Sabtu, 10 Disember 2011
KESAH KESAH DAN ROMAN DARI KUCHING
SUNGAI YANG DISEBERANGI
KELMARIN
awal pagi aku telah di kl sentral
naik bas ke lapangan terbang tiket murah
seperti biasa pesawat datang lewat
aku yang tak suka bangun pagi
menyumpah - kalau tahu terlewat aku tidur meninggi hari
untuk yang tidak tahu
hampir ke semua pekerja bas murah di lctt
adalah buruh dari indon
dari gerak badan
dan cara pakaian
aku yakin mereka ini non jawa
siapa mereka bissawab
dilapangan terbang
aku perhatikan semua harga jajan dan kundapan mahal
dalam beg sangkut aku ada aqua jadi aku tak perlu membeli h2o
juga aku telah minum secangkir kopi 343 dan roti bersama keju/marmalade
ini budaya minum pagi british yang teselit lama di celah gigi aku
aku masuk awal - tidak ada barang
kemudian terus menunggu
di persimpangan menuju ke ruang berlepas
ada abang gempal dan senyum
kemudian berkata - selamat berjuang!
aduh! anak reformasi atau pembaca tt atau pembaca sk atau penyokong pakatan
aku tak bermiant nak tahu
yang pasti jantan berpotensi untuk
menjadi aktivis ABU
aku mengambil tempat jauh dari orang ramai
lalu membaca kitab sejarah revolusi peranchis
yang hampir tamat aku baca
aku ulang baca bab: the french revolution of 1848
ingin tahu apa yang menjadikan kaum tani kaum buruh dan anak muda
bangun di kota paris
satu jam lebih menunggu - aku ke tandas
sepulang dari tandas seorang lelaki bangun
dan menghulur tangan
dia mengenali aku
lalu aku ceritakan
kemana aku nak pergi
kami berkenalan
warga kedah
berkerja di johor
dalam perjalanan ke kuching
untuk kenduri kahwin adiknya
wow!
bayangkan 19 orang anggota keluarga
kecil besar tua muda
dalam satu kapal terbang
seronok
ini seperti dizaman kampus dahulu
tim sukan UM bersukan ke hong kong
bayangkan berapa botol beer yang dituang
dan bayangkan hingar dan bingar pesawat itu
PESAWAT SAMPAI
lewat tapi sampai
aku duduk di tengah
dibelakang aku adalah keluarga dari kedah
da da da..
ini lah nikmat naik kapal terbang yang paling enak
anak anak kecil ini heboh sesama sendiri
bila pesawat berbunyi mereka berbunyi sama
bila pesawat meluncur naik merekja bersorak gumbira
aku tidur
sejam kemudian aku terjaga
bosan kerana aku sedang diserang batu kering
juga sinus yang menggangu hidup
tok kapten membuat pengumuman
kami akan mendarat
anak anak dibelakang
menyamput gumbira
kemudian mereka mula berinjin sama
apabila pesawat mengereng ke kiri mereka bising di kanan
apabila pesawat mengereng ke kanan mereka bising di kiri
anak anak ini sesama memandu sang pesawat
kemudian pesawat menjunam ke bawah
mereka ketawa
kepak pesawat terbuka - mereka ketawa
duuuung! bunyi tayar melanton di landasan
mereka semua bersorak gumbira
untuk aku inilah pengalaman naik kapal terbang yang paling nikmat
sayanya aku bukan lagi kenak kanak
ketika aku kanak kanak akau tak pernah naik kapal terbang
hanya dengan rombongan dari kampong kami melawat lapangan terbang sungai besi
DI LUAR LAPANGAN
pesawat sampai satelah 2 jam diudara
cuaca indah pemai
aku memotong jalan meluncur keluar
satelah paspot aku di chap
aku tersenyum puas
di luar di gigi jalan
aku lihat sebuah bas sekolah menunggu
nyata ini untuk rombongan kenduri kahwin
ini kerana di kuching tidak ada khidmat bas
aku mengambil teksi dan teris ke hotel
HOTEL
bersih putih
tapi bukan lux
untuk aku tempat tidor tidak bagitu penting
yang penting air tandas lumayan
yang penting udara berjalan
untuk aku ketika berjalan
yang penting ialah makan
tak sampai 10 minit berehat
aku menapak menugu ke tebing sungai
jam 3.00 petang
cuaca amat baik mendung dan berangin
gadis hotel meminjamkan aku payung
aku menapak
KUCHING
ini kali kedua aku di kota ini
cantik bersih
dan seperti banyak kota di malaysia ini
yang jelas mengada-ngada
ditepi sungai ialah kota lama
hampir semua kedai telah menjadi kedai
menjual barangan untuk pelancung
ahhaha
kakaka
kahjkahg jangan ketawa
berderet anak jantan menjual gambir serawak
ada yang bertanya sama ada aku ingin gambir sewarak
aku nejawab : aku mencari gambir untuk sireh
kemudian seorang anak muda meminta aku
membeli ubat kuat tenaga batin
aku katakan kalau aku beli software ini
aku juga perlu hardware nya
tak ada guna ada soft ware
tapi tak ada pc
dia memberi aku number talipon
dan meminta kau talipon sesudah jam 9.00
dia akan carikan aku teman tidur
MAKAN MAKAN MAKAN
aku tak tahu apa yang aku cari
dilorng lorong kecil aku lihat
ada sebuah kedai kway teow yang ramai orang
nah ini pasti terbaik
tetapi tidak ada kerusi
lalu aku merayau-rayau
hampir 45 minit kemudian aku sampai kembali
kedai ini masih juga penuh
telah lewat jam 4
wow! aku memberanikan hati lalu menumpang meja
pasanag muga guru dari sabah
mereak telah dua kali ke kedai ini
wow!
harganya amat demokratik - 3.50 sen shaja
yang aku minta mee tetapi telah habis
maka aku menerima kway teow
untuk minuman aku meminta teah limau berair batu
nah!
kedai ini wajib dilawat
sesiapa yang suka makan inilah kedainya
oh hampir lupa
kedai ini kedai ditanggung sendiri
tidak ditanggung oleh jakim atau jais
ANAK GADIS SERAWAK
sesudah makan aku terserempak
dengan minah sarawak yang ingin mengurut aku
memang aku letih tetapi aku baru lepas makan
lalu aku masuk kesebuah kedai yang penuh dengan
pelbagai barangan pelancung
anak anak gadis serawak tukang jual cukup cun
kami berborak
mereka masih bersekolah
masih tingkatan lagi
kalau burung masih berbulu pahak
kalau aku muda aku pasti
akan mengayat mereka untuk
menjadi teman berjalan
aku membeli dia kain untuk anjing aku
dan senduk dan sudu dari batang nibung
MENCARI UMAI
ke sarawak tak makan umai
sama seperti ke paris tidak minum champagne
sama seperti ke india tidak makan sireh
sama seperti ke finland tidak makan shoessteming
umai adalah wajib
umai ialah ikan mentah
yang dicampur air limau
ikan terbaik
ialah ikan merah
ikan tenggiri
malah ikan apa saja
yang penting umai wajib dari ikan segar
ikan ini dipotong halus halus
ada bawah merah
lada besar
dan perahan asam limau
simpan beberapa jam sebelum di makan
di kuching aku mula mencari umai
aku bertanya tanya
dimana boleh ditemui umai terbaiak
akhirnya aku diberitahu
oleh pak gard yang menjaga tebing sungai
aku wajib nyeberang sungai
ke restoran barok dalam kampong dihadapam kota kuching
aku mengambil perahu tambang 50 sen
tak smpai 10 minit dalam sungai
petang semakin enak
matahari telah condong -
pelancung makin sibuk nyeberang sungai
semuanya datang untuk membeli kueh lapis sarawak
aku pun pergi ke kedai yang sama
seperti biasa aku menjengok ke dapor
akau lihat ada anak muda dihadapan tepong dan oven
lalau lau tanya apakah kueh ini dibuat disini
anak muda ini jujur
ini hanya untuk pertunjukkan
semua kueh ini dibuat di sebuah kilang
kah kah kah
kah kah kah
jadi jangan risau sesiapa yang membeli kueh lapis sarawak semuanya produk industrial
tapi aku mencari umai
matahari telah condong
aku bertemu restoran barok
diatas duduk bersila
tuan empunya sedang membakar kupang dan udang
aku tanyakan tentang umai
10rm satu hindangan
kami berbual
aku lihat simamat ini
tidak tahu sangat tentang udang/kupang
makan ini wajib dimakan segera
tidak perlu dikenakan api lama
udang amat susah untuk dimasak
hanya yang berpengalaman saha yang tahu
terlalu lama diapi akan keras
terlalu cepat jadi tak masak
aku meminta teh limau ice
untuk bersama umai
umai di restoran ini gagal
sesiapa yang datang ke kuching
jangan tertipu
restoran ini menggunkan beras paling murah
dan umainya terlalu masam
aku menoleh
tetapi tuan empunya telah hilang
aku bangun membayar
lalu aku bertanya umai ini
ikan apa?
sang isteri yang menjaga duit
pura pura tertanya-tanya
datang saorang pembantu
yang jujur dan menerangakan bahawa
umai disini menggunakan daging ikan siakap
kah kah kah
siakap? sampai dunai kiamat aku tak akan pergi lagi ke restoran ini
nama restoaran ini barok
MENAPAK PULANG
kecewa dengan umai
lalu aku mundar mandir
ingin mencari sesuatu
tak aku temui
lalu pulang dan tidor
PAGI INI
aku berjalan membawa kopi aku sendiri
ini kerana banyak restoran tidak memiliki kopi yang baiak\
pagi ini aku diabngunakan oleh kopi muar
kemudian aku turun
untuk mencarai mee kolok
wow!
ini makanan wajib
mee ini hanya di buat di sawarak
dan yang terbaik di miri
esok aku terbang ke miri
mee kolok
juga makanan di tanggung sendiri
cuba dan rasakan nikmatnya
oh - aku menulis ini di cafe siber
tak jauh dari hotel aku
aewal tadi hingar bingar
anak anak muda bermain komputer
sekarang hampit jam 3 -telah senyap
dan aku terasa lapar
susudah ini aku akan mencari
apa yang wajib aku makan
Labels:
MAKAN HIDUP BERJALAN TIDOOR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
27 ulasan:
tak pegi umah taib mamoth ke?
Bro,kalau pi Miri cari Mee Sapi Pakcik Wan 8 kat pasar Lutong. Mee kolok dia pun sodap. Kau tanya dia camana boleh dapat nama Wan 8..kah kah kah...
TT, cuba cari umai waktu siang kat TopSpot. Kalau waktu siang kedai Melayu/Melanau tu ada jual umai kat situ.
Kalau waktu malam resto cina kat Topspot jual seafood.
kopi muar...kopi 343...kopi terbaik skjali bro tt...aku kalo balik muar mesti beli 3 4 bungkus kopi tu...
kat restoran rooftop tu..ntah apa nama..ada sorang lelaki jual umai..dia jalan dari meja ke meja ambk oder..sedap juagk utk tekak jawa aku ni
belakang parkson/riverside...ada food court...cari mee kolok mohammad lim...wajib!
kuching town near waterfront - belakang parkson/riverside.... ada food court. go to mee kolok mohamad lim..wajib!
selamat datang ke bumi kenyalang tuan TT..
Hahaha! tarbaek la TT!!
jagan lupa makan "ayam pansoh" . ayam yg dimasak dalam buluh... slrrrrrrrppppppppppp...
Jangan lupa buah Dabai! Ini amat wajib! Musim dtg seperti pilihanraya...semua tertanya...
good to know you can easily masuk sarawak :)
Selamat Datang ke Miri.. abg Isham TT sangat di alu2 kan.. hidup tanpa Tukar Tiub umpama makan pun rasa Umno.. klu dah rasa umno ianya umpama sampah..
Salam Isham,
Bole la nanti sambung Tapai II
tuan tt,
surah2 tuan amat hidup dan nostalgik.amat jujur tuan adalah pejuang kemanusian tulen melalui ayat,pemikiran,dalil,tafsiran,semuanya mewakili dan segar,membaca enteri ini seperti saya bercakap dengan diri sendiri.diri yang benar mengalir dalam segala ruang dan hujjah.dalil kemanusian itu wujud dalam makanan,kehidupan marhain,kebudakan,keorangan dsb.sekali lagi :terimakasih
mzty
Greetings sir.
I read your blog on a daily basis... Posts like these are very similar to Tapai, which continues to be one of my favorite reads even now :)
Selamat berjuang.
Hmm.. Apalah guna software tanpa hardware.. Kenapa kesah terhenti di situ...
lawak giler dowh!! apa2pun beli je gambir tu buat stock. Kah KAH KAH!
-Ray@MIRI
rindukan kota kuching....xpuas bekhidmat di sana dah kena pindah...cissssss
jangan lupa singgah Kapit. Kapit adalah satu daerah yang cukup aman. Bermula dari Sibu dengan menaiki bot ekspress, sepanjang sungai rejang dapat lihat tanah botak yg balaknya ditebas tebang!
-Febhi-
Makanan tanggung sendiri, tanggung tanggung juga beb, tengok tengok juga la, nampak ekor pendek dengan hidung pendek jangan la bantai jugak
isham...aku suka semua tulisan, pengalaman & pengamatan kau. sejak dari tulisan kau di berita hairan & ujang lagi.aku menunggu biografi atau catitan kisah kau dari mckk hingga berkelana di rantau orang.pasti seru isham...
tt anda di mana?
kalau tersesat kat rumah panjang....cuba-cubalah tanya langkau...
berjalan sakan....
slmt berjuang dunia & akhirat.
hai Abg Isham... i dont know your real name when we met. then i asked for the title of your blog, and i was shocked. you're a famous man, one of the best political activist in Malaysia. keep up with your excellent writing. i envy you, i always dream to be a writer,and jalan2 to experience life... and gather materials.. wow!
-your friend from Sabah.. the one who shared table with you at Bishop Gate mee shop :-P hehheh-
janggut, apa nama kedai kuey teow yg ko makan tu bro?
Catat Ulasan