.

Khir Toyo memukul talipon. Beberapa orang pucuk pimpinan Pas telah dihubungi. Tujuan: untuk melahirkan apa yang dipanggil ‘kerajaan perpaduan’. Pekara ini bukan lagi rahsia. Apa yang aku tulis ini bukan fitnah. Semua telah terbarai. Semuanya telah diketahui umum. Apa yang aku lakukan ini hanya merakamkan sejarah ini secara hitam puteh untuk ingatan cucu cicit kita nanti.

Semenjak malam itu mimpi berahi United Malay National Organisation untuk kembali berkuasa di Selangor tidak putus–putus. Dalam masa yang sama beberapa bengolan Pas terus dirangsang oleh mimpi berahi untuk menjadi Menteri Besar dan meniduri jawatan menteri pusat jika kerajaan perpaduan dapat di wujudkan.

Benda yang dipanggil ‘kerajaan perpaduan’ ini di kenali juga dengan nama manjanya - YUGI. Ini bukan ‘ yugi - underground’ lingo musik anak-anak muda. Yu Gi ini bermakna Unity Government. Anasir-anasir yang menyokong Yu Gi dalam Pas ini terus bergerak. Di Selangor ianya amat aktif sekali hingga anasir Yu Gi ini berjaya menyingkirkan Saari Sungip dan Khalid Samad dari pucuk pimpinan Pas Negeri.

Selama tiga tahun bahtera Pas terumbang ambing akibat dari kerja-kerja jahat anasir-anasir Yu Gi. Dalam masa yang sama bengolan United Malay National Organisation terus ‘memukul talipon’ berhubung dengan anasir-anasir Yi Gi dalam Pas. Hubungan sulit terus dilakukan - cinta kaseh sayang mereka terus dibakar. Akhirnya gerak kerja anasir Yu Gi dalam Pas ini telah berjaya menggangu gugat kerja-kerja politik Pakatan Rakyat.

Nafsu dan berahi anasir Yu Gi ini terus dibelai dan diraba-raba untuk memastikan ianya terus keras dan tegang. Justeru pelbagai bentuk kenyaataan telah dibuat. Pucuk pimpinan United Malays National Organisation telah membuat kenyataan tentang betapa indahnya jika Melayu bersegama dengan Melayu. Betapa gah dan luasnya pancutan politik ketuanan Melayu jika Melayu dapat berpadu-padu dengan Melayu.

Aku tersenyum melihat bagaimana pada awalnya kenyataan dan jemputan dari bengolan United Malays National Organisation ini agak berlapik. Tetapi semua ni berakhir pada petang cuti Hari Krismas yang lalu. Pada petang itu satu pertemuan sulit dimana Najib, Muhyiddin, Nik Aziz dan Hadi Awang telah diadakan. Perjumpaan ini menjadi pacit apabila Nik Aziz minta diri berundur kerana alasan sakit pinggang.

Kesah Nik Aziz mengkantoikan projek Yu Gi ini menjadi bahak gelak ketawa dalam internet. Bayangkan kata-kata Nik Aziz dengan lorat Kelantan nya : Ambo tok seeh padu padu ni…Ambo minta diri dulu… Ambo nok gi hospital…’

Cuba bayangkan bagaimana rupa muka Najib dan muka Muhyiddin ketika Nik Aziz bangun dan beredar. Betapa sedih dan pilu rasa hati Abang Nasa apabila semua rancangan untuk menubuhkan ‘kerajaan perpaduan’ gagal. Mimpi Abang Nasa untuk menjadi menteri kabinet jatuh berderai derai tergolek-golek.

Sesudah petang Krismas itu jemputan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan ini mula diajukan tanpa berlapik-lapik. Jemputan ini datang bertalu-talu. Semua bersuara menjemput Pas untuk mendirikan kerajaan perpaduan. Hinggakan Lokman Adam seorang jurufikir ulung United Malay National Organisation sendiri sanggup membuat jemputan secara terbuka di satu forum di Kota Bahru.

Nampaknya hanya Ummi Ufilda sahaja yang tidak menjemput Pas untuk berpadu-padu dengan United Malays National Organisation. Ini mungkin kerana Ummi tidak memahami makna Unity Government kerana ianya disebut dalam Bahasa Inggeris.

Cita-cita dan niat United Malays National Organisation untuk menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan dengan Pas ini bertujuan untuk memastikan kerajaan yang ada sekarang akan terus berkuasa. United Malay National Organisation yang semakin terpencil dan terpinggir memerlukan tabung oxygen dari Pas.

Lalu gendang Ketuanan Melayu dimainkan untuk memanggil Melayu bertandak. Tetapi sayangnya, memukul gendang Melayu ini aku rasa telah membosankan. Selama 50 tahun gendang Melayu ini telah di pukul. Dari hari ke hari sambutan semakin hambar.Tak ramai anak muda dan berjongeng dan bertandak. Bukan sahaja gendang ini memekakkan telinga malah untuk anak anak muda gendang Ketuanan Melayu ini tidak dilihat cool.

Kini jelas, United Malay National Organsiation semakin hilang akal. Ini bukan lagi gila talak. Ini betul-betul jadi gila. Sejarah pilihanraya kecil memperlihatkan mereka kalah terok dan dilihat terdesak. Undi orang China dilaporkan akan seratus peratus akan pergi ke Pakatan Rakyat. Undi Melayu hanya datang dari warga emas dan Mak Cik Felda. Hanya ada satu berita baik untuk United Malay National Organisation. Pengundi India dari pimpinan Reezal Merican dan Abdeel Azeez masih tetap setia. Syukur.

Muktamar Pas yang baru berlalu dahulu bagitu bersejarah sekali. Ianya membawa perubahan lanskap politik yang hakiki. Aku berpendapat selesai sahaja muktamar Pas minggu lalu pintu Yu Gi telah tertutup.

Anasir-anasir Yu Gi jelas terpelanting dari pucuk pimpinan. Abang Nasa diberitakan menangis kerana telah ditikam oleh ‘geng’ sendiri. Syarikat Syabas pun tak ada peluang untuk mengucapkan syabas kepada Hassan Ali kerana Hassan Ali sendiri telah tercabut kuasa dari Selangor.

Untuk menyeronokkan cerita biar aku buka cerita Pontianak dan Dracula. Mengikut kesahnya, Count Dracula yang meracau sesudah mati hanya dapat dibunuh dengan tikaman salib. Legend Dracula ini tak jauh bezanya dengan cerita Pontianak Orang Melayu. Mengikut kesah cerita, Minah Pontianak akan berhenti menggangu kampong apabila tengoknya dipaku.

Tentu tuan pembaca yang budiman akan bertanya : Apa sangkut pautnya Pontianak dan Dracula dengan politik tanah air kita? Mari sini ambo nak royak. Dengar baik-baik.

Apabila Abang Mat Sabu menang dan menduduki tempat kedua dalam Pas maka ini samalah seperti paku akan akan memaku si Pontianak yang bernama Yu Gi. Pontianak Yu Gi yang meracau meroyan ini akan dikuburkan. Yang tinggal sekarang hanyalah pelesit tidak berjenjang yang bernama United Malay National Organisation.

Tak faham? Kalau tak faham tunggu minggu depan.(TT)

nota:
tulisan ini telah disiarkan
di SUARA KEADILAN yang kini
dalam pasaran - sesiapa yang
ingin melanggan akhbar minnguan
ini sila pukul talipon:
03-22-72-40-45

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maka dracula@pontianak tu telah dipaku oleh Mat Sabu.Maka pelesit2 Apno dalam Pas pun telah di buang jauh-jauh. Maka yang tinggal hanyalah Yugi Bear seperti mat monggol dan Bik mama. Meracau mereka sebab tak lama lagi mereka juga akan dipaku macam dracula.Kah..Kah..Kah.

Tanpa Nama berkata...

Selamat Tinggal dan Adios UMNO.....lepas ni kita jemput Shahrom Yob uruskan pameran sejarah UMNO di museum Negara.
InsyaALLAH....UMNO akan berkubor.

Yu Gemok berkata...

WARGHKKAKKKAKA

Apabila Abang Mat Sabu menang dan menduduki tempat kedua dalam Pas maka ini samalah seperti paku akan akan memaku si Pontianak yang bernama Yu Gi. Pontianak Yu Gi yang meracau meroyan ini akan dikuburkan. Yang tinggal sekarang hanyalah pelesit tidak berjenjang yang bernama United Malay National Organisation...

OK PAHAM PAHAM WARGHKKAKKAKKAKKKAA

Tanpa Nama berkata...

bravo...superb article!

Beruk Ketawa berkata...

Aku minta Mat Sabu jangan takut untuk paku 2 ekor pelesit Terengganu yang boleh menhancurkan PAS jika dibiarkan?

1) Pelesit Hadi
2) Pelesit Mustapa

Tanpa Nama berkata...

Shahrom Yob dah bersara. Sekarang Ibrahim daa.

Tanpa Nama berkata...

kita beri harapan pada mat sabu ... kita tunggu ... apa mat sabu boleh buat dan akan buat dan bagi jadi buat .. ya ... kita mengharapkannya dan abang mat kena tunjukkan !!!!

AnakSemuaBangsa berkata...

Yang tinggal sekarang hanyalah pelesit tidak berjenjang..

nota kaki~
pelesit tidak berjenjang mean ~pelesit tak bertuan..kahkahkah..

Tanpa Nama berkata...

tuan tt
amat mantap sekali sarahnya dan alangkah baik kalau mad maslan faham tulisan ini tapi sayang dia bongok

zty

Abi Husna berkata...

aku dapat rasakan PRU13 nanti UMNO kecundang, bayangkan kalau makanan kucing pun dah naik harga, bukan takat manusia je yg menyumpah , binatang pun menyumpah juga. Setiap sesuatu ada tarikh luputnya, begitu juga UMNO. Mungkin kekalahan Husam dan Mat Sabu dalam pilhan PAS yg dahulu adalah sesi pembersihan dalaman yg Allah kurniakan kepada PAS. Sebabnya, kalau dema ni menang dulu, kita tak akan tau siapa pelesit2 dalam PAS. Bila Allah memenangkan mereka ni, seolah2 satu bayangan bahawa "this is the right time"...

hussin berkata...

pontianak hidup semula apabila paku di tengkoknya dicabut... agak2 ada tak sesiapa yang boleh cabut paku tu?

Tanpa Nama berkata...

Shahrom la best...Ibrahim tidor ajo ket museum

cicit ngah layor berkata...

YU GI = U GILA.
kahkahkah.......
memang giler kedudukan puak-puak yugi ni.Main dgn Mat Sabu ni...tak lamer lagi ghanap ler semuernyer.....lanjor tak tinggai benih.

Tanpa Nama berkata...

"mujur pengundi India dari pimpinan
rEEzal merican dan abdEEl azEEz masih
tetap setia. Syukur."

kah kah kah!!!!!!

felcra changkat lada berkata...

... salah sekor daripada pelesit tak berjenjang ngan polong tak bertuan tu yang nama timangannya ada katak -katak tu lah ... masa kena serangan jantung dulu tak mahu pulak tumpornya ye ...?

ngancok wak demer

Tanpa Nama berkata...

mat sabu harapan terakhir umnu. (mulut ikan kaloi)
cuba la rasuah mat sabu tgk. hahahahhahahahha

MOH KEMBARA berkata...

Assalamualaikum , waaah seram tul entry ni...harap2 ada happy ending nanti, InsyaAllah!

Tanpa Nama berkata...

Syabas TT!!!

artikle yang tepat dan hebat!

kita mesti kuburkan UMNO/BN yang celaka dan munafiq.

biar UMNO/BN mampus secepat mungkin.

orangkampung

Tanpa Nama berkata...

ye..shahrom yob memang best...bow tienya jadi trademark..yang baru nie tidur kot..

Tanpa Nama berkata...

Nasa mimpi jadi menteri. Tapi, berani Nasa mimpi2 jika Hadi tidak stimulate ghairahnya? Kenapa semua orang mengelak untuk berkata terang-terang bahawa punca semua masalah dalam Pas dan punca Pas berpecah2 ialah Hadi dan Mustafa Ali tak akan rasa jadi sec gen lagi kalau bukan kerana berahi Hadi kepadanya. Sebelum Hadi jadi presiden dan gatalkan Umno, pernah baca berita Pas pecah?

Hadi punca masalah Pas. Hadi punca masalah Pas. Hadi punca masalah Pas. Hadi punca masalah Pas. Hadi punca masalah Pas. Hadi punca masalah Pas. Hadi punca masalah Pas. Hadi punca masalah Pas. Hadi punca masalah Pas. Hadi punca masalah Pas. Hadi punca masalah Pas. Hadi punca masalah Pas. Hadi punca masalah Pas.

Tanpa Nama berkata...

Tt boleh tak huraikan juga nasib org yg nak berpadu-padu ni jika mereka masuk Umno sekarang? Contohnya ustaz nasa masuk umno skrg...jadi ulama umno?apa pandangan tt?

Melayu Celup berkata...

Woit TT, lu bikin lawak apa ini daa.. terpancut air? air liur aku kat monitor, lawak gila bila Gerombolan Pandi Kutty kena bom dgn TG Nik Aziz atas alasan sakit pinggang, sampai tegak tiga helai bulu ari ari tergelak, memang Mat Sabu perosak berbisa gerombolan, hari2 tarak lain cerita dalam utusan meloya akhbar bertaraf tisu jamban yang hanya boleh diguna untuk kesat najis saja, kalau muka depannya ada gambar Dir Kutty lagi banyak berkat buat lap dubur lepas 'urusniaga' Woit TT, terangkan dengan lebih mendalam akan erti sebenar kebajikan, bagi Melayu bukak sikit minda tentang neh, banyak sangat contoh di PP & dengan Selangor kalau nak cedok idea, kau punya upaya batin lagi, tulis pulak pasal eknomi, matawang dengan infalsi, bagi cerah sikit otak manusia sekeliling ko neh, banyak yang tak faham kesan inflasi bile Mat Telor Ayam bongok main silap dubur bukan silap mata haa, entah bila la Melayu bumiputera nih nak maju, siang malam kena kelentong je, cukuplah 22 tahun kena tipu dulu...

Hidup Rakyat Malaysia Bersatu Hati !!
Kita Humbankan Gerombolan Najis Kedalam Muzium !!
Kita Buka Lembaran Baru Sejarah Moden Malaysia !!
Kita Hidup Harmoni Sebagai Bangsa Malaysia yang bebas dari virus perkauman !!

Hidup Rakyat !!! Lingkup UMNO !! Hurrahh !! Hurrahh !!

Tanpa Nama berkata...

He3...sapa lak yg pegang kad kuasa lopeh nie....kad kuasa di activekan....saya ada kad kuasa BLUE-EYES WHITE DRAGON....Agak boleh Menang ker...pasal YU GI ada lawan yg tak nampak...kena cari mastermind dia...he3

Panglima barisan depan.. berkata...

Semoga gerombolan jahat ini akan terkubur selamanya..Sama-samalah kita berdoa dgn ALLAH SWT.Negara berkebajikan dapat di tubuhkan di tanah air tercinta...Takbir!!!

DX berkata...

jangan bohong kata nabi bawa islam tak bawa perpecahan pada orang arab. malah nabi memecah belah keluarga sendiri.

nabi menolak tawarkan pakciknya untuk bersatu. nabi tidak turut pada ugutan untuk bersatu.

ini sunnatullah, ini nasib pembawa kebenaran. kisah ini berulang-ulang lihat kisah nabi-nabi ulul azmi. lihat kisah pejuang-pejuang kebenaran.

pendukung islam dalam Pas janganlah risau. lebih baik berpecah dari bersama dalam kesesatan.

sejadahburuk berkata...

JGN SALAHKAN TOK GURU HAJI HADI BRADER..ITULAH PEMIMPIN BERPANDANGAN JAUH,POLITIK NI MCM2 CARA.MANA BULEH BEKENG JE,KNA ADA TAI CHI SIKIT.TGK DLM2 BRADER..

Tanpa Nama berkata...

http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:eWp7be95JxkJ:keehuachee.blogspot.com/+Handsome+Kazakhstan+hunk+Daniyar+and+his+soon+to+be+bride+Nooryana+Najwa&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=my&source=www.google.com.my


gambar anak najib kawin!! grand gila..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah PAS yang telah berani bertindak wajar untuk menghumban UBN. Rakyat yang tertindas wajar memberi sepenoh sokongan.

Namun sedih kerana masih ramai orang2 yang totok dan buta atas kezaliman dan penyalahgunaan kuasa oleh gerombolan UMNO.. mereka masih mengundi UMNO/UBN walaupun setiap hari mereka mengeloh akibat kesempitan hidup, kenaikkan harga barang, ketiadaan bantuan biasiswa dan rasuah yang dihalalkan.

Tapi jangan salahkan pemimpin UMNO/UBN.... mereka menjadi bagitu kerana kebodohan orang2 tadi juga, orang2 yang masih menyokong mereka membabi buta. Sampai bila orang2 macam ini sanggup menjadi bodoh dan setiap masa ditipu oleh UMNO/UBN?

Tanpa Nama berkata...

tak kan umnoo tak ada senjata utk counter kemelesetan yu gi? jgn lupa nafas umnoo hanya ada pd spr. so u think she'll allow Bersih take the street? Nak harapkan pulis atau anak muda? apa kata harapkan semua ahli pr, syusah nak cakap la. harapkan ahli pas memang tak harap sbb ada yg dah caye pd surah madey. madey? so great had been his sin that he'd to diffuse all reasonings and made himself the new lebai What noble cause is he trying to install actually? He'd have been wiser, reserved and cool. jika kalah la umnoo, he'll be the first gone hysterical. cayo tak?

Tanpa Nama berkata...

Rentikan la dengak cakap mahadek...
lagi banyak dengak dia cakap.. lagi bongok kita... tak dak satu pun cakap dia menyumbang kepada menyuburkan martabat negara... nak pelingkup ada. Kalau kaji balik, kita akan dapati semua kebangkrapan negara dikala ini adalah akibat tindak tanduk dan peninggalan dia lah.