Jumaat, 24 Ogos 2012

JANJI DEMOKRASI - MERAYAKAN MALAM 30 OGOS DATARAN MERDEKA




SEBUAH PUISI NAMANYA KEBEBASAN!





GABUNGAN JANJI BERHIMPUN DI KUALA LUMPUR , MELAKA, JOHOR DAN PERAK MALAM AMBANG MERDEKA - minsider


KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Gabungan Janji yang terdiri dari 47 badan bukan kerajaan (NGO), akan tetap berhimpun pada malam ambang kemerdekaan 31 Ogos di Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Perak dengan memakai baju kuning.

Menurut jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais berkata, mereka cuma mahu meraikan hari kemerdekaan bersama-sama dengan warga Malaysia yang lain, cuma mereka hanya memakai baju kuning sebagai tanda mahukan demokrasi yang kian terhakis di negara ini.

“Tidak ada slogan, tidak ada sepanduk atau tunjuk perasaan.

“Cuma bezanya kami memakai baju kuning,” katanya dalam sidang media hari ini.




Menurut gabungan NGO itu lagi, perhimpunanterbesar adalah di Kuala Lumpur di kawasan pancutan air di Dataran Merdeka dan pada tepat jam 12 tengah malam di mana Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said akan menyampaikan puisi sempena kemerdekaan.

“Jadi, kami rasa tidak timbul sebarang isu kerana kami hanya mahu menyambut hari kemerdekaan,” katanya lagi.

Gabungan Janji juga berhimpun untuk menyeru kerajaan melunaskan janji mereka ke arah kerajaan demokratik berprinsipkan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dengan mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara, mansuhkan akta zalim dan kebebasan media serta pilihan raya yang adil dan bersih.

“Sangat jelas tuntutan lapan perkara untuk pilihan raya yang adil dan bersih masih belum ditunaikan,” katanya lagi.

Mereka tidak pasti berapa ramai yang hadir pada malam itu, tetapi mereka berharap tidak ada orang yang akan cuba menghuru-harakan keadaan.


PAKAI KUNING NAN KUNING





NOTA:
semua dijemput datang
sila pakai kuning
baju t kuning
kasut kuning
payung kuning
kain tudung kuning
selendang kuning
serban kuning
songkok kuning


MENGKUNINGKAN GIGI UNTUK COOL



NOTA:
untuk menyedikan gigi kuning
sila mula makan sireh
yang boleh dibeli di brickfeild
4 keping sireh yang telah dikapor
hanganya hanya seringit !


Tiada ulasan: