Jumaat, 24 Ogos 2012

KITA KUNING KAN SELURUH NEGARA!





MALAM 30 OGOS DATARAN MERDEKA




Kenyataan Akhbar
Gabungan Janji
23 Ogos 2012

JANJI DEMOKRASI –Tujuh Hari ke Merdeka Nan Kuning

Gabungan JANJI menyeru warga Malaysia diseluruh negara untuk bersama-sama merayakan Merdeka Nan Kuning di tepi pancutan air Dataran Merdeka pada 30 Ogos 2012 pada 10.00 malam.

Gabungan JANJI menyeru untuk melunaskan kerajaan demokratik, kami juga menuntut:
Janji Demokrasi:
1. Keluhuran Perlembagaan

2. Kedaulatan undang-undang (Rule of Law)
a) Mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara
b) Mansuhkan akta zalim
c) Kebebasan media

3. Pilihanraya yang bersih dan adil

Tujuan Gabungan Janji ini ialah untuk semua rakyat Malaysia bersama-sama merayakan ambang Merdeka dan juga untuk menggiatkan ahli politik dan lembaga awam seperti SPR bahawa “demokrasi adalah tuntutan kami”. Reformasi sistem pilihanraya wajib ditunaikan sebelum PRU13. Ini dilihat sebagai satu perkara yang amat penting untuk memastikan kestabilan politik dan perjalanan demokrasi.

Kami dengan sukacita ingin mengumumkan bahawa sambutan Janji Demokrasi akan diadakan di Melaka, Johor, dan Perak.

Kami juga meminta sesiapa sahaja – dalam kota kecil dan besar, dalam kampung dan desa - diseluruh negara untuk keluar pada malam ambang Merdeka dengan memakai KUNING.

Pada malam ambang Merdeka di Dataran Merdeka, Sasterawan Rakyat
Dato’ A. Samad Said akan bersama-sama untuk meraikan malam ini dengan mendeklamasikan sebuah puisi istimewa.

Terima kasih.

JANJI KITA SEMUA TURUN




GABUNGAN JANJI

Dipersetujui:
1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

2. Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)

3. Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera – Army Veteran (KERABAT)

4. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)

5. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
6. EMPOWER

7. Memacu Arus Perjuangan (MAP)

8. Malaysian Civil Liberty Movement (MCLM)

9. Jingga 13

10. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

11. Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)

12. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)

13. Pro-Mahasiswa Nasional
Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)

14. Asalkan Bukan Umno (ABU)

15. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)

16. KILL THE BILL

17. WARGA AMAN

18. SEED

19. Malaysian Youth and Democratic Movement (DEMA)

20. Angkatan Rakyat Muda (ARM)

21. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)

22. HIMPUNAN HIJAU
STOP LYNAS COALITION (SLC)

23. Radio Bangsar Utama (RABU)

24. UBU - Universiti Bangsar Utama
25. Unit Ehsan Malaysia
26. Alumnus Sekolah Politik (ASP)
27. Agent of Change (AoC)
28. Akademi Pak Sako (APS)
29. Selamatkan Teluk Rubiah
30. Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM)
31. Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
32. Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis)

33. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

34. Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur / Selangor (KLSCAH)

35. Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI)

36. Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (GEGAR)

37. Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR)

38. Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT)

39. Kumpulan AL-FATEH Rompin

40. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI)
41. Suara Makkal
42. Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS)
43. Malaysian Youth Care Association (PERHATIN)
44. Peoples' Welfare and Rights Coalition (POWER)
45. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
46. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)
47. Jaringan Sepadu Rakyat Malaysia (SEPADU)





2 ulasan:

Stupid University berkata...

Gua mau tunggu perhimpunan Merdeka ini disiarkan sebagai perhimpunan Merdeka yang Kotor macam yang dibuat untuk Bersih di media! Kah! Kah! Kah! Kah! Tentu gelihati melihat perhimpunan merdeka yang KOTOR di TV! Kah! Kah! Kah! Kah!

gadis_semasa berkata...

tak yah tunggu2 la... kalo jantan pegi, kalo tak, duk diam-diam lah... tak cool lansunggggg!