Sabtu, 6 Ogos 2011
APA MAKNANYA BERITA INI
NOTA:
mari kita memahami
apa makna berita ini
mari kita sedari
apa yang terjasi
malapetaka sudah mari
SERANGAN SAMPAI
HARGA MAKANAN BAZAR RAMADAN PERLU MUNASABAH - meloya
Peniaga Bazar Ramadan diminta menjual makanan pada harga yang berpatutan atau berdepan tindakan tegas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, kata Timbalan Menterinya, Tan Lian Hoe.
"Peniaga yang didapati cuba mengaut keuntungan berlebihan akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, yang boleh dikenakan denda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas memantau harga barangan serta juadah di Bazar Ramadan Taman Medan semalam.
Mengenai peningkatan harga juadah berbuka di sesetengah tempat, beliau berkata, ia mungkin disebabkan bahan yang digunakan adalah berbeza.
"Dalam hal ini, nilai tambahnya mungkin berbeza seperti ramuan dan rempah ratus yang digunakan...Kita akan sentiasa memantau dan pengguna juga harus menjadi mata dan telinga untuk kerajaan bagi mengawal kenaikan harga barang,” katanya.
Sehubungan itu, Lian Hoe mengingatkan pengguna agar bijak merancang perbelanjaan serta membuat perbandingan harga, terutama ketika membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan.
Beliau berkata, sepanjang Ramadan ini, belum terdapat sebarang aduan tentang kenaikan harga barang.
Bagaimanapun, Lian Hoe berkata, di Selangor, bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, sejumlah 145 kes telah diambil tindakan dengan nilai rampasan RM32,809.
Katanya, sepanjang bulan lepas, sebanyak 23 kes dikenakan tindakan dan nilai rampasan ialah RM3,244.40.
Mengenai ayam, beliau berkata bekalan untuk musim perayaan adalah mencukupi. — Tiewnama
NOTA:
baca sekali lagi berita ini
baca lagi
faham?
tahu apa maknanya?
jangan silap faham
berita ini bukan tentang harga mahal
semua orang tahu bahawa harga mahal ini
kerana dasar kerajaan rosmah dan najib
apa yang tersirat dalam berita ini ialah
juru cakap gerombolan kini telah beralih
munkee menteri tahu kalau dia yg bercakap
maka pasti kena maki hamun
masa minyak naik - munkee menteri senyap
yang umumkan presiden towkay minyak
kalau tidak ksu yang umum
kini harga barang melonjak bagi munkee apek ini cakap
menteri teloo dan belacan hilang entah kemana
ini cara dan taktik baru nasehat dari zionis apco
inilah cara zionis israel bergerak apabila tanah palestin diambil
yang bercakap bukan kerajaan tetapi wakil peneroka
15 mei adalah nakba untuk palestin
15 mei isreal diwujdkan
nakba ialah malapetaka
31 ogos ialah malapetaka untuk tanah melayu
31 ogos gerombolan naik takhta
malapetaka inilah yang sedang menyeksa kita semua
masanya telah sampai untuk humbankan nakba ini
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Nak buat kuah sate menggunakan 1kg kacang tanah memerlukan 700gm gula. Kalau dulu gula RM1.20 sekilo maka kos gula ialah RM0.84 sen. Tapi bila gula naik harga kepada RM2.40, kos naik kepada RM1.68. Maknanya naik 100%.
Untuk pemerap sate pula perlukan 1.2kg! Kalau dulu kos gula ialah RM1.44 tapi kini menjadi RM2.88. Naik 100% lagi. Pendek kata apa-apa makanan yang mempunyai bahan gula pasti naik kos penyediaan.
Ini berdasarkan harga gula di Sabah. Kalau kat Semenanjung murahlah sikit. Tapi siapakah yang menyebabkan kenaikan harga gula? Takkan tak tahu? Atau buat-buat tak tahu? Kesianlah kat orang Sabah yang menyokong UMNO-BN.
Kah! Kah! Kah! Padan muka kami...
Nanti bila ramuan tak cukup sebab nak 'safe' supaya harga tak mahal sangat. Bila pengguna beli rasa tak sedap di bakul sampahkan.
Nanti macik sebarkan bahawa murtabak tu tak sedap, maka in the end business tak jalan.
Jadi biar mahal asalkan sedap.
Ini menteri cina apa tau. Mana itu menteri UMNO Melayu ?. Mungkin letih berpuasa
6 julai poso den kantoi...sobab apo ontah
kerajaan diminta agar tidak menaikkan harga barang keperluan asas sewenang-wenangnya atau berdepan tindakan tegas dari rakyat, ...rakyat berkata.
bulan puasa ialah bulan mencekik...
yg posa melantak klhkan org tak posa... balun semahu2nya sampai jari naik genting tunggu putus... sepatutnya bila bulan posa kurangkan makan tp terbalik... lagi kuat makan... tak caya nanti bila buka posa, tolong kira berapa jenis kuih ada atas meja... berapa jenis roti ada... berapa jenis golek ada... berpa jenis lauk ada... berapa jenis air ada...
bulan posa bulan mencekik bg peniaga... cekik darah... nak enjoy raya sakan wang perlu banyak... untuk wang banyak buat kueh dan jualan perlu minimakan kos dan naikkan harga... biar ayam rasa kayu... kueh mcm batu... org yg tgh lapar pasti beli sebab nafsu nafsi...
bulan ini bulan mencekik...
aku sungguh xfaham kenapa harga makanan kat bazaar sama harga dgn makan kat restroran, nasik ayam kat restroran, harga rm4.50... kat bazaar pun harga sama, walhal sewa kedai dekat rm700-1.2k sebulan, tapak ramadan baru rm300-500 sebulan... itu belum kira, bil elektrik & air... sewa ruang dan laen..
patutnyer harga diturunkan lagi jadik lebih ekonomik..
bukan xkasi cari untung, tapi jgn lar cekik darah sgt.. bukan semua org mampu..
Catat Ulasan