Sabtu, 10 Disember 2011

HANYA SATU JAWAPAN - LAWAN !



BANGUN DAN LAWAN - KEMPEN ABU






DEBAT AUKU DI UM DI KACAU SPECIAL BRANCH - minsider

KUALA LUMPUR, 10 Dis — Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) kecewa program debat berkenaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Fakuliti Undang-undang Universiti Malaya (UM) di sini malam tadi diganggu oleh pengurusan pusat pengajian tinggi itu dan terpaksa dibatalkan ketika sedang berlangsung.

Setiausaha Agungnya Khairul Naim berkata, pihaknya begitu terkilan dan kecewa apabila program debat yang sebenarnya bersifat akademik dan mendidik ini diganggu oleh pengawal keselamatan dan “special branch” ketika debat antara Ahmad Shukri Che’ Ab. Razab yang merupakan bekas aktivis Pro-Mahasiswa dan Syamsul Salleh iaitu bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia sedang rancak berjalan pada pusingan kedua.

Debat itu berkisar tentang AUKU dan Autonomi Mahasiswa. Ia dianjurkan oleh Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas).

Menurut Khairul, beberapa pengawal keselamatan dan “special branch” telah menjerit meminta penganjur program keluar dewan dan meminta supaya perdebatan dihentikan dengan segera.

“Ketika itu juga lampu telah ditutup beberapa kali, namun pengajur masih meneruskan debat sehingga memaksa Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UM Mohd Syahid untuk keluar berunding.

“Setelah rundingan dilakukan beberapa minit, akhirnya pihak keselamatan memberitahu arahan tersebut datang daripada Timbalan Naib Canselor HEP UM, Rohana Yusof,” kata beliau lagi.

Sehubungan itu kata beliau, “Kami di pihak mahasiswa ingin mempersoalkan apakah rasionalisasi bagi gangguan tersebut?”

NOTA:
anak anak muda
mahasiswa dan pelajar
masa dan ketika telah sampai

setahun sebelum ben ali dari tunisia lari
dia juga memperkenalkan undang undang anti berhimpun

setahun sebelum mubarak ditendang
dia juga menghantar mukhabarat ke dalam kampus

setahun sebelum gugurnya anak mahasiswa di trisakti
suharto juga melarang debat di universiti

anak muda bagun dan lawan
anak muda dunia ini akkhirnya milik kamu

INI MUSUH KITA


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

anak2 muda kita tak ada lendir daa.. masih mengantuk lagi walaupun sudah jam 1pm!!! macam ni ko ajak gi berdemo runtuhkan kerajaan?

eja elok2 MELAYU... pohon itu MELAYU kekeringan.. tukar saja nama bangsa ini kepada nama lain.. SAKAI dan SEMANG pun nama elok sikik..

kasi nama bangsa segar bugar dan bersemangat.. ini nama bangsa macam pelir tak cukup oksigen jer..camana nak main burit bang? tengok burit anak dara cun pun tak ada selera sbb tak cukup oksigen!

mad berkata...

aku kalau jumpa org yg mula-mula beri nama bangsa aku MELAYU ni, aku lempang dia cukup-cukup. apa dah tak ada perkataan lain lagi ker. JAKUN pun kira ok lagi