Rabu, 11 Januari 2012

KENYATAAN AMK TENTANG BOM




KENYATAAN MEDIA
11 JANUARI 2012
INSIDEN LETUPAN BOM: PERKASA DICABAR NAFI PENGLIBATAN, UTUSAN DIDESAK DEDAH IDENTITI SUMBER POLIS


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengecam sekeras-kerasnya laporan berita bertajuk ‘Bom milik peserta perhimpunan’ yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada hari ini (11 Januari 2012) yang mendakwa -- kononnya dengan memetik ‘sumber polis’ -- bahawa tiga butir bom buatan sendiri yang meletup berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta kelmarin adalah milik peserta perhimpunan Bebas Anwar 901. Laporan berita ini jelas bersifat jahat dan bertujuan untuk memburuk-burukkan imej penyokong Anwar Ibrahim. Berdasarkan pemantauan pihak AMK pada pagi tersebut, peserta perhimpunan hanya dibenarkan masuk ke kawasan kompleks mahkamah seawal jam 6.30 pagi dengan dikawal ketat oleh pihak polis. Pihak polis turut memeriksa beg setiap peserta perhimpunan yang masuk ke perkarangan kawasan sekitar kompleks mahkamah dan kemudiannya meneruskan kawalan sehingga perhimpunan bersurai.

AMK berpandangan bahawa insiden letupan bom ini adalah percubaan jahat pihak tertentu untuk mencemarkan imej polis kerana difahamkan bahawa bom tersebut telah diletakkan di bawah kon keselamatan pihak polis sendiri. Di samping itu, ianya juga bertujuan untuk memburukkan imej peserta perhimpunan yang jelas berjaya menurut semua arahan polis dan memberikan kerjasama penuh dalam memastikan perhimpunan tersebut berjalan dalam situasi aman dan selamat.

Kita semua sedia maklum bahawa penyokong-penyokong Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan terdiri daripada beberapa orang ahli Perkasa turut berada berhampiran dengan lokasi di mana letupan bom tersebut berlaku. Sebelum daripada itu, Presiden Perkasa Dato’ Ibrahim Ali turut membuat kenyataan kepada pihak media bahawa Perkasa akan turun untuk melakukan provokasi pada perhimpunan Bebas Anwar 901. Apakah wujud kemungkinan bahawa insiden letupan tersebut didalangi oleh ahli Perkasa?

Sehubungan dengan itu, AMK ingin mencabar Perkasa supaya menafikan sebarang penglibatan mereka dalam insiden letupan tersebut. AMK juga mendesak akhbar Utusan Malaysia supaya mendedahkan identiti ‘sumber polis’ yang dikatakan mendakwa bahawa tiga butir bom yang meletup kelmarin adalah milik peserta perhimpunan Bebas Anwar 901. Adalah cukup pelik kerana pihak polis sendiri masih belum mengumumkan hasil siasatan berhubung insiden tersebut tetapi akhbar Utusan Malaysia telah melaporkan ‘hasil siasatan’ mereka sendiri yang kemudiannya diolah menjadi berita fitnah dan propaganda jahat. Justeru, pihak AMK akan menulis surat rasmi kepada Ketua Polis Kuala Lumpur bagi memohon beliau mengumumkan hasil siasatan polis dan pihak yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut yang mana telah menyebabkan beberapa orang peserta perhimpunan mengalami kecederaan.


SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Angkatan Muda KEADILAN


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku masih tertanya-tanya:
1. mengapa hakim bebaskan anwar sedangkan ramai yang yakin anwar akan masuk penjara sg buluh? Ku Li yakin dan Hassan Ali pun percaya anwar tak betul
2. mengapa bicara 2 tahun tapi hakim baca keputusan tak sampai 5 minit?
3. kenapa polis tak halang perhimpunan yang dikatakan haram dan tak ada orang yang kena bantai atau kena kejar polis macam Bersih 2.0 dulu?
4. kenapa ada letupan bom dalam kawasan yang di kawal ketat oleh polis dan bom itu meletup dari bawah kon polis?
Kepada yang tahu tolong jawab - orang Sabah nak tau

orang di bawah bayu

mlake berkata...

igt kan perkasam berjaga pagi buat qiamulail.rupanya gi buat bom. kah kah kah.

abdullahhir berkata...

Laporan Utusan yang menyatakan memetik 'sumber polis', angkara ini dilakukan oleh penyokong PKR adalah sesuatu yang sungguh memalukan PDRM sendiri. Kalau PDRM tidak mahu dijadikan kuda tunggangan pihak politik UMNooo maka segera lah PDRM/IGP kena ambil tindakan keatas pihak utusan. Apa kata kalau, Harakah siar laporan dan menyatakan perkara yang sama tapi menuding jari kepada pihak lain. Apa tindakan IGP. Kalau IGP terus membisu maka rakyat akan berfikiran ada 'udang sebalik batu' dalam peristiwa2 yang berlaku pada 901. Poleh jangan lupa RAKYAT MENGHAKIMI KAMU.fampiatr

Tanpa Nama berkata...

nasib baik 3 bijik bom kecik
kalau 3 bijik bom atom
tak ke nyaya.....
mau padam korang sumer

Tanpa Nama berkata...

Waduh..waduh...

Jgn pikir jauh2...ingat semula gerak kerja CIA...kalau tak faham tgk movie MI2..tom cruise tu!

Sape yg rancang bom meletup?
Sape yg letak bom?

jawapan mudah; Special Branch (SB)sial bahana!

Sebab apa?

1. nak burukkan imej PR
2. usaha utk cetus kekacauan
3. usaha cetus rantaian tindakan provokatif drpd puak2 radikal melayu/ultranasionalis ketuanan
4. usaha untuk sangkutkan Anwar Ibrahim dgn kekacauan...

Politik serba mungkin..takde mustahil!

siapa kata tak boleh maknanya otaknya masih belum faham real-politik!

Ini kaedah jangka pendek nak burukkan imej PR n DSAI sebelum PRU 13....antara Mac to September adalah saat genting Najib sebelum berdepan penghapusan dalam pemilihan umno hujung tahun ni!

tak faham jgk..pergi mampus..jgn malas pikir!!!!

Tanpa Nama berkata...

AMK berpandangan bahawa insiden letupan bom ini adalah percubaan jahat pihak tertentu untuk mencemarkan imej polis : SIAPA YANG TAK SUKA POLIS? BUKAN KAH PR? KATA POLIS TAK TELUS DALAM PELBAGAI PERKARA? KENAPA NAK TUDING JARI PADA ORANG LAIN SEDANGKAN PUAK PENYOKONG PERIBADI DSAI SENDIRI YANG BAWA? PENYOKONG BAWA SEBAB FIKIRKAN KALAU ANWAR MASUK PENJARA, MEREKA AKAN LETUPKAN BOM TU DAN NAK BOMKAN POLIS. TAK KE BODOH PEMIKIRAN PENYOKONG PKR?