Jumaat, 9 Disember 2011

KENYATAAN ABU




KENYATAAN RESMI


9 Disember, 2011: Kami merayu dan menyeru kepada semua; pekerja, petani, nelayan, persatuan dan pertubuhan, badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO), parti politik komponen Barisan Nasional, kecuali UMNO, parti pembangkang atau parti politik bebas, golongan profesional, ahli akademik dan cendiakawan, mahasiswa, karyawan, para artis dan pekerja seni, malah semua kelompok rakyat tersisih dan tertindas (marginalised) seperti kumpulan Mat Rempit, gelandangan (homeless), penganggur (jobless) dan lain-lain supaya melahirkan dengan nyata (melalui kenyataan media seperti ini atau tunjuk perasaan dan sebagainya) rasa tidak yakin kita masing-masing terhadap UMNO yang sudah tidak sedar diri, korup, angkuh, menindas, zalim dan kebelakangan ini BODOH SOMBONG!!!

Kini bukan masanya lagi untuk kita terus mendiamkan diri dan tidak mahu ambil tahu, kecuali anda rela mewariskan Malaysia yang musnah kepada generasi akan datang. Masihkah kita tidak nampak atau sengaja mahu membiarkan saja apabila sisa-baki hak demokratik rakyat yang hanya tinggal secebis itu pun dinafikan, manakala segala tuntutan rakyat terus diabaikan?

Sepanjang pemerintahan UMNO/BN kita semua juga sebenarnya telah bersama-sama menyumbang –akibat sikap kita yang 'biarkanlah', 'tidak kisah' serta 'ignorant', dll– dalam menyemai kuasa kuku besi pemerintah yang kejam hinggalah kini kuasa itu menjadi parah dan terlalu mencengkam.

ABU akan melancarkan kempen ke seluruh Negara untuk menyeru rakyat supaya berani menyatakan pendirian jijik dan perasaan meluat mereka terhadap penyelewengan dan rasuah yang UMNO/BN amalkan, lantas dengan tidak teragak-agak menolak UMNO/BN.

Kesan yang kini dirasai rakyat ialah kenaikan harga barang yang melampau. 80 peratus rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung beban kos sarahidup yang semakin tinggi. Sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kroninya hidup dengan mewah sekali.

Kewujudan undang-undang kejam yang menekan dan menzalimi rakyat sehingga teguran dan rintihan rakyat tidak dipedulikan. Bantahan rakyat dengan angkuh diperangi secara kejam dan ganas. Kini timbul pula undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang langsung tidak masuk akal.

Politik perkauman digunakan untuk menakutkan rakyat. Taktik ‘pecah’ dan ‘perintah’ dilaksanakan untuk menutup berita penyelewengan dan rasuah serta boros dan tamaknya pemimpin-peminpin UMNO/BN ini. Selama pemerintahan UMNO/BN rakyat Malaysia didodoikan dengan slogan perkauman sempit. Kini isu agama dicipta dan diapi-apikan untuk memastikan kelangsungan jangkahayat politik UMNO/BN.

Kini keselamatan rakyat akan terancam dengan kewujudan kilang Lynas dimana kesan radioaktif akan membahayakan mereka. Alasan petroleum semakin kering digunakan bagi kononnya mencari sumber ekonomi yang baru malah wang simpanan Negara telah masuk ke dalam poket pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kroninya. Lynas akan menjamin keuntungan mereka walaupun membahayakan rakyat.

Operator-operator kami di seluruh Negara sudahpun menjalankan kerja-kerja penerangan kepada rakyat, termasuk anggota polis, tentera dan kakitangan awam agar lebih celik kepada pembohongan dan kekejaman yang dilakukan pada mereka oleh UMNO/BN.

Kini, ketika cebisan harapan hak-hak rakyat dalam keadaan uzur kritikal yang hampir saja mustahil dapat dipertahankan akibat dibantai pemerintah selama ini, apakah lagi alasan dapat mewajarkan ketakutan dibiarkan bermaharaja-lela membungkam suara hati kita?

Apabila tuntutan rakyat tidak dihiraukan malah terus saja dipersendakan pemerintah, cukupkah sekadar bersandarkan alasan-alasan ideal (umpamanya; apolitical, non-partisan, impartial dan macam-macam lagi) sebagai lapik indah. Sudah tiba masanya bagi kita untuk tidak lagi menghalalkan sifat 'dayus' dan 'bacul' kita dengan terus kekal takut untuk bangkit berjuang menyatakan pendirian dan terus menolak UMNO/BN.

Dengan ini kami umumkan pada 15 Disember 2011 jam 8.00 malam satu forum besar-besaran akan diadakan di KL-Selangor Chinese Assembly Hall. Forum yang akan dihadiri oleh rakyat dari seluruh Negara ini akan juga membuat satu lagi pengumuman besar yang akan merubah situasi politik di Negara Malaysia



INI MUSUH ANAK SEMUA BANGSA



8 ulasan:

Rohaniah Noor berkata...

smlm dlm MHI, sentuh pasal kenapa rakyat malaysia tak minum susu. ada sorg pemanggil nama Mohamad Taufik call, bgtau rakyat Malaysia kurang minum susu sebab harga susu mahal. Dia dulu kat US, harga susu berapa dollar je.. tapi Ally Iskandar terus potong, cakap harga susu mampu dibeli oleh semua orang. hm...
bukankah jelas harga susu mahal di malaysia?
murah manakah harga susu di luar negara? mari baca artikel ini

http://catatandarideutschland.blogspot.com/2011/12/barang-tempatan-vs-import.html

gengjahat berkata...

yeeaaahhhhh...
aku dapat rasa kan...pengumuman yg akan dibuat mesti pasal BERSIH 3.0...
aku dah tak sabar dah ni....ayuh kita gulingkan kerajaan dajal ni...

mad berkata...

petang tadi saya tengok tt sedang berjalan-jalan seorang diri di kpg boyan kuching. apakah tt ada sesuatu nak ditulis tentang bumi kenyalang dan politiknya? tempat yg tt lalui tadi dulunya perkampungan melayu. sedikit demi sedikit taib mahmud mengambil tanah disini dgn alasan utk pembangunan.

Lang berkata...

ABU bin ABD...

asal bukan umngok
asal bukan dacing

Tanpa Nama berkata...

Bro ko x nak komen pasal natang nie ke?? gomen tengah nak pow duit pekerja IT plak.... sonang2 buat law baru....semua budak2 IT kena register and bayar yuran.. mcm yuran sekolah plak... bangang tul...
https://plus.google.com/116040656840015645378/posts/1byMQhGvREn
https://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/

Batu di tepi jalan berkata...

Bahasa Inggeris jadikan kita maju?..statistik Bank Dunia buktikan sebaliknya...

http://batuditepijalan.blogspot.com/2011/12/bahasa-inggeris-jadikan-kita.html

Tanpa Nama berkata...

Chegubard ni banyak betul tubuhkan NGO..apa faedah buat banyak2 NGO ni..dapat dana ke??dana tu nanti sikit masuk kat poket wat belanja ke?

Tanpa Nama berkata...

Perhimpunan di "KL-Selangor Chinese Assembly Hall".Matlamat,nak hapuskan UMNO.


Berapa cina bayar kat kau? LOL!

Sorry,benda bodoh macam ni,orang bangang macam kau je layan.LOL!

Teruskan jadi badut cina yang nak hapuskan melayu. =)

Terhibur jugak ada badut macam kau ni.

Bila nak lari ke luar negara lagi? LOL!